MMLF : 23

252 14 3
                                    


" WEYY !! Ima. Macam mana keadaan anak kau?"

Tasnim memulakan perbicaraan sengaja perkataan 'anak kau' ditekankannya. Mereka berenam membuat panggilan video call melalui applikasi whatsapp.

Wajihah berkongsi telefon dengan Anis manakala Tasnim dengan Ishma dan turut serta Dian. Walaupun dia masih berhoneymoon, tidak dilupakan untuk turut serta.

"Alhamdulillah dah sihat sikit."jawab Helima mendatar.

"Kau selesa dekat situ?"Ishma menyoal Helima yang berada di sebelah Tasnim.

"Selesalah juga. Kenapa kau rindu aku ka?"perli Helima. Bukan dia tak tahu yang Ishma tak ada teman tidur malam ini. Selalunya sebelum tidur pasti mereka akan bergaduh dahulu baru tidur.

Itulah mereka.

" Tak kuasa aku nak rindu kau."dengan penuh berlagak Ishma berkata.

Tasnim disebelah tersenyum sinis. Macamlah aku tak tahu kau macam mana.

" Yelah tu. Kau nak tahu tak Ima. Kau tak dak harini bukan dia macam cucur basi saja. Masam. Masam kau tahu tak, Ima." ejek Tasnim.

" Kau Tas!!!"jerit Ishma apabila tembelangnya sudah pecah.

Tak puas hati.

Baru nak acah tadi. Haishh..kurang ajar punya sahabat.

Geram aku.

Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka.

"Itu pun nak jerit. Padahal duduk sebelah saja."Wajihah pula menyampuk.

"Kau diam. Aku cekik kau baru tahu."nadanya masih tidak direndahkan.

Panas punya pasal dengan sahabat-sahabatnya. Dian yang tadi hanya mampu menggelengkan kepala. Teringat masa sebelum dia kawin.

" Ish. Perlahankan sikit suara kau tu. Hail tidurlah."

Nasihat Helima kepada Ishma yang sedari tadi suaranya memang tak boleh nak direndahkan sikit.

Aduh.

Kalau dah namanya kasar tu. Tak boleh nak buat apa dah.

" Hail ada. Mana aku nak tengok."pinta Anis.

" Wahh..comelnya dia tidur. Geramya aku."Wajihah membuat muka geramnya bersama dengan Anis.

"Eeee.. macam nak picit-picit pipi dia tu."tangan Ishma tanpa sedar memicit sesuatu yang lembut yang berada berdekatannya dengan kuat sekali.

" Aduh. Sakitlah bagang.!!!"

Suara yang memetir kuat itu menyebabkan Ishma bertindak pantas melarikan diri daripada Tasnim yang sudah memerah wajah itu.

" Kau memang nak kena dengan aku. Jangan lari la bagang!!"

Itu dia suara itu bagai guruh dan kilat menyambar sahaja.

Kuat yang amat.

Boleh bergegar rumah itu.

Tasnim tanpa berlengah mengejar shma yang sudah mendaki tangga untuk ke biliknya. Helima, Wajihah,Anis dan Dian melepaskan ketawa sahaja.

Macam-macamlah perangai.

" Kau tidur dengan Hail ke malam ini?" Dian yang sudah reda ketawa itu menanya Helima. Ini kerana, Helima yang jaga Hail berada dalam bilik itu. Siap tunjuk wajah kanak-kanak itu tidur lagi.

" Haahh.. Hail menangis tadi suruh aku teman dia tidur. Aku ikut sajalah. Lagipun tak sampai hati pula nak biarkan dia tidur sorang. Demam dia baru sahaja nak kebah. Takut malam nanti dia meracau pula"

Terang Helima sambil memandang wajah Aqil yang sedang enak tidur itu. Jatuh simpati dia dengan kanak-kanak ini apabila memikirkan tangisan Hail memujuknya tidur sini menemaninya.

" Sayang sangat kau dengan Hailkan."

" Aku sayang Hail ni macam anak aku sendiri. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata."

Luah Helima sayu. Perasaannya sarat dengan kasih sayang kepada Hail. Luahannya bukan sahaja didengari oleh para sahabatnya malah tanpa sedar lelaki itu sendiri turut mendengari. Setiap perbualan gadis itu dan para sahabatnya didengari dengan jelas.

" Habistu kau takkan tak ada apa-apa perasaan dekat 'daddy' dia walaupun sedikit."pertanyaan Dian membuatkan Helima agak kekok untuk menjawabnya.

Rasa sesuatu.

" Sejujurnya aku ada perasaan dekat dia. Tapi aku takut perisitwa tu berlaku lagi. Aku tak mampu. Biarlah aku pendam sahaja perasaan aku ini. Mungkin ada lagi yang terbaik buat dia."

Apabila mengenangkan peristiwa silam itu membuatkan Helima jadi takut untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk seseorang yang bernama lelaki. Oleh itu lebih baik dia menjauhi lelaki itu daripada dia terjebak dengan perasaan yang menyakitkan itu sekali lagi.

Tak sanggup.

Hassanal yang mendengarnya terkedu dan tak menyangka yang pada malam itu dia sendiri yang mendngar pengakuan daripada bibir gadis itu sendiri yang menyatakan perasaan yang terpendam itu.

" Tapi kau tak..."kata-kata Dian dipotong dengan suara Hail meracau itu.

Helima tanpa kata mematikan panggilan tersebut dengan segera.

" Ummi!!!"

"Walid!!"

" Jangan tinggalkan Hail."air mata dari mata yang tertutup rapat itu mengalir lesu ke pipi.
" Hail..Hail.."

Panggil Helima perlahan dan lembut tidak mahu mengejutkan kanak-kanak itu.

" Ummi!!"

" Walid!!"

Makin kuat jeritan Hail seolah-olah dia berada di situasi tersebut. Hassanal tanpa izin masuk mendapatkan Hail yang berteriak nyaring itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah Helima yang sedang menenangkan Hail.

" Awak. Hail." Air matanya mengalir lesu.

" Hail. Bangun Hail. Ni daddy."Hail tetap meronta-ronta dan meracau.

" Kau pergi ambil air sekarang. Aku nak sapu muka dia. Cepat."arah Hassanal.

Arahan tersebut dituruti dengan tergesa-gesa oleh Helima. Nasib baik gelas Hail itu masih ada di atas meja.

Ini memudahkan kerjanya.

Gelas itu dicapai untuk diisi air dan diberikan kepada Hassanal. Hassanal menuangkan air itu diatas tapak tangannya lalu disapu ke wajah Hail. Hail yang telah sedar segara memeluknya sambil menangis tersedu-sedan.

Hassanal mengusap perlahan kepala Hail.

" Dah tak mahu nangis."












MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now