MMLF : 33

252 13 0
                                    


SELEPAS ditanya dan di soal jawab, Helima membuka ceritanya tentang kedatangan lelaki itu ke kampungnya. Mereka sudah sedia maklum oleh Dian yang Hassanal mencari Helima di kampung.

" Aku nak tanya kau. Kau ada kata apa- apa ke dekat Has tu. Sebab sejak dia balik daripada kampung kau, perangai dia sudah berubah. Sangat-sangat drastik. Az yang bagitau aku."

Cerita Dian terang Hassanal. Dia pun naik hairan dengan perangai Hassanal itu.

Dia sendiri tengok depan mata. Seram bhai.

Tak sanggup dia dibuatnya.

" Ak..aku..ter..terlepas cakap. Aku ada cabar dia. Dia ma..marah aku. Ak..aku nak minta maaf dekat dia."tersangkut-sangkut Helima bercakap.

Hatinya merasakan sesuatu.

Sakit.

Sesak.

Sesal.

Dan sebagainya.

Dia ingin meminta maaf kepada Hassanal. Itu salahnya.

" Betul kau nak jumpa dia. Boleh. Tapi, aku risau kau tak mampu."

Dian tidak mampu membuat apa-apa jika ini melibatkan Hassanal.

Kecuali bidadarinya sendiri pergi berjumpa.

Sepupu-sepupunya yang lain pun tidak berani untuk masuk campur termasuklah Azrif.

Wajihah,Tasnim dan Anis serta Ishma hanya memasangkan telinga sahaja. Mereka tidak tahu berkata apa.

Mereka merasakan Helima sudah salah dalam mencabar orang tersebut. Salah sahabatnya untuk kali ini.

Tidak salah memberi peluang bukan. Tapi itulah kadang-kadang peluang amat menyakitkan.

Tapi mereka sendiri percaya yang Hassanal akan menjaga sahabat nya seorang ini dengan baik.

Lihatlah keadaan lelaki itu saat ini.

" Kau betul-betul nak jumpa dia. Tapi kau jangan menyesal nanti."

Untuk kesekian kalinya, mereka tidak menyokong sikap sahabatnya. Kerana bagi mereka sampai bila Helima akan dibelenggu dengan masa lalu. Kisah silam itu.

Melepaskan kisah perit lebih baik bukan.

So. Move on jelah.

" Ya. Aku nak jumpa dia walaupun apapun yang berlaku. Aku betul-betul nak minta maaf dekat dia. Kau tolonglah aku."

Rayu Helima.

Air matanya tidak dapat  dibendung daripada keluar lagi.

Menangis sahaja yang mampu.

" In syaa Allah. Kami semua akan tolong kau. Support kau daripada belakang."ujar Dian lagi.

" Ya. Betul. Dah tak mau menangis." Tasnim mengusap perlahan belakang Helima.

" So, kau jangan risau. Kami sentiasa akan bantu kau. Ada dengan kau. Ingat tu." Wajihah pula bersuara.

Mereka akan membantu Helima dalam misi mohon maaf kali ini.

Haahh.

Mereka semua sangat hadam dengan perangai Hassanal yang sangat keras hatinya itu.

Doa mereka kepada sahabatnya adalah semoga cekal berhadapan dengan perangai lelaki itu yang baharu dan kuat menerima kata-kata menyakitkan daripada Hassanal nanti.

Bukan mereka tak tahu.

Aura jajaka itu kali ini lebih gelap daripada sebelumnya.




MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now