MMLF : 45

291 16 0
                                    

"Anis. Jom kita keluar harini. Pergi shopping. Bosanlah asyik terperap ja. Mari kita ceriakan hari kita semula. Lagipun hanya kita berdua je.  Yang lain tak dak.

Sunyi.

Aku rindu masa kita berenam dulu.

Haish..."

Ishma mengeluh kesah mengingatkan semula ketika dia dan para sahabat masih bersama. Namun, kini,hanya dia dan Anis sahaja.

Sudah dua minggu seperti ini.

Lagipula,minggu depan masa hujung minggu mereka berdua hendak balik ke kampung. Sudah lama tidak menjenguk keluarga.

Rindu.

Banyak sangat masalah yang dihadapi oleh mereka berdua. Nafran boleh dikatakan setiap seminggu tiga kali akan mengganggunya manakala Anis pula hampir setiap hari. Masih lagi menaburkan kata-kata manis kepada Anis.

Hati Anis dan Ishma tidak seperti dahulu lagi.

Keras.

Tetapi kalau ada caranya akan melentur juga akhirnya.

"Okaylah. Mari kita pergi. Kau bersiap sekarang."

arah Anis. Ishma menganggukkan kepalanya lantas mendaki tangga untuk ke bilik bagi menyiapkan diri. Anis hanya memandang sahaja.

Dia baru sahaja mahu bangun daripada labuhan tetapi terbantut apabila notification whatsapp masuk. 

Nama seseorang yang sangat dia cuba elak tertera di kaca telefonnya.

"Sweetiepie. Aku nak jumpa kau nanti."

"Aku merayu sangat."

"Maafkan aku sweetiepie. Aku tahu aku salah. I'm sorry."

Anis hanya meninggalkan bluetick sahaja. Malas dia hendak melayan.

Biarlah hatinya tenang dahulu.
Anis dengan langkah yang malas bergerak ke biliknya untuk bersiap.

Walaupun hakikatnya berasa tidak sedap hati.

BANG!
BANG!

Anis bergegas keluar daripada biliknya menuju ke bilik Ishma. Dia terdengar bunyi seakan-akan tembakan yang dilepaskan. Dia berasa sangat takut. Ibarat nyawanya dan nyawa Ishma dalam keadaan terancam.

Ishma!

Jerit Anis setelah memasuki bilik Ishma. Nasib baik sahabatnya tidak mengunci pintu.

"Kenapa muka kau pucat,Anis?"

"Ka..kau tak dengar bunyi apa-apa ke?" soal Anis tergetar-getar teruk.

Ishma mengerutkan dahinya kehairanan.
Apa yang Anis merepek ni. Bunyi apa.

" Kau mengarut.."

BANG!

PRANG!!

Bunyi tersebut sangat kuat kedengaran. Seperti sudah berada di dalam rumahnya. Bunyi pecah itu mesti pasu kepunyaan Tasnim. Nahaslah.

" Ish. Kau call Ima sekarang. Fon aku dekat dalam bilik."gesa Anis lagi. Mereka tiada cara lain selain meminta pertolongan sahabat mereka yang lain.

"HOI!! PEREMPUAN. KELUAR SEKARANG SEBELUM AKU TEMBAK." jerkah suara garau seseorang.

" Ish. Cepatlah call. Aku takut ni." Wajah Anis sudah berubah seperti mahu menangis.

"Kejaplah. Aku tengah cari telefon aku ni.  Dekat mana aku letak ye."habis tilamnya diselongkar.

"Anis."

"Kau jangan cakap yang telefon kau tinggal dekat bawah. "

"Itulah kenyataannya."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now