MMLF : 9

281 17 2
                                    


SEBULAN telah berlalu, kini tibalah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua pasangan mempelai yang sudah tiga tahun menjalinkan hubungan serta mengikat tali pertunangan selama empat bulan. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi dalam hubungan ini. Akhirnya, mengambil keputusan untuk melangkah ke terakhir dalam perhubungan dan sah di sisi agama iaitu jinjang perkhawinan. 

Majlis itu diadakan di sebuah hotel yang terkemuka iaitu Hotel ZL Grand Diamond. Hotel kepunyaan Tengku Azrif Zack Laiv. Tema perkhawinan mereka adalah berwarna biru putih. Bagi pihak pengantin dan seisi keluarga serta bridesmaidnya mempunyai tema yang tersendiri.

" Ha.. korang ambil tempat masing-masing cepat. Ikut apa yang kita dah  buat waktu raptai semalam."

Arah Dian kepada sahabat-sahabatnya dengan nada suara yang agak risau. Sahabat-sahabatnya pula bukannya pernah dekat dengan lelaki tambahan pula lelaki-lelaki yang tidak dikenali oleh mereka lainlah Azrif.

Semasa acara raptai diadakan, Dian yang tolong aturkan siap ditambah dengan pujuk rayu lagi. Kalau tidak jangan haraplah diorang ni nak ikut.

" Ima. Kau rapatlah sedikit dengan Has ni. Kau pun sama Waji." Seusai berkata Dian menolak lengan Helima sedikit supaya barisan tersebut nampak lebih kemas.

Hassanal disebelah tidak terkata apa apabila lengan kanan Helima tersentuh lengan kirinya akibat daripada tolakan Dian sebentar tadi.

Bayangkan dia sanggup mencemar duli ke bahagian paling belakang iaitu tempat-tempat para sahabatnya berada kerana di bahagian tengah ahli keluarga pihaknya serta pihak suaminya.

" Dian. Kau ni tak payahlah risaukan kitorang ni. Kitorang tahulah nak buat macam mana yang kita rancang. Kau nipun."

Tasnim bersuara menasihati Dian yang sangat risau terhadap mereka. Dia menepuk tangan Dian agak kuat.

Geram.

" Betul tu Dian. Kau pergilah dekat suami kau tu. Kesian dia. Kau tengok Azrif tak pun risaukan sepupu-sepupu dia macam kau ni. Kesian Azrif dekat hadapan sana tu. Dah-dah pergi dekat suami kau tu."

Wajihah pula menambah pesanan kepada Dian perlahan.

Dia sangat terharu ada sahabat  seperti Dian Nur Raisya ini terlalu mengambil berat tentang para sahabatnya walaupun ketika di hari bahagianya ini, dia tetap memikirkan keselesaan sahabat-sahabatnya.

" Dahla Dian.  Kau pergi ke depan sekarang. Lagipun acara dah nak mula tu. Jangan nak over risau sangat. Kitorang okey ja di sini. Tambah-tambah ada jejaka hot di sebelah ni."

Tutur Ishma dalam nada gurauan cuba untuk menyedapkan hati sahabatnya seorang itu.

Terletus ketawa mereka di situ mendengarnya. Selambanya sahabatnya seorang ini. Ada sahaja yang nak guraunya tanpa pernah serius.

Haishh..

Hairan.

Helima dan Anis pula hanya membatukan diri tanpa mengeluarkan suara hanya hilaian tawa sahaja kedengaran. Segan hendak membuka mulut apatah apabila  ada jejaka di sisi mereka.

"Oklah. Kalau macam itu. Aku pergi dulu."

Dian menapak pergi seusai berkata dengan gaun labuhnya kearah suaminya yang baru sahaja dinikahkan pagi tadi yang sedang rancak berbual dengan ahli keluarganya. Malam ini pula majlis resepsi mereka.

" Wey!! Korang. Aku sedih ni."

Becok lagi mulut itu bersuara tak lain dan tak bukan sudah tentu datangnya dari Nur Ishma Ayuni yang tak pandai duduk diam padahal majlis dah bermula.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now