MMLF : 71

221 18 8
                                    


Suasana huru hara dan bunyi bising tembakan serangan balas terjadi antara pihak musuh dan anak-anak buah Alex telah berlaku di sebuah rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut.

Rumah mewah itu adalah rumah keluarga Hassanal sendiri. Disebabkan para lelaki sedang berada di mansion utama untuk mencari kedudukan Helima. Para musuh mengetahui isteri-isteri kesayangan musuh mereka berada di situ dengan kesempatan yang ada terus mengambil tindakan. Para lelaki pula dengan penuh harapan meninggalkan sang isteri kerana rumah tersebut mempunyai akses keselamatan yang ketat serta anak-anak buahnya semua terlatih.

Suara jeritan para wanita kedengaran nyaring apabila salah seorang anak buah suami mereka telah tumbang dengan dahi berlubang kerana ingin melindungi mereka.

Puan Sri Azizah pula dengan pantas menarik cucunya,Aqil ke dalam pelukannya. Masing-masing memeluk antara satu sama lain.

Anak Dian yang berada di dalam gendongannya menangis dengan kuat apabila tembakan masih lagi kedengaran.

"Ap..apa yang kau nak haahh?!!"tempik Tasnim berani.

Dia takkan mudah mengalah walaupun nyawa jadi galang ganti. Itu prinsip hidupnya demi mempertahankan orang yang dia sayang.Tugasnya sekarang ini mengantikan Helima pula yang berkorban untuk mereka.

"Boss aku nak korang semua. Ikut aku kalau tak nak sakit.!!"

Lelaki itu memberi isyarat kepada yang lain untuk menarik para wanita itu mengikuti mereka.

"Jangan dekatlah bodoh!!"

Halang Tasnim kasar sambil tubuhnya menginjak ke belakang membuatkan para sahabat dan Puan Sri Azizah serta Aqil di belakang turut berganjak sama.

"Korang nak kawan korang mampus ke??! Kalau tak nak, ikut aku!!"

"Ya Allah,Ima."

"Apa kau buat dekat Ima haah!! korang kejam!! Dasar dayus!!"

Melihat gambar keadaan Helima yang agak lemah tak bermaya serta kaki dan tangan digari dengan besi mendatangkan rasa sedih,risau dan sebak dalam hati. Wajah tersebut sangat lesu dan pucat.

"Kau memang perempuan.Enric seret dia. Kita dah tak ada masa. Cepat!!"

Arah lelaki itu sambil tangan menarik-narik Tasnim.

"Lepaskan kitoranglah bodoh!! Apa masalah kau ni!!"

Pang!!

Pang!!

Tangan lelaki itu melekat di pipi Tasnim. Kuat. Pecah darah bibirnya. Melemah tubuh tersebut. Terjelupuk jatuh.

"Itulah habuan kau. Bawa dia!!"

"Jangan sentuh ibu aku!!"

Aqil berlari ke arah lelaki yang mengenggam kuat sanggul Tasnim yang berlapik tudung itu. Aqil menggigit tangan lelaki tersebut.

"Sakitlah bodoh!!" Tengking lelaki itu.

Pang!!

Tamparan lelaki itu berjaya melepaskan gigitan Aqil pada tangannya. Terjelupuk jatuh tubuh kecil itu.

Lelaki itu tidak berpuas hati menghampiri Aqil. Baru sahaja sebuah sepakan hendak dilayangkan suara Wajihah bergema.

"Jangan apa-apakan dia. Baiklah. Kitorang ikut. Jangan pukul dia. Dia tak tahu apa-apa."

Rayu Wajihah. Tak sanggup dia tengok tubuh kecil yang tiada kudrat untuk melawan akan dipukul sebegitu. Lebih baik mereka mengalah daripada melihat Aqil terseksa.

Puan Sri Azizah tidak dapat berbuat apa. Dia tersepit. Suaminya juga tiada dirumah untuk membantu.

Apakan daya seorang wanita lemah hendak melawan lelaki perkasa. Sekuat manapun mereka akan kecundang juga.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now