ii - juyeon ; catsitter

26 4 18
                                    

- pt. 2

ji choyeon - lee juyeon

•••

« choyeon »

Langit sudah bertukar warna, kelibat Juyeon si kucing tetap tiada. Menjadikan aku nekad untuk keluar rumah dan cari di mana Juyeon berada. Dengan hanya berbekalkan flashlight dari telefon bimbit, merata rata aku berjalan mengelilingi kawasan kejiranan yang dihuni aku.

" Juyeon? Juyeonnie!" laungku tanpa henti. Peluh yang merintik di dahi langsung aku sapu dengan hujung lengan hoodie.

Flashlight telefon yang menyala terpadam tatkala jariku berlari pada skrin telefon. Memeriksa notification sekiranya ada antara jiranku selain Arin tahu atau ternampak keberadaan Juyeon. Sayangnya tiada. Hanya keluhan berat terlepas dari bibir. Hampa.

Lutut terasa longlai sebelum aku mencangkung di tanah. Sungguh aku penat mencari. Mengingat akan Juyeon berasal dari keturunan kucing golongan Chaebol, auto aku berdiri tegak semula. Rasa mahu nak tercabut anak tekak bila aku jerit nama Juyeon berulang kali.

Juyeon si manusia sudah berulang kali tergeleng kepala dengan teletah aku. Mudah sahaja kerja Juyeon si manusia, diam dan observe setiap tindak tanduk aku yang dah nampak macam orang kekurangan kromosom.

" Baliklah Juyeon, tak kesian dekat mummy Arin ke?" rintihku. Kini sudah terduduk di atas divider jalan. Sekali lagi telefon diperiksa, tetap sama.

Juyeon melabuh punggung bersebelahan denganku. Macam biasa dia perhati sahaja aku yang dah bermandi peluh macam lendir cacing. Aku jeling tajam pada Juyeon.

" Apa tengok tengok? Ada hutang?" tempelakku, sengaja nak takutkan Juyeon.

Dia senyum dan geleng. Aku urut dahi.

Innocent lahai!

Kepalaku tunduk semula pandang skrin telefon. Mengharapkan mesej seseorang menjumpai Juyeonnie dah macam tunggu kucing baka mahal jatuh ke riba. Keluhan panjang terlepas lalu kepala direhatkan di atas lutut.

" Choyeon-"

" Wae?"

" Apa kata awak cakap dengan kucing kucing sini. Manalah tahu diorang faham ke." cadang Juyeon. Kedengaran tidak berasas bagiku.

Tapi tak salah kalau nak mencuba.

" Awak la buat macam tu." balasku malas. Punggung sudah melekat di atas divider jalan. Jangan haraplah nak bangun semula.

Tanpa sebarang kata, lelaki itu berjalan menjauhi aku. Mulutnya bertubi tubi berdecit, memanggil para rimau kecik supaya mendekat. Kemudian dia berbicara pada binatang berbulu itu macam sedang bergosip. Senyuman terlokek di bibir, terhibur melihat aksi lelaki itu.

Usaha kecilnya cukup untuk membuatkan aku tersentuh. Tak sangka ada stranger yang akan buat aku tersenyum seorang diri hari ini. Aku bangkit lalu hampiri lelaki yang sedang bertinggung itu. Khusyuk dia berbicara tanpa sedar aku berdiri di belakangnya.

Pandanganku bersilih ganti pada Juyeon dan kucing di hadapannya. Bulunya hitam pekat gebu gebas, sepasang mata perangnya tidak lepas dari menatap Juyeon. Ekornya digerakkan kanan dan kiri berulang kali.

" Jangan tipu blacky, mula mula tadi kau cakap kau nampak dia? Mana?"

Meow!

" Lapar? Tapi aku takde makanan?"

Meoowww!

" Sumpah aku tak tipu! Kakak tu yang bagi makanan dekat aku tadi."

Aku hairan sendiri. Juyeon ini mampu faham bahasa kucingkah?

escapism.Where stories live. Discover now