- juyeon, jacob & changmin ; stalker

64 10 13
                                    

without you knowing, he always be with you.

jy, jcb & cm ver.

•••

- cha theara as you -

--❦︎--

« theara »

Kelam kabut aku menggeledah beg sandang bagi mencari kunci rumah . Entah kenapa nasib aku akhir akhir ni terlalu malang . Kunci rumah hilang la . Tayar kereta pancit la . Purse aku kena rompak la . Itu tak campur lagi dengan masalah dalam campus .

Stressful gila !

Akhirnya aku mengalah . Kunci spare yang aku sorokkan di bawah pasu bunga terus diambil . Nasib baiklah otak geliga aku suruh letak dekat sini .

Masuk sahaja ke dalam rumah , bau maskulin yang sangat aku kenali menusuk hidung . Serta merta ingatanku mula bergerak teringat akan si dia .

Lee Juyeon , sudah dua minggu aku berpisah dengannya . Semua disebabkan dia ditugaskan untuk menghadiri conference di Bali selama sebulan lebih . Cuma sejak seminggu lalu aku tak dapat hubungi dia .

Aku mengeluh panjang , rindu yang teramat sangat . Badan yang lesu aku hempaskan di atas sofa . Kelopak mata mula memberat .

Ding !

Aku celikkan mata seluas mungkin . Gelabah aku menyelongkar telefon di dalam beg sandang . Senyuman di bibir terus mati . Aku sangkakan Juyeon , rupanya notification Instagram .

Kecewa . Telefon di tangan , aku campak ke tepi . Jauh fikiranku melayang merindui Lee Juyeon . Tanpa aku sedar , aku terlelap .

--❦︎--

Sedar sahaja , pagi sudah menjelma . Aku pulak berada di atas katil , lengkap berselimut . Aku loading sekejap . Rasanya aku tidur tertonggek atas sofa semalam . Macam mana aku boleh teleport masuk bilik ? Takkanlah aku tidur sambil jalan siap tarik selimut ?

Ding !

Aku terpandang telefon . Betul betul di sebelah bantal . Aku terkaku . Lambat lambat aku mencapai telefon . Cuba mengusir fikiran burukku yang sedari tadi menari di dalam otak .

Aku tidur berjalan agaknya . Tak basuh kaki punya pasal .

--❦︎--

morning babygirl <3
it's me, your lover <3
nombor baru, phone saya kena curi ㅠㅠ

morningg
la iye ke ? kesian sayang saya ni
btw saya rinduuu- awak pergi mana?
tak sayang saya ea ? :(

sayanggg gila tak sayang
saya pun rindu alahai <3
sorry sesangat thea, contact semua lostㅠㅠ

ehe takpe
lanje selca sikit, rindu la kat orang tuu-

tak boleh la babygirl
saya tak gosok gigi lagi
maluuu-

lek arr saya pun tak gosok lagi

mm-
malu jugak

k fine >:(

escapism.Where stories live. Discover now