MMLF : 48

270 16 0
                                    


"Sayang. Kau tak mahu bangun ke? Sudah tiga hari aku tunggu kau. Aku tahu kau marahkan aku. Aku mi..minta maaf sayang. Aku dah lukakan hati kau. Aku betul-betul minta maaf. Bangunlah sayang. Ak..aku janji lepas kau bangun aku akan jaga kau dengan baik. Ak..aku nak kawin dengan kau. Aku janji."

Nafran memegang tangan Ishma lembut sambil menciumnya. Dia tahu tindakannya salah namun dia tak peduli. Dia betul dilanda kesal yang sangat hebat.

"Aku tahu kau kuat, sayang. Tolonglah bangun. Aku merayu dekat kau. Aku janji..aku janji dengan kau aku akan sayang kau,sayang. Aku sakit bila tengok kau sakit macam ni.. Tolonglah bangun..."rayu Nafran pilu.

Air matanya jantannya mengalir keluar dengan lajunya. Dia kesal. Kesal sangat kerana tak mampu menjaga kekasih hatinya dengan sebaiknya.

Dalam dia melepaskan tangisan yang maha kuat, terasa kepalanya diusap oleh satu tangan. Matanya terpejam saat merasakan usapan tersebut. Dia tahu yang dia sedang bermimpi saat ini. Setelah beberapa saat, usapan itu sudah berhenti membuatkan matanya tercelik semula. Kepala diangkat perlahan-lahan. Dia berharap akan terasa lagi usapan tersebut.

Secara tiba-tiba,matanya berlaga dengan mata hitam seseorang itu telah membuatkan tubuh badannya kaku. Dia merasa bagaikan mimpi.

"Naf...."

"Nafran..."

"Nafran Smith Lee"

Panngilan nama penuhnya membuatkan dia terus tersedar daripada rasa itu. Walaupun suara tersebut masih lemah tapi masih boleh dengar dipendengarannya. Nafran terus tegak berdiri dan menghampiri gadis itu. Gadis itu cuba untuk bangun dan bersandar di kepala katil.

"Ka...kau dah ba..bangun. "soal Nafran dengan tergagap-gagap akibat tidak percaya. Air matanya kembali keluar. Semakin laju daripada tadi.

Terharu.

Sebak.

Melihat anggukan lemah Ishma dengan lantas dia memeluk tubuh itu. Kejap. Kuat.

Ishma terkejut dengan tindakan tersebut namun hanya membiarkan sahaja sambil mengusap kepala tersebut seperti memujuk bayi. Dia dengar apa yang dikatakan oleh Nafran tadi tapi dia tidak larat hendak membuka matanya. Dia sudah jelas dengan ketulusan hati lelaki itu. Dia sudah boleh terima lelaki itu dalam hidupnya.

" Aku minta maaf, sayang. Aku salah. Aku mengaku aku salah. Aku menyesal, sayang. Kau maafkan aku. Kau kena maafkan aku juga. Aku tak kira."

Tergelak kecil Ishma saat medengar ayat yang seakan mendesaknya. Sudahlah suruh kita maafkan dia tapi siap paksa lagi. Apa cerita ini. Ishma hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tak larat nak membalasnya. Kerongkongnya sudah kering. Dia perlukan air saat ini. Tetapi dah lelaki ini seperti ini dia diamkan sahaja.

" Kau dengar tak sayang. Aku minta maaf. Kau tak maafkan aku ke? Aku dah minta maaf dengan kau. Kenapa kau diam? Kau tak....."

"Air." pinta Ishma pantas menyebabkan Nafran kelu lidah.

"Air. Kejap aku tuangkan." Dengan kelam kabut Nafran menuangkan air ke dalam gelas tersebut lalu disuakan ke mulut  Ishma. Setelah selesai gadisnya minum,dia meletakkan semula gelas tersebut di atas meja yang disediakan. Ishma hanya memerhati sahaja.

" Sayang... Aku..min.."

"Saya maafkan awak. Awak jangan risau. Okay. Saya dah maafkan semua salah awak bila saya nampak awak selamatkan saya pada masa tu. Tapi.."

Kata-kata lambat Ishma mengundang khawatir dalam diri Nafran menyebabkam dia memotong kata-kata itu.

"Tapi apa? Kau jangan suruh aku jauhkan diri aku daripada kau ye. Aku takkan buat."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now