MMLF : 25

261 15 0
                                    


SUASANA di Cafe TAS Bakery, kedengaran riuh disebabkan oleh suara para gadis yang sedang mengemas tempat tersebut terlebih dahulu sebelum meneruskan perancangan mereka untuk pergi bershopping pula.

" HAHAHAHA..." terletus ketawa Wajihah dan Anis apabila Ishma sedang berceloteh tentang gadis kuat bebel itu. Siapa lagi kalau bukan Helima.

"Tak baiklah kau kata macam tu dekat Ima. Kalau dia dengar ni mahu tuli telinga oii..." ketawa mereka kendegaran lebih kuat dari tadi apabila terbayangkan Helima yang sedang membebel.

Macam mak-mak.

Siapalah suami dia nanti.

"Apa yang lucu sangat ni ? Kemas siap lagi?"

Ketawa mereka semakin berkurang setelah mendengar teguran daripada seorang lagi iaitu Tasnim aka boss besar.

"Siap dah kemas. Kitorang tengah bercakap pasal Ima ni. Kalau dia tahu kita keluar tak beritahu dia, mahu cair telinga ni."kelas Wajihah sambil tersenyum.

Dia tak boleh move onlah dengan wajah Helima nanti.

Haishh...

Tasnim yang mendengar terus mendapat idea untuk menambahkan lagi bebelan yang bakal mereka terima nanti.. Dia sudah tergelak jahat dalam hati.

Hanya satu cara sahaja yang boleh membuatkan bebelan Helima bertambah sampai satu tahap tiada siapa boleh berhentikan dia kecuali beli benda tersebut.

" Haaa.. Aku dapat satu idea nak kenakan Ima." Senyum bakal Tasnim dah menonjolkan diri.

Dia tak tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Apa benda, Tas?" Tanya Anis meminta jawapan.

Namun, hanya ketawa sahaja sebagai jawapan. Wajihah,Anis dan Ishma hanya menggelengkan kepala. Mereka sudah tahu dengan ketawa jahat daripada Tasnim itu. Ada sahaja perkara Yang nak kenakan kepada Helima nanti. 





SETELAH berapa jam berada di Shopping Mall, empat sahabat itu pulang ke rumah sewa mereka kira-kira jam 6.30 petang. Nasib baiklah mereka semua sudah solat asar dekat situ sebelum bershopping.

Ingat Allah dahulu sebelum yang lain.

"Wey!! Tu bukan ke kereta Ima? Dia dah balik la.."teruja Ishma berkata.. nampaknya tak sabar nak kenakan Helima.

" Haahhh..la..cepat-cepat." Mereka bergegas turun daripada kereta sambil tangan membimbit bag barangan mereka. Harini kan bigboss bagi gaji."

" Korang. Sekejap. Korang rasa ada sesuatu yang pelik dak. "

"Apa yang pelik. Aku tak rasa apapun. Kau jangan macam-macam Waji."kata Tasnim menjawab persoalan sahabatnya.

" Tu. Kau nampak dak pintu tu dengan pasu yang pecah dekat tepi kereta Ima."

Tunjuk Anis setelah dia menilik dengan teliti selepas Wajihah menyatakan persoalan itu.

"Haahh.. kalau Ima ni mesti dia tutup pintu grill tu elok-elok. Ni dengan pasu pecah ni. Dah kenapa?" Ishma yang mendiamkan diri sedari tadi.

Rasa risau bertandang dalam diri. Bergegas dia berlari ke dalam rumah diikuti oleh yang lain.

PRANG!!

YA ALLAH.

Terkejut mereka sambil mengusap dada mereka perlahan. Bunyi pecahan itu daripada tingkat atas.

Tanpa berlengah lagi,mereka terus berlari ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Helima dan Ishma lantas menguak pintu tersebut. Bertambah Terkejut mereka menyajikan keadaan tersebut.

" Ya Allah. Ima."

Ishma,Wajihah, Tasnim Dan Anis meluru memeluk Helima yang Dalam keadaan masai tersebut. Dengan keadaan rambut menutup wajahnya.

Air Mata membasahi pipi. Sangat sadis sekali bagi orang yang melihatnya.

"Kenapa kau boleh jadi begini,Ima?"soal Wajihah perlahan dan lembut sekali.

Helima terus memeluk Wajihah seusai pertanyaan tersebut. Mereka berempat risau kerana keadaan ini seperti mana peristiwa tersebut berlaku. Malah keadaan sekarang lebih teruk lagi.

" Di..Dian...ti...tipu kita.."tangisannya makin kuat kendengaran bersama dengan kata-kata yang tersangkut.

"Apa yang Dian tipu kita? Cuba kau cakap dengan kitorang."Wajihah memegang kedua-dua belah pipi Helima selepas menguak rambut Helima yang menutupi wajah sahabatnya.

" Cakap Ima!! Apa yang Dian tipu kita? Cakap!!" suara Tasnim mula memenuhi ruang bilik tersebut.

Dia tidak dapat menahan sabar lagi. Dia tak boleh melihat keadaan para sahabatnya sebegitu.

Dia tk mahu lagi kejadian tersebut berulang tanpa dia dapat mempertahankan para sahabatnya.

Sekali ini memang nahas orang yang mencari pasal. Ima memeluk erat Wajihah.

Takut.

Tak pernah dia lihat Tasnim seperti itu.

" Beritahu kitorang Ima. Jangan pendamkan. Kitorang semua sahabat kau dunia akhirat."pujuk Anis lembut walaupun air matanya mengalir perlahan.

"Betul tu. Kitakan dah berjanji susah senang sama-sama." giliran Ishma pula memujuk Helima Yang masih menangis dan berdiam diri itu.

        





MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now