MMLF : 28

268 17 0
                                    


"Selepas sebulan berlalu, tengku tak guna tu datang kepada Ima untuk minta maaf. Tapi,rupanya dia ada niat lain dekat Ima.  Dia hampir nak rogol Ima supaya Ima menjadi milik dia. Hal ini sebab dia anggap Ima sudah memalukan dia dekat restoran tu. Ima  menangis teruk sampai dia sesak nafas dan masuk hospital. Sejak daripada kejadian tersebut Helima mula bencikan lelaki especially keturunan Tengku. Sebab itu dia tak dapat terima yang Az,Tengku terutamanya awak ,Hassanal. Dia dah mula sukakan awak."

Wajihah bercerita panjang lebar kronologi berlakunya peristiwa hitam tersebut.

"Sebab itu,apabila Dian tipu kitorang Tasnim yang paling marah sekali. Dia dah berjanji dengan Helima yang dia akan mempertahankan sahabatnya jika berlaku sesuatu perkara lagi. Dia nak tebus balik kesilapannya yang tidak dapat membantu Helima semasa kejadian tersebut berlaku. Bukan sahaja peristiwa tu, tapi dia dan kitorang juga pernah diugut untuk dibunuh. Hidup kitorang sentiasa berjaga-jaga dan ketakutan. Trauma dia semakin bertambah teruk. Dia mula salahkan diri dia. Sebabkan dia sahabat dia yang lain kena sekali. Dia kata biarlah dia mati kalau dengan cara itu mampu membuatkan laki tu puas. Dia terima. Demi keselamatan kitorang. Sampailah malam tu, Az datang selamatkan kitorang. Sejak daripada peristiwa tu lelaki tu tak muncul kan diri. Tak tahu pergi mana."

Wajihah menarik nafasnya semula untuk mengawal kesedihannya walau pada hakikat air matanya mengalir di pipi tanpa dikesan. Dia tetap meneruskan ceritanya. Dian sedari tadi menangis tidak berhenti-henti di dalam dakapan suaminya.

"Korang semua tahu sifatnya yang suka membebel,padahal dia tu tengah menyembunyikan kesedihannya daripada diketahui orang lain. Hahaha. Dia kalau membebel boleh cair tahi telinga. Serious tak tipu. Tapi kalau tak ada dia sunyi hidup kitorang. Hahahha.. dahlah..saya Rasa takat sini sahaja cerita pasal Ima yang saya boleh kongsikan."

Wajihah ketawa yang dibuat-buat untuk menutupi rasa sedihnya sambil tangan mengelap air mata. Manakala mata melirik ke arah katil tempat pembaringan Helima.

Hassanal yang mendengar turut bersedih dengan nasib gadisnya miliknya. Dia janji dia akan cari lelaki itu untuk diberi pengajaran.

"Sebelum tu,saya nak minta sangat jasa baik awak semua supaya jangan tonjolkan diri dekat hadapan Ima. Takut emosi dia tidak terkawal. Saya harap sangat awak semua faham.

" No. I don't want."senyuman sinis ditayangkan.

" Tolonglah saya harap sangat. Lagipula,sejak kitorang jumpa awak semua banyak gangguan yang kitorang alami. Saya rasa semua berpunca daripada korang semua juga. Sudahlah. Saya dah penat. Kami semua dah penat. Tolonglah faham."

Malas mahu berlama-lama di situ,Wajihah mengambil keputusan untuk pergi kepada Tasnim,Anis dan Ishma yang berada di katil Helima. Maklumlah ward VVIP.

Semua kemudahan lengkap.

"Aku tak Kira. Kau hak milik aku, Sayang. Akan tetap jadi milik aku."kata Hassanal untuk diri sendiri tapi masih dapat didengari oleh sepupunya yang lain sebelum bangun dan melangkah keluar Dari ward tersebut.

Mereka sudah sedia maklum dengan perangai Hassanal. Mereka sendiri tidak mampu menghalang tambahan pula untuk berkata-kata. Itu sudah selamat daripada makan peluru.





TUBUH yang berada di atas katil setelah tiga hari tidak sedar itu bergerak sedikit. Matanya dibuka secara perlahan-lahan untuk melihat keberadaannya ketika itu.

Tangannya dibawa ke kepala untuk mengurut perlahan kepala yang pening itu.

Bau ubat yang memasuki rongga hidungnya membuatkan dia sudah mengenal pasti keberadaannya iaitu di hospital.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now