MMLF : 56

215 13 29
                                    

Suasana di ruang ward kecemasan itu sunyi sepi,dingin sedinginnya serta tegang habis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di ruang ward kecemasan itu sunyi sepi,dingin sedinginnya serta tegang habis. Pasangan masing-masing langsung tidak bersuara.

Helima di sebelah suaminya langsung tidak bergerak dengan lengan yang berbalut. Mulutnya terkunci habis. Takut. Suaminya dalam keadaanarah pada saat ini disebabkan salahnya tidak mendengar kata.

Anis disebelah Hakim juga turut diam Manakala Wajihah disebelah Fayyad hanya mampu menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.

Dyan pula sedari tadi diam disebelah Azrif sambil menahan satu perasaan yang jarang dia rasai ketika ini.

Emosinya betul-betul terganggu.
Dia seakan-akan dalam dunianya sendiri.
Azrif disebelah isterinya juga tidak berkata apa-apa sesekali menjeling isterinya. Dia seakan-akan dapat mengagak apa yang akan berlaku sebentar lagi. Teringat pesan isterinya pada malam itu.

"Biy. Andai nanti terjadi sesuatu yang tak baik dekat sahabat saya. Pada masa itu,biy jangan halang saya untuk beri pengajaran kepada laki itu. Ingat pesan saya tau biy. Ini demi para sahabat saya. Cukuplah banyak kali saya yang jadi penasihat untuk mereka tapi tidak untuk kali ini. Saya betul-betul kecewa."

Itu yang Azrif risaukan pada saat ini. Sudahlah isterinya mengandung. Dia pun tidak tahu apa yang akan berlaku kerana isterinya seorang yang berfikiran waras.

Mereka berkumpul di sini menunggu doktor yang merawat Ishma dan Tasnim keluar.

Nafran pula tidak habis-habis melepaskan penyesalan.

Menyampah betul.

Menyakitkan hati

Sudahlah berjanji tapi dimungkiri.

Tak guna punya jantan.

Prakk!!

Pintu ward kecemasan tersebut terbuka tersengullah wajah doktor perempuan yang merawat kedua-dua wanita tersebut.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?"

Soalan tersebut muncul dari suara lelaki yang berbeza iaitu Fayyad dan Nafran.

"Sabar."kata doktor perempuan tersebut.

"Siapa suami Puan Nur Turaya Tasnim?" tanya doktor itu.

"Saya doktor" jawab Fayyad risau.

"Macam ni isteri Tengku mengalami lebam-lebam di seluruh tubuh dan juga ssdikit keretakan pada lengannya. Tapi keadaan dia stabil. Dia dah sedar. Nanti saya pindahkan di ward vvip boleh Tengku dan yang lain melawat."

"Terima kasih doktor."

"My pleasure." Doktor perempuan itu tersenyum sahaja sebelum senyumannya mati dengan pertanyaan daripada Nafran.

"Tapi keadaan Puan Ishma sudah stabil. Namun,dia akan mengalami koma beberapa hari disebabkan tikaman tersebut. Tapi, Alhamdulillah bayi dia selamat."

"Ap..apa yang aku dah buat..?"sesudah doktor tersebut menyampaikan keadaan isterinya,hatinya bagai dipagut rasa kekesalan yang tidak sudah.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now