MMLF : 3

352 16 0
                                    


KEESOKAN harinya, pada jam 4.30 petang di sebuah teres dua tingkat itu, enam orang sahabat tersebut sibuk menyiapkan diri masing-masing dengan berpakaian sukan yang bersesuaian untuk aktiviti hari ini. Mereka bersepakat berkelah dan berjoging.

Sambil menyulam minum air.

Begitulah perumpamaannya.

" Weyh.. Korang!! Apa yang dibuat dekat atas tu lama sangat takkan tak siap lagi. Aku dah siap masukkan makanan dalam bekas, buat air. Korang tak siap dan turun lagi. Hasihhh..ni yang aku nak membebel ni. Kalau aku membebel kata la kat aku."

Pekik Helima sambil membebel. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu sementara menunggu yang lain. Tangannya menekan remote television.

" Kitorang nak turun dah la ni. Kitorang lambat sebab nak solat lagi dan sebagainya. Kau tak apalah tak boleh solat,yang tahu membebel ja."

Ishma memerli Helima padat. Kakinya diatur menuruni tangga diikuti oleh Dian, Wajihah,Tasnim dan Anis. Muka Helima mula membahang kegeraman terhadap sahabatnya yang seorang ini.

Kalau tak cari pasal tak boleh ka dia ni.

Menyampah.

" Alasan. Aku pergi naik atas tadi nak ambil barang,aku nampak kau terbongkang tidur. Sampaikan aku masuk bilik pun kau tak sedar. Sebenarnya,kau tak boleh solatkan? Saja nak larikan diri dari tolong aku. Betulkan."

Helima yang tak mahu mengalah membalas padu.

' Salah orang la nak cari gaduh.'

Anis, Wajihah,Dian dan Tasnim hanya mendiamkan diri sahaja. Malas nak masuk campur. Mereka berdua ini kalau sehari tak bergaduh tak boleh. Akhirnya, duduk sebilik juga.

Haishh...

Pening aku...

" Hahahaha.. Alamak kantoilah aku. Kau dah tahu."

Ketawa Ishma agak kuat kerana perbuatannya dapat dihidu oleh Helima. Helima hanya memberi tatapan tajam sahaja.

" Sudah. Mari kita angkat barang dan makanan tu masuk ke dalam kereta. Cepat. Nanti lambat pula kita nak sampai."

Dian menyelit untuk meredakan keadaan di situ. Dia, Wajihah dan Anis berlalu ke dapur. Tasnim pula bergerak ke arah kereta kesayangannya untuk membersihkan keretanya yang akan digunakan nanti.

Hanya keretanya. Malas nak bawa dua kereta.

Suasana kembali tenang.

Namun, ada si penganggu yang akan mengegarkan rumah teres itu nanti ialah Ishma.

Dia perlahan-lahan menghampiri Helima yang khusyuk menonton siaran drama sangat itu. Dengan pantas tangan merampas remote pada tangan Helima lantas menukar siaran tersebut.

" Kau ni Ishma. Tukar semula siaran tadi."

Helima menarik tangan Ishma untuk merampas remote itu semula. Setelah Berjaya dia mengalihkan siaran yang diinginkan kembali. Tiba-tiba kaca television menjadi gelap yang segelap-gelapnya.

" Ishma !!!"

Bagai petir menyambar suara jeritan Helima kedengaran menyebut nama sahabatnya. Bergema rumah tersebut.

Anis,Wajihah dan Dian yang berada di dapur berlari ke ruang tamu manakala Tasnim yang berada di luar rumah terangkat bahunya akibat terkejut dan juga turut berlari masuk ke dalam rumah.

" Apa ni Ima? Terjerit-jerit. Terkejut tahu tak."

Hairan Wajihah dan tiga sahabtnya yang lain dengan jeritan sebentar tadi. Boleh semput dibuatnya walaupun dapur serta garaj dengan ruang tamu tidaklah sejauh mana.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now