- jacob ; beach date

39 5 15
                                    

❛❛nothing matters when you are in my arms❜❜ — safe place. jcb

•••

ari - jacob bae

--❦︎--

Menderu deru angin pantai memukul tubuh. Bauan masin daripada laut terasa bagaikan satu terapi kepada kedua pasangan bahagia itu. Ari yang berada di samping Jacob memeluk erat pinggang suaminya. Jacob hanya tersipu sipu dengan tingkah laku Ari yang dirasakan comel.

Bakul rotan berisi makanan serta tikar di letakkan di atas pasir. Penuh cermat Jacob membentangkan tikar, manakala Ari juga membantu apa yang patut. Jari runcingnya menyentuh bakul rotan, tetapi terlebih dahulu dihalang Jacob. Tangan hangat Jacob menindan jarinya.

" Sweetheart, biar saya buat. Awak duduk aje atas tikar." pinta Jacob. Ari hanya akur.

Kedua mereka melabuh punggung di atas tikar. Makanan yang dibawa oleh Jacob dikeluarkan cermat. Lalu diletakkan di hadapan Ari. Terpempan gadis itu lihat semua bekas padat berisi makanan berada di hadapannya.

" Awak buat semua ni untuk saya ke Cob?" terharu Ari membuka penutup bekas yang mengandungi kimbap. Mata berkacanya ditala ke atah Jacob.

Lelaki itu membalas soalan wanita miliknya dengan senyuman manis. Bekas berisi bento, bibimbap serta pencuci mulut turut dia buka dan tunjuk kepada Ari. Makin melebar senyuman Ari, bahagia. Tak sabar dia mahu menjamah walaupun perutnya terasa sebu.

" Woww-, since when husband saya pandai masak ni?" Ari menyenggol manja lengan sasa suaminya. Sengaja mahu mengusik.

Satu brownies diambil lalu disua ke mulut Ari. Tersipu sipu gadis itu membuka mulutnya sebelum manisan itu mencecah lidah. — " Sejak sekarang. Otte? Sedap tak air tangan husband kesayangan ni?" senyuman bangga diukir pada Ari.

Lain pula reaksi yang dipamer Ari. Bertaut keningnya cuba menganalisa rasa brownies yang sedang dikunyahnya. Tangan dibawa ke dagu.

" Why? Masin ke?"

Wajah Jacob dipandangnya tajam. Tangan mencapai botol air lalu dibawa ke mulut. Semakin gelisah Jacob menunggu reaksi isterinya. Rasanya dia dah rasa tadi dan semuanya sudah secukup rasa umami.

" Kenapa masak sedap sangat! Insecure tahu tak!" marah Ari sambil memaut manja lengan sasa Jacob. Tawaan kecil terlepas dari bibir lelaki itu.

Penuh lemah lembut Jacob melayani sang isteri menyantap. Walaupun hanya sedikit yang dijamah, riak gembira ditayang sebaik mungkin. Dalam hatinya dia cuma bersangka baik. Mungkin Ari masih kenyang. Itu kata hatinya.

" Cobb, saya nak main dekat gigi air boleh?" pinta Ari, sepasang matanya merenung tiap gerak geri Jacob yang sedang sibuk mengemas dengan penuh harapan.

" Boleh sweetheart, hati hati. Kalau nampak penyu terus tangkap. Kita bawak balik." wajah berharap Ari dibalas dengan senyuman. Ari hanya ketawa kecil.

Teruja wanita itu mencabut stokin di kaki sebelum berjalan di atas pasir dalam keadaan berkaki ayam. Ombak yang sedang menghempas pantai dipandang minat. Melayang layang rambut yang terjuntai ditiup bayu laut.

Menggigil sedikit tubuhnya saat kakinya terendam dengan air laut. Sejuk! Sungguh dia tak sangka. Sekali lagi ombak datang menghampiri, Ari terundur ke belakang.

Tanpa sengaja dia merempuh manusia di belakangnya. Hampir terjatuh, tetapi satu tangan kekar terlebih dahulu paut tubuhnya. Wangian yang cukup dia kenali masuk ke hidung, menandakan itu Jacob.

escapism.Where stories live. Discover now