MMLF : 18

253 13 0
                                    



MEREKA berjalan berpimpin tangan keluar dari bilik chalet itu. Pakaian usah dikata sedondon.Seri pengantin baru. Sebelum itu, Dian dan Azrif singgah di restoran yang berdekatan dengan kawasan itu. Sesudah makan, mereka berdua menuju pula ke sebuah pantai yang menjadi tumpuan ramai di tempat itu.

Pantai tersebut sangat indah dan menyenangkan.

" Biy. Jom kita jalan dekat sisir pantai tu. Mesti bestkan."

Dian menarik tangan suaminya agar mengekori langkahnya tanpa menunggu jawapan daripada Azrif.

" Haish.. Nasib comel."

Geram Azrif dibuatnya dengan tindakan isterinya yang suka membuat keputusan tanpa menunggu jawapan daripadanya.

Kepala isterinya yang berlapik tudung diusuapnya sayang.

Sungguh dia sangat sayang terhadap perempuannya.

Tangan sebelah kirinya memegang kasut bertutup isterinya beserta kasutnya.

"Biy. Kita ambil gambar. Buat kenangan kita."

Azrif sekadar menganggukkan kepala lantas sebelah tangan kanan menarik bahu Dian sehingga rapat dengannya seperti tiada jarak antara mereka walaupun seinci manakala sebelah tangan lagi memegang iphonenya.

Kasut mereka Azrif letak diatas pasir.

Pelbagai aksi menarik telah mereka berdua lakukan dan gayakan semasa sesi pengambaran berjalan tanpa menggunakan photographer.

Tepat pukul 6.00 petang, Azrif bersama isterinya, Dian menyusuri ke tempat yang dikatakan untuk menanti burung enggang tiba.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang itu.

Bukan senang dapat meluangkan masa untuk datang ke sini selepas ini kerana projek besar akan dihandle olehnya.

So,busy.

Lebih baik masa yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya.

" Biy. Banyaknya burung tu. Tak sangka saya. cantik betul burung ni apabila dapat tengok depan-depankan biy." Jerit Dian agak kuat akibat teruja yang amat sangat sambil tangan memeluk lengan Azrif menyebabkan beberapa orang di situ menumpukan perhatian kepada mereka berdua.

" Sayang. Perlahankan sedikit suara."

Nasihat Azrif. Dia membisikkan kata-kata itu di telinga Dian.

Dian melihat sekekliling, membahang malu wajahnya.

Mulutnya terkumat-kamit memohon maaf kepada suaminya atas sikap kurang sopannya sebentar tadi.

" It's okay sayang. Let's go."Azrif mencubit pipi isterinya perlahan.

Tersenyum dia melihat gelagat itu yang seperti kebudak-budakkan. Ini yang membuatkan sayangnya terhadap Dian bertambah.

Haish..

Tangan Dian ditariknya setelah tiba di hadapan burung itu. Makanan burung itu diletakkan di atas tapak tangan Dian. 

Dian pula sekadar memanggungkan kepalanya.

Senyuman manis menghiasi bibir.

"bagi burung tu makan."

Arah Azrif. Dia tahu isterinya masih lagi dalam keadaan malu disebabkan perbuatannya tadi.

Hehehh.. itulah teruja sampai terlupa yang dia berada di tempat awam.

Tergeleng dia.

" Biy. Dia makan atas tangan sayalah."Dian menjerit lagi tanpa sedar.

Dia menatap suaminya tunak sambil tergelak kecil.

Seronok sangat apabila burung tersebut makan di tangannya. Azrif hanya melebarkan senyuman khas buat isteri tercinta.

Sayang.

Biy akan jaga sayang tanpa ada sebarang luka sedikit pun. Jika ada yang menyakiti sayang biy akan bunuh dia. Itu janji biy kepada sayang dan yang lain.








FAYYAD yang berada di rumah mama dan papanya sedang bersantap sarapan pagi dengan penuh berselera. Makanan itu pula dimasak sendiri oleh mamanya, Datin Farah.

Tugas memasak memang mamanya yang akan sediakan. Pembantu rumah ditugaskan untuk mengemas dan sebagainya. Dalam berselera mereka bersantap,suara kegedikkan menyapa halwa telinga.

Wajah yang ditunjukkan Fayyad dengan riak menyampah manakala Datin Farah dan Datuk Fadric menayang wajah bersahaja.

Malas mahu dilayan.

Tetapi terpaksa sebab tetamu.

"Hai, Aunty. Masak apa pagi ni?"suara gedik perempuan itu tidak dapat dipisahkan.

" Masak mee goreng je Syaza. Pagi ini tiba-tiba teringin nak makan mee goreng ni. Itu yang masak tu. Kamu nak makan?"pelawa Datin Farah kepada Syaza.

Syaza ni anak kepada kenalan rapatnya. Jadi, jika tidak dilayan susah pula dia dibuatnya nanti.

" Sorry aunty. I tak makan makanan berat pagi-pagi. Takut gemuk."

Mendengarkan balasan Syaza,makin bertambahlah menyampah Fayyad.

" Ehh. You pun ada Ad. Bila you balik sini?"Syaza dengan lenggoknya berjalan mendekati Fayyad.

Haa.. sudah.

Terus hilang selera Fayyad.

Riak dipamerkan selamba.

Tangan kanan Syaza diletakkan di atas kerusi yang diduduki Fayyad manakala sebelah tangan lagi di atas meja.

Wajah pula didekatkan dengan Fayyad.

Datin Farah dan Datuk Fedric berdehem kecil untuk mematikan tindakan melampau Syaza kepada anak tunggalnya.

" Apa masalah kau ni?"

Degus Fayyad geram ditambah lagi dengan marah dengan sikap perempuan di hadapannya yang tak tahu malu itu.

Sudahlah kaya tapi miskin. Pakaian tak cukup kain langsung.

Seksi.

Ada hati nak pikat aku.

Memang taklah aku nak terima.

Fayyad sekadar memendam sahaja kata-kata itu memandangkan mama dan papanya ada di meja makan.

" Actually, I nak ajak you keluar. Teman I shopping."leret saja Syaza berkata untuk menggoda Fayyad.

Malangnya sedikit pun Fayyad tidak tergoda.

" Tak ingin aku. Aku ada kerja nak buat daripada layan perempuan tak tahu malu macam kau ni."keras sekali Fayyad melontarkan suaranya.

Dingin habis.

Tetapi tidak mendatangkan gerun kepda perempuan seperti Syaza.

" Aunty tengok Ad ni?"adu Syaza.

" Ad. Temankan Syaza sekejap."suruh Datin Farah lembut kepada anaknya.

" Papa."panggil Fayyad meminta pertolongan.










Sorry lambat update..
Tekan butang vote yea guysssss....vote2 and coment...tq korang..yang sudi baca cerita saya walaupun tk seberapa ni..😭😭😭😭 terharu.. sayang korang..





MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now