she's seeking comfort.
•••
rya - eric
tw: panjang.
--❦︎--
« rya »
Titisan masin yang mengalir perlahan di pipi aku seka perlahan menggunakan lengan baju. Perhatian pada sesi pembelajaran pagi ini semamangnya sudah ke lautan pasifik terpaling dalam. Walaupun hanya subjek elektif tidak lebih dua jam kredit, aku lost teruk.
Mata dikerling ke kiri. Dapat aku lihat rakan-rakan sekuliahku mencatit bait-bait patah yang keluar dari ulas bibir lecturer yang sedang membebel di hadapan. Mereka terlihat bersungguh-sungguh. Sesekali aku lihat ada yang berbincang sesama sendiri mengenai kerja kursus.
Bibir diketap perlahan. Pandanganku jatuh pada slide lecture yang terpapar di skrin ipadku. Bersih tanpa sebarang contengan. Jauh beza jika hendak dibandingkan dengan nota rakan sekuliahku yang lain.
Kenapa aku begini ya? Walhal semalam elok saja aku fokus pada lecture, entah bagaimana aku boleh meltdown melampau.
Mungkin tempatku jauh dari orang, semalam aku duduk di sebelah kenalanku. Tetapi hari ini memandangkan aku terlewat, hanya tempat duduk belakanglah yang masih kosong. Yang pasti dikelilingi oleh classmates yang aku tak berapa rapat.
Keluhan kecil terlepas di bibir. Terasa kesal dengan diri sendiri. Semenjak melangkah ke alam degree, aku sudah tidak mengenali diri sendiri. Aku sentiasa duduk jauh dari khalayak, lebih suka asingkan diri. Kadang kala aku menangis seorang diri mengenangkan aku mungkin terlihat pelik di mata orang gara-gara sering berseorangan.
Mungkin orang tak mahu berkawan dengan aku sebab aku selalu lonely.
Orang yang lonely pula sering dikatakan problematic.
Macam mana aku tahu? Aku pernah meluahkan thoughts aku disisihkan oleh roommates aku sendiri di dalam group anonymous confession. Mereka sentiasa bertiga, aku pula lone ranger. Dari minggu orientasi sehinggalah pertengahan semester.
Kenapa ya?
Dan jawapan dari confession itu buatkan aku overthinking sendiri.
Jawapan dari anon, mungkin aku tak menjaga common sense.
Setelah seminggu aku termenung sorang diri, common sense bukanlah penyebab aku sering ditinggal rakan sebilik. Aku akui bahawa aku menjaga semuanya, rapi.
Satu lagi jawapan dari si anon mengundang tamparan untukku. Aku tak reti initiate conversation.
Senyuman pahit terukir di bibir. Pasti itulah punca aku sering ditinggal. Aku sendiri tak banyak cakap mengenai perihalku pada roommate sendiri. We barely know each other even hampir separuh semester tinggal di ruangan yang sama.
Mungkin aku ambil masa untuk masuk rapat dan click dengan mereka. Tetapi sangkaan aku meleset, lama kelamaan mereka terasa jauh dariku. Malah ada kawan lain yang mengisi kekosongan aku, awalnya mereka bertiga kini sudah berempat.
Semuanya salah aku, terlalu introvert sehingga tidak reti bergaul dengan orang. Dari minggu orientasi sehingga sekarang, aku hanya sendiri. Classmates yang aku kenal tak sampai sepuluh orang termasuk roommate aku.
" Jangan lupa presentation minggu depan!" pesanan terakhir sang lecturer sebelum kelas bersurai cukup untuk menyentakkan aku dari lamunan panjang.
YOU ARE READING
escapism.
Random" no one listens whenever i talk, so i write whatever i want. " - theboyz oneshot & random thingy. aneh, mengarut dan cringe. it's all here. -lyaaa