MMLF : 39

282 16 0
                                    


"SAYANG kenapa termenung ni? Dari tadi lagi biy tengok sayang asyik termenung je. Ada apa-apa masalah ke? Cuba cerita dekat biy. Mana tahu biy boleh tolong. " Azrif mendekati isterinya yang berada di dapur untuk membasuh pinggan yang telah digunakan untuk makan malam mereka tadi.

"Tak ada apalah. Cuma saya rasa risau ni."luah Dian tentang perasaan yang dirasakannya saat ini.

Hari ini hati dia rasa tak tenang. Macam ada something yang akan berlaku.

"Cuba cerita dekat biy. Apa yang sayang risau dan terbuku di hati tu."

Azrif menarik Dian untuk duduk di kerusi yang disediakan di dapur itu.

"Saya rasa ada benda yang tak elok akan jadi lah biy. Saya risau dekat sahabat-sahabat saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana biy." tiba-tiba dadanya dihurung sebak. Rasa mencengkam hati.

Azrif merenung wajah mendung isterinya. Dia memujuk isterinya.

" Sayang tak payahlah risau. Biy rasa mereka semua okay. Tak payahlah sayang nak risau. Okay."

"Tapi.."

"Sayang listen to me. Sahabat-sahabt saya,Ima,Waji,Anis dan Tas semuanya ada yang menjaga daripada jauh. Kalau pun tak ada Allah masih ada sayang."Azrif menekup dan mengusap pipi isterinya perlahan.

Dia juga sebagai suami perlulah memainkan peranan yang baik untuk menghilangkan kegusaran hati isterinya.

Tak sanggup dia melihat wajah mendung itu.

Lega rasanya hati Dian kala ini mendengar kata-kata suaminya.

Tenang.

Tapi apa maksud suaminya yang ada orang menjaga mereka dari jauh.

"Biy.. Sayang nak tanya?"soal Dian. Azrif merenung isterinya. Selalunya isterinya tidak pernah meminta izin untuk menyoalnya.

"Apa sayang.?"

"Apa maksud biy yang ada orang jaga sahabat saya daripada jauh? Can you explain to me."

Azrif memikirkan untuk membuka cerita itu. Dia rasa biarlah dia ceritakan dekat isterinya.

Lagipula isterinya patut tahu.

Sahabat isterinya juga patut tahu pengorbanan sepupu-sepupunya.

Baru sahaja Azrif mahu membuka mulut telefon Dian berbunyi.

Dian pantas menjawab panggilan tersebut apabila nama Anis tertera di kaca telefonnya.

"Hello. Waalaikumussalam."

"(......)"

" Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?"

"(.....)"

"Aku dengan Az gerak ke sana sekarang."

"(.......)"

"Ok baik.Helima sapa ambil dia?"

"(.......)"

"Oklah kalau macam tu. Aku tutup dulu. Assalamualaikum"

Hanya itu yang dapat didengari oleh Azrif. Azrif melihat wajah tersebut ketika bercakap dia sudah dapat mengagak sesuatu yang tak baik telah berlaku. Dia lantas bertanya.

"Kenapa sayang?"

"Waji... Waji...Dia kena tangkap basah dengan seseorang lelaki. Lelaki itu adalah Ridzuan. Apa yang telah berlaku ni biy. Kenapa macam-macam benda buruk jadi dekat sahabat saya. Kenapa biy? Kenapa?"mengongoi Dian di hadapan suaminya.

Sejak dia berkahwin,banyak perkara yang berlaku dekat sahabat-sahabatnya. Dia seolah telah membawa ancaman kepada sahabatnya yang lain.

Terkilan sangat.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now