i - sangyeon ; cold hearted

51 5 30
                                    

a trilogy - see you in my eleventh life.

she has an extraordinary ability to remember her past life.

--❦︎--

yoo aylee as you.

the boyz members as themselves.

•••

4th November.

Dear Aylee, i remembered something. Very unusual.

Something yang mungkin orang tak percaya jika aku cerita, jadi aku wujudkan ia sebagai perkataan.

Di kehidupanku yang pertama, aku bertemu dengan insan yang teristimewa. Sehingga sekarang aku masih termimpi mimpi tubuh tegapnya. Mata helangnya. Bentuk bibirnya.

Sangyeon. Suami terhebat yang pernah ditakdirkan untuk aku.

Siapa sangka pencaturan takdir, awalnya kami langsung tidak mengenali sesama sendiri, semuanya diatur oleh keluarga.

Aku sangkakan Sangyeon garang. Riaknya 247 sentiasa ketat. Tingkahnya dingin. Ada saja yang tidak kena di matanya pasti akan dikritik habis habisan. Tetapi sikit pun lelaki itu tidak pernah berkata buruk mengenaiku.

Orang lain dia akan tenung dengan mata helangnya, tetapi aku tidak.

Dia amat bencikan physical touch saat orang lain cuba menyentuhnya, tetapi aku tidak.

Tiap kali ada masa lapang, pasti dia akan mencari aku. Memastikan aku kekal berada dalam pandangannya.

Layanannya terhadapku sangat istimewa, cuma dia tidak pernah ungkap melalui perkataan.

Dalam diam dia sangat mengambil berat mengenaiku. Aku sedar akan hal itu.

Tahulah aku love languagenya lain dari yang lain. Bermula dari situ, I fall for him, harder.

Semakin hari, semakin dalam rasa cinta tanpa aku sedar.

Bait bait patah yang diungkap kepadaku mungkin kedengaran kasar, tetapi matanya tidak pernah menipu. Aku tahu dalam diam dia turut menyimpan rasa yang sama terhadapku.

Semuanya terasa bahagia, sehinggalah suatu hari. Adik perempuannya yang dikhabarkan hilang gara gara mengikut teman lelaki dikatakan sudah dijumpai.

Malangnya syarat untuk mendapatkan si adik, kebahagiaan kami menjadi taruhan. Aku harus berpisah dengan abangnya, Sangyeon.

Awalnya aku dan dia enggan, tetapi melihat akan tekanan dan kerinduan lelaki itu semakin membuak buak kian hari membuatkan aku rela mengundurkan diri.

Dia berkeras, mengatakan mungkin ada cara lain. Tetapi aku sudah nekad. Aku mahu Sangyeon bahagia walaupun di atas air mataku sendiri.

Dua tahun aku menghilangkan diri bagi merawat lara di hati. Serta memberi ruang kepada Sangyeon yang mungkin masih marah akan tindakanku itu. Sekembalinya aku, lelaki itu sudah bertemu semula dengan si adik.

Aku bahagia melihat mereka, nyata rasa suka itu hanya seketika.

Adik yang hilang itu ternyata adik tiri yang pernah dia curahkan rasa cintanya sebelum aku.

Mereka berbahagia.

Aku berduka.

Sesal sudah tidak berguna.

Kerana aku hilang Sangyeon angkara kedegilan aku sendiri.

--❦︎--

sebab apa buat trilogy? sebab malas dik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sebab apa buat trilogy? sebab malas dik

escapism.Where stories live. Discover now