MMLF : 62

231 15 2
                                    

Majlis penyerahan kuasa telah diadakan di sebuah mansion yang sangat-sangat besar di Itali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis penyerahan kuasa telah diadakan di sebuah mansion yang sangat-sangat besar di Itali. Semua mafia-mafia di bawah pengaruhnya akan menghadiri majlis tersebut.

Seluruh keluarga mafia tersebut diwajibkan hadir untuk menyaksikan penyerahan tersebut.

Mansion tersebut dibuat di mansion atuknya, Tengku Hector Harold Lee.
Atuknya yang paling berpengaruh di Itali dan lain-lain negara lagi dengan sifat kekejamannya bila haknya dicabuli.

Helima yang langkah mengikuti suaminya itu tiba-tiba berhenti bergerak.
Kakinya statik pada ketika itu.

Hassanal pada ketika itu turut hairan. Dah kenapa bini aku ni.

"Mio caro. Kenapa dengan kau ni?"

"Hubby. Saya rasa takutlah tengok ramai orang. Saya risau. Saya tak pernah lagi hadap orang-orang ramai macam ni."

Bicara Helima memberitahu suaminya akan perasaannya saat ini. Dia rasa gusar.

Mahu taknya.

Semalam baru suaminya memberitahu bahawa harini banyak ketua-ketua mafia dan ahli-ahli mereka berkumpul di sini.

Bagaimana kalau dia kena culik ke? Kena bunuh ke?

Ishhh.. apa kau merepek ni,Ima.

Cuba jangan nak fikir bukan-bukan.

Kepalanya di geleng laju.

Ya Allah.

Hassanal yang melihat isterinya seperti itu turut sama menggelengkan kepala.

"Kau ni asal tergeleng-geleng. Dah gila ke? Tak habis-habis perangai tergeleng-geleng kau." Kasar sekali bicara yang keluar daripada mulut Hassanal.

Helima mengerling tajam bersama cubitan kecil.

Mengerang Hassanal merasakan cubitan itu.

"Sakitlah,sayang."

"Padan muka hubby. Dahlah sakit hati saya layan Hubby nie."

Helima terus mengorakkan langkah laju meninggalkan suaminya setelah melihat kelibat para sahabatnya yang sedang duduk di kerusi yang mewah sambil berborak.

Haishh.

Diorang ni tak rasa apa-apa ke. Ke aku ja yang rasa macam nie.

"Assalamualaikum. Korang. Amboii berborak sampai lupa aku kan. Sampai hati." Helima berkata lantas melabuhkan duduknya di sebelah Wajihah.

"Hahahahah. Kau tulah. Tunggu kau macam tunggu bulan jatuh. Lambatnya turun. Kau buat apa dekat bilik kau tu sampai lambat turun. Buat anak ke."

Sindir Tasnim keras.

Mendengarkan itu terhambur ketawa mereka. Hanya mereka sahaja yang bercakap bahasa Melayu manakala yang lain bercakap dalam bahasa asing. Mahu taknya nie kan Itali. Mereka mana nak faham.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now