MMLF : 7

279 18 0
                                    


SETELAH selesai mecari tempat meletakkan kereta, Helima dan Ishma bergegas menapak masuk ke dalam mall mewah tersebut. Orang di dalam tersebut sangat ramai walaupun pada waktu malam-malam begini.

" Ishma. Kita cari barang-barang perhiasan dekat kedai nak buat kek tu dululah ya. Selepas itu, kita pergi cari barang aku dan pusing-pusing untuk cuci mata kat mall ni nak tak?"cadang Helima ringkas, dah sampai sini lebih baik manfaatkannya.

Betul tak.

Bukan selalu.

" Boleh ja."

Percakapan Helima yang panjang itu hanya mampu dijawab dengan dua perkataan sahaja dari Ishma.

Helima dan Ishma bergerak ke tingkat dua mall itu. 

Setelah hampir setengah jam mereka berada di dalam kedai tersebut, mereka berjalan-jalan mengelilingi mall tersebut. Dari tingkat dua ke tingkat tiga dan seterusnya empat. Sampai naik lenguh kaki dibuatnya. Nak beli barang seperti baju, handbag dan sebagainya memang taklah jawabnya.

Mahal.

Habis duit mereka berdua. Setakat makanan tu boleh dipertimbangkan lagi.

Itupun mahal juga.

" Ya Allah. Penatnya."rungut Helima sesudah punggung dilabuhkan di atas bangku yang telah disediakan di situ

" Ala.. Aku baru nak ajak kau pergi beli ais krim tu sekejap. Tapi tak apalah, kau tunggu sini jalah, biar aku pergi beli."

Ishma berkata lalu berjalan pergi ke kedai ais krim di hadapan tempat dia berehat itu.

Tak adalah jauh sangat.

Masih dapat dilihat dari tempat duduknya.

" Dad...dy. Dad...dy."

Helima yang sedang menyandar badannya di tempat penyandar bangku tersebut agak terkejut apabila terdengar suara tangisan seorang budak di situ.

Tetapi tidak kelihatan.

Dia menghiraukan tangisan tersebut.

" Dad...dy. Isk. Isk."

Suara tangisan itu bergema lagi. Kali ini bergema sedikit kuat.

Helima kepelikan, dia bingkas bangun dari duduknya. Dia melihat sekeliling kawasan itu, mana nak tahu ada kanak-kanak menangis. Namun, tiada. Lagi bertambah bigung dibuatnya. Dia memeriksa bangku besar yang didudukinya.

Akhirnya, Helima menemui datangnya suara tersebut di tepi bangku itu. Terdapat seseorang kanak-kanak lelaki sedang memeluk lutut sementara kepalanya disembamkan ke lututnya.

" Adik. Kenapa adik nangis? Adik buat apa duduk dekat sini?"

Tanya Helima dengan lembut walaupun sedikit gelabah. Mahu tak gelabahnya, kanak-kanak itu semakin teresak-esak dengan kuat.

" Mummy!"

Pangilan serta pelukan secara drastik dan pantas oleh kanak-kanak lelaki itu menyentakkan tangkai hatinya.

Kejung terus tubuhnya.

Namun demikian, dengan perlahan tangannya membalas pelukan tersebut lantas tangannya sebelah lagi mengusap kepala cuba meredakan tangisan itu.

" Adik. Mari kita duduk atas bangku ni."

Lembut Helima mengajak kanak-kanak itu. Tangan kanak-kanak itu ditariknya untuk duduk di atas bangku.

" Adik ini nama apa?"

Sayu dia bertanya apabila melihat wajah yang basah dengan air mata.

" Ha..hiks.hiks Hail. Hiks. Hiks."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now