MMLF : 38

268 19 0
                                    


PADA malam itu pula,Wajihah keluar seorang diri tanpa sahabatnya. Sejak akhir-akhir ini mereka sering berpisah. Keluar sahaja mesti tidak bersama seperti dahulu lagi. Helima, Anis dan Ishma menunggu Tasnim sebentar.

Hal ini kerana,Fayyad mempunyai urusan dan meminta sahabat itu menjaga seketika. Wajihah keluar daripada hotel untuk membeli makanan atas permintaan Tasnim.

Nak makan bubur MCD. Kurelakan pergi. Puas ditegah oleh sahabatnya yang lain. Anis nak ikut dia tegah. Dia rasa dia boleh keluar seorang. Mereka yang lain setuju je. Payah bila berdebat dengan Wajihah kan.

Dia pandai berkata-kata.

Dalam Wajihah berjalan-jalan untuk ke tempat keretanya, dia terdengar bunyi bising dan suara mengerang kesakitan. Dia berfikir sejenak untuk pergi daripada situ.

Tapi,dia kena melalui lorong gelap itu. Wajihah bergerak perlahan-lahan untuk melepasi lorong tersebut takut diketahui oleh orang lain.

Wajihah memberanikan diri untuk berlindung di sebalik tong sampah' yang besar di situ. Tiada niat dia hendak mengintip. Tapi mengintai.

Hahahaha..samalah tu.

Apalah Kau ni Wajihah.

Ya Allah mereka sedang berlawan ke tu. Ya Allah sakitnya.

Gerun pun ada. Sudahlah serba.

Hitam.

Takut.

Ya Allah. Kenapa mereka cederakan lelaki-lelaki itu.

Aku kena pergi daripada sini.

Wajihah yang mahu melangkah pergi walaupun matanya masih memandang tepat kepada kumpulan tersebut,tiba-tiba matanya terbuka luas. Terkejut.

" I..itu bukan pis..pistol ke."gumam Wajihah perlahan.

"Aku kena pergi sekarang. Sebelum diorang nampak aku"katanya lagi. Dia berjalan perlahan-lahan keluar daripada tempat tersebut untuk bergerak pergi. Deria pendengarannya terdengar bunyi tembakan.

BANG!

BANG!

BANG!

Mulutnya terjerit kuat.

"Arghhh.. Ya Allah." Dia menekup mulutnya. Sambil berjalan keluar. Namun,nasib yang agak malang terpijak pula tin minuman di atas jalan. 

Dia memandang kebelakang dan perasan yang beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Dia memecut melarikan diri dalam ketakutan.

"Tangkap perempuan tu. Jangan biar dia terlepas." Arah ketua daripada mereka.

"Takpa. Biar aku saja yang handle." Usai berkat lelaki yang memakai cap hitam dikepala terus bergerak pergi dengan santai daripada situ. Mereka tahu perempuan itu siapa.

Suara tersebut mereka sudah kenali. So,biarlah si Dia uruskan kepunyaannya. Mereka semua bergerak pergi dan anak-anak buahnya membawa lelaki-lelaki tak guna tu untuk ke markas mereka.

Ketika Wajihah sibuk melarikan diri , dia tidak perasan yang terdapat satu lopak air berada di situ. Wajihah terpijak dan akhirnya jatuh. Dia menangis kerana ketakutan saat ini.

" Ya Allah. Bantulah hambamu. Jauhkanlah aku daripada sebarang bahaya."doanya perlahan. Wajihah cuba untuk bangun walaupun kakinya luka. Kaki digagahkan berlari untuk sampai di kereta Alza tersebut. Segera tubuh dibawa masuk ke dalam perut kereta.

"ARGHHH!!" terjerit Wajihah untuk kesekian kalinya apabila pinggangnya ditarik kuat oleh seseorang.

Air matanya keluar dengan lebatnya.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now