MMLF : 42

274 14 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Awak.!"

"Awak.!"

"Apa kau nak?"dingin lelaki itu menyahut panggilan Ishma.

"Tak ada apa."tersengih-sengih Ishma di hadapan wajah kacak itu.

Lelaki itu mendengus kuat.

Perempuan ini memang tak faham bahasa ke apa. Aku tak mahu jumpa dia. Mean NO lah. Kenapa tak faham sangat.

" Saya sebenarnya nak bagi awak bekal ni. Saya masak penat-penat dekat awak tau. Nah ambillah."

Ishma menghulur mangkuk bertingkat itu kepada lelaki itu. Nafran mendengus kasar.

Sinis dia dibuatnya.

Sudahlah mood dia tak baik hari ini. Di tambah pula dengan perempuan ni.

"Kau bagi aku ni."sinis Nafran mengambil bekas itu. Dia melihat wajah gadis itu yang penuh dengan pengharapan.

Tertawa sinis dia.

"Ya. Awak makanlah."tersenyum manis Ishma apabila lelaki itu mengambil bekal makanan yang dibawanya tadi.

"Kau ingat aku hadap sangat dengan makanan kau. AKU TAK HAMAKLAH DENGAN MASAKAN MURAH MACAM KAU NI."

"AWAK!!"

Jerit Ishma terkejut akibat daripada hempasan bekalan makanan yang berada di tangan lelaki itu. Lelaki ini memalukannya di hadapan orang ramai.

Perit rasa hati.

Sakit hati.

Sakit yang dia rasa sekarang tidak dapat ditandingi dengan malunya dia saat ini.

Tergamak lelaki itu membuat dia sebegini.

Air matanya mengalir perlahan.

Dia betul-betul terasa dengan lelaki ini.

"Ke...ke.. kenapa..awak bu..buang bekal itu. Sa..saya masak untuk awak. Awak tahu tak. Sikit pun awak tak hargai pengorbanan saya. " Marah Ishma bertukar sayu melihat bekalan tersebut. Hina sangatkah dia ini.

"Hey. Perempuan. Aku tak heranlah dengan kau walau sedikit pun. Setakat makanan yang macam ni lebih baik bagi pengemis sahaja. SEMAK. KAU TAHU TAK SEMAK. BERAMBUS."

Jerkah lelaki itu lagi tanpa memikirkan hati dan perasaan gadis itu yang sudah hancur.

"Ya. Allah. Sakitnya penghinaan ini."

Dengan penuh amarah di dada, kepalanya pantas diangkat untuk memandang lelaki itu. Tajam.

"Kalaupun kau ni tak suka tak perlulah nak buang makanan ni. Ini rezeki. Aku tahulah kau ni kaya raya. Tujuh keturunan makan tak habis. Tapi cubalah hargai sikit rezeki di depan mata. Tahu bersyukur. Banyak orang di luar sana kelaparan. Sudahlah. Buang masa aku je cakap dengan orang yang tak tahu nak bersyukur."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now