MMLF : 24

258 15 0
                                    

"Dah tak mahu nangis."

" Mummy. Mummy.."rengek Hail manja.

Helima yang berdiri di sebelah Hassanal segera memanjat katil. Dalam dia tidak sedar,kainnya terselak sehingga menampakkan betisnya yang bunting itu. Sudahlah dia terlupa yang dia tak bertudung.

Kain dia terselak.

Dengan baju dia yang berlengan pendek lagi. Ini kalau dia sedar ini mahu meraung dia sebab aurat dia sudah dilihat oleh lelaki.

" Ya. Sayang. Mummy ada."Hail pula memeluk mummynya.

Dia rasa gembira.

Macam sudah lengkap sahaja keluarganya.

" Mari tidur ya Hail. Sudah lewat ni."Helima bersuara setelah beberapa minit Hail masih lagi belum ada tanda-tanda untuk tidur semula. Dia pula sudah mengantuk. Lelaki itu tak tahu pula rasanya.

" Hail tidur ya. Daddy nak keluar." Hassanal bergerak untuk turun daripada katil. Tetapi,ada suara yang memanggil tak jadi dia teruskan.

" Daddy!"






FLASHBACK

" DADDY!"

 panggil kanak-kanak itu ketika dia hendak turun daripada Katil anaknya. Panggilan itu membantutkan pergerakannya. Dia memandang anaknya.

" Daddy. Tidurlah sini dengan mummy dan Hail."

" Tak bolehlah Hail. Daddy ada kerja nak buat. Hail tidur dengan mummy okay." kata Hassanal sambil mengerling sedikit ke wajah Helima.

Helima pula dalam keadaan mengantuk tak dengar dah apa yang dibualkan dua beranak itu.

" Daddy tak sayang Hail" bibir dimuncungkan ke hadapan gayanya seperti merajuk.

" ask your mummy."

" Mummy bolehkan Daddy tidur dengan kita?"

Helima sekadar menganggukkan kepala sebentar sebelum dia tersedar lantas menggeleng.

Dia hanya tersenyum sinis melihat gadis itu.

Tapi, sia-sia sahaja apabila Hail dah menariknya untuk tidur di sampingnya. Tangan gadis itu pula ditarik Hail untuk berbaring di sebelahnya.

Kini,Hail berada di tengah-tengah antara mereka. Tangannya ditarik seraya diletakkan di atas perut Hail manakala tangan halus itu digenggamnya. Hassanal dapat merasakan tangan itu sedikit bergetar di dalam genggaman tangannya yang erat supaya dia tak dapat menarik kembali.

Hail sudah dibuai mimpi.

Mungkin berasa selesa dengan keadaan sebegini.

Gadis itu pula terkebil-kebil dengan situasi ini. Dia yakin gadis itu tidak selesa . Ini kali pertama tangan gadis ini disentuh lelaki berdasarkan pandangan mata kasarnya.

Dia yakin gadis ini mampu menjaga Hail dengan baik nanti.

Getaran tangan itu dihiraukan sahaja. Tersenyum sinis dia.

" Kenapalah kau ni bodoh sangat Ima ?"Hassanal yang masih belum melelapkan mata mendengar Helima mengata diri sendiri dengan kepala ditumbuk perlahan menggunakan tangan yang sebelah lagi.

" Kau kenapa?"dia sekadar menegur. Kadang-kadang hairan juga dia dengan tingkah gadis itu.

Suka membebel seorang diri.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now