MMLF : 27

263 14 0
                                    


"Aku..betul-betul minta maaf. Janganlah benci aku. Aku tak ada sahabat-sahabat lain selain daripada korang. Tolonglah jangan benci aku. Aku sahabat korang dunia akhirat. Kalau boleh diputarkan masa aku memang nak beritahu korang lebih awal. Tapi, aku takut korang tak boleh terima Azrif." terang Dian agak panjang memohon kemaafan daripada para sahabatnya.

" Aku yang tak bagi Dian beritahu korang sebab aku nak jelaskan sendiri selepas kami berdua balik daripada honeymoon ini tapi aku tak sangka Ima tahu lebih awal. Kalau korang nak marah,marahlah tapi bukan dekat Dian. Marah dekat Aku. Aku yang paksa dia. Tolonglah maafkan dia. Aku tak sanggup tengok Dian macam ini. Suami mana Yang sanggup."

Kali ini Azrif pula bersuara setelah pujukan isterinya tidak diambil peduli oleh sahabat isterinya.

Dia tak sanggup tengok isterinya seperti itu. Dia seperti suami tidak berguna apabila air mata isterinya menitis jatuh.

" Jika dengan pukulan,korang dapat memaafkan aku, aku sanggup,Tas."

" Sayang cakap apa ni."cantas Azrif namun diendahkan oleh Dian.

"Pukullah Aku. Pukullah Aku,Tas. Asalkan korang maafkan Aku. Pukullah,Tas."

Dian menarik tangan Tasnim supaya memukulnya.

Tasnim yang berada tercabar terus menggangkat tangannya untuk menampar Dian membuatkan semua di situ terkaku terdiam seribu bahasa.

Dian pula hanya mampu meredhakan tamparan itu hinggap pada pipinya.

Terpejam rapat matanya.

Tiada rasa sakit malah tubuhnya ditarik masuk ke dalam pelukan hangat seseorang.

Perlahan-lahan matanya dibuka. Rupa-rupanya Tasnim yang memeluknya.

"Aku tak gila nak  pukul sahabat aku sendiri. Kau juga sahabat dunia akhirat kitorang. Dari kecil sampai jannah akan tetap jadi sahabat kitorang. Jangan risau kitorang maafkan kau. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh. Kitorang lebih kenal kau,Dian. Kau akan membuat sesuatu keputusan setelah berfikir dengan mendalam. Jangan risau. Okay."

Mereka beramai-ramai memeluk Dian. Sebab mereka tahu Helima juga akan memaafkan Dian.

Helima hati dia sangat lembut.

Azrif menghela nafas lega.

Bersyukur tak terkata.

"Kami akan pindahkan cik Helima dekat.."

"Pindahkan dia wad VVIP." potong satu suara garau plus maskulin milik seorang lelaki.

"Baiklah. Tengku."sahut nurse yang bertugas tersebut.

Semua orang telah berkumpul di dalam wad Helima ketika ini. Hal ini,untuk membincang masalah tadi sebentar tadi yang menjadi tanda tanya para jejaka tersebut.

" Waji. Aku nak kau cerita semuanya tentang Ima dekat diorang ni especially Alex. Dia perlu tahu."pinta Azrif kepada Wajihah.

Ini kerana,semua sepupu-sepupunya dapat faham dengan jelas melalui penjelasan tersebut.

"Maaf Az. Saya tak boleh. Ini dah macam aib Ima yang saya perlu jaga."

"Kau nak buka mulut or tak. Kalau tak jangan risau lepasni kawan kau akan rasa lebih teruk daripada ni. So,choose. Open or close."gertak Hassanal serious.

Dia tahu gadis ini serba salah namun dia nak dengar sendiri daripada sahabat gadis kesayangannya walaupun tentang kejadian tersebut dia sudah ketahui.

Ini hasil kerjanya sendiri mencari dengan cekap itu. Wajihah yang takut sahabatnya dilukai pantas membuka cerita.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now