MMLF : 6

285 19 0
                                    


SEMINGGU telah berlalu, para gadis dan para lelaki sibuk menguruskan kerja masing-masing. Para lelaki sibuk dengan syarikat mereka manakala di pihak perempuan pula sibuk menyiapkan tempahan kek di cafe kecuali Dian yang bekerja sebagai akauntan. Hal ini menyebabkan, mereka tidak sempat untuk meluangkan waktu bersama seperti minggu lalu. Masa yang lalu tidak boleh berulang kembali.

Kenangan tidak dapat diulang kembali.

Tetapi dapat disimpan sebagai kenangan sama ada pahit atau indah.

" Waji. Kek coklat moist Datin Aira siap tak lagi.?"

Tasnim menyoal Wajihah yang berada di ruang dapur kafe itu yang  sedang mengadun tepung untuk menghasilkan kek tempahan pelanggannya yang lain.  Dia harus memeriksanya kerana pada pukul 11.00 pagi nanti datin itu akan datang mengambilnya.

" Sudah. Aku letakkan dalam kotak dan simpan dekat dalam tempat khas tu."

Memandangkan sekarang sudah pukul 10.45 pagi. Sekejap lagi sampailah datin tu.

" Ok."

Dia bergerak pula ke arah Helima yang sedang menghiaskan wiping kek tersebut untuk kelihatan lebih indah dan menarik. Tasnim memerhati Helima membuat kerjanya dengan penuh ketekunan.

Part Menghias memang Helima pandai. Tapi kalau buat kek tu..boleh tahan la..tpi sahabatnya itu lebih mahir dalam menghias. Jadi, Wajihah lebih pakar dalam membuat kek.

" Ima. Malam nanti kau nak keluarkan? Dah alang-alang kau dah keluar, boleh tolong belikan segala perhiasan kek dengan bahan-bahan nak buat kek boleh. Aku tengok banyak dah barang yang nak habis. Boleh tak tolong aku?"

Pinta Tasnim kepada Helima sambil memerhati susunan yang dihias oleh Helima itu.

Sangat menarik dan cantik.

Dia dan sahabatnya akan membuatkan para pelanggannya berasa berpuas hati untuk menikmati dan membelinya. Kafenya agak terkenal disebabkan layanan dan kreativiti dan citarasa mereka sangat baik tanpa adanya sebarang permasalahan.

" Baiklah. Malam nanti aku keluar dengan Ishma. Bolehla beli barang banyak. Sebelum itu, Tas cuba kau tengok cantik tak aku hias kek ni? Mana tahu tak okey. Kalau tak elok aku ubah lain."

Helima meminta pendapat kepada yang lebih pakar. Hal ini kerana, Tasnim lebih cerewet orangnya serta lebih tahu tentang ini. Pakar segala hal dalam berkaitan dengan kek.

" Aku rasa dah elok dan cantik.  Cuma kau perlu tambah sedikit buah di bahagian tepi sedikit supaya tidak nampak kosong di situ."tambah Tasnim untuk memperbaiki hiasan kek itu agar lebih menarik lagi sambil menunjuk menggunakan jarinya ke arah buah strawberi itu. Nak disentuh dia malas nak basuh tangan. Lagipun, dia kena menjaga kaunter di hadapan.

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Salam dijawab oleh mereka bertiga perlahan tanpa memandang tuan punya memberi salam kerana mereka sangat mengenali suara tersebut iaitu Ishma.

"Kau buat apa datang sini?"soal Tasnim kehairanan.

Ishma sangat susah nak  datang sini untuk memberitahu apa-apa melainkan ada masalah. Selalunya Anis sahaja yang menyuakan wajahnya.

"Aku nak beritahu kau Datin Aira dah sampai. Dia nak ambil kek. Itu yang aku datang ni sebab Anis sibuk dengan kerja dia" agak padat Ishma memberi jawapan kepada Tasnim sementara berdiri di pintu dapur itu.

" Dah sampai. Baiklah aku ambil." Tasnim mengambil kek yang disimpan oleh Wajihah tadi serta bingkas berlalu keluar diikuti Ishma daripada belakang untuk menemui Datin Aira itu.

Datin Aira merupakan pelanggan tetap mereka. Mereka sangat rapat dengan datin tersebut kerana sifatnya yang baik dan lemah lembut itu tak ubah seperti ibu mereka.

Mereka melakukan kerja mereka masing-masing dengan sebaik-baiknya sehinggalah kedai tersebut ditutup pada pukul pada 7.00 malam.





DI SEBUAH rumah banglo tiga tingkat itu, suara seorang pemuda memanggil anaknya kedengaran. Anaknya masih menyiapkan diri untuk keluar pada malam itu. Hal ini kerana, dia sudah berjanji untuk meluangkan waktu bersama anaknya memandangkan waktu siang dia sibuk dengan kerjayanya. Jadi, dia tidak sempat untuk melayan anaknya itu.

"Hail. Please be faster. We will late." ungkap pemuda itu.

" Wait Daddy. Hail dah nak turun ni"

Petah kanak-kanak lelaki itu bersuara menyahut panggilan daddynya walaupun usianya baru mencecah 7 tahun. Kanak-kanak lelaki ini sudah pandai berdikari tidak sepadan dengan umurnya.

" Kenapa lambat sangat anak Daddy ni?"Pemuda itu mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia amat menyanyangi anaknya yang seorang ini.

" Haa.. Has. Jaga Hail ni baik-baik tau. Pimpin tangan dia tu jangan lepas. Ingat pesan mama ni."Puan Sri Azizah memberi pesanan kepada anaknya, Tengku Hassanal Alexander Laiv.

" Baik ma. Has pergi dulu. Nanti lewat pula. Salam tokma, Hail."

Hail menghulurkan tangan kecilnya kepada tokmanya lantas menciumnya. Setelah itu, dia menyuruh tokmanya menunduk sedikit sehingga menyamai ketinggiannya lalu sekali lagi ciuman dilabuhkan di pipi neneknya dengan penuh kasih.

Puan Sri Azizahlah yang menjaganya sedari dia kecil lagi. Oleh itu, dia terlampau sayangkan tokma dan tokpanya. Puan Sri Azizah juga tidak ketinggalan mencium kedua-dua pipi cucnya itu.

" Bye tokma."

Lambaian cucunya, Hail dibalas olehnya.

Tersenyum Puan Sri Azizah akan gelagat serta telatah cucu tunggalnya yang sentiasa mencuit hati itu. Sehubungan itu, dia menunggu di hadapan pintu rumah tersebut sehingga kelibat kereta Audi anaknya hilang dari pandangan.

Hanya cucunya itu sahaja peninggalan arwah yang dapat menjadi pengubat rindu dan jiwa.





Please vote and comment okay

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Please vote and comment okay.. still read..sayang korang.😘😘😘

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now