MMLF : 35

281 13 0
                                    



"TAK GUNA KAU.!! AKU BUNUH KAU JANTAN." Jejaka yang datang untuk menyelamatkan Tasnim memukul lelaki itu tanpa henti. Muka lelaki itu pecah darah.

Itu pengajaran yang sesuai untuk lelaki itu.

Lelaki itu masih tidak selamat selagi nyawanya tidak dicabut.

Dia akan masuk di dalam penjara neraka ciptaan jejaka itu nanti. 

Dia akan membuatkan lelaki itu meraung merayu kepadanya nanti.

Setelah puas melepaskan amarahnya dan lelaki itu pengsan dia pantas mendekati gadis itu.

Kepala gadis itu dipangkunya.

Tasnim membuka kelopak matanya apabila terasa kepalanya dipangku oleh seseorang.

Lelaki itu menepuk-nepuk pipinya.

"Fayyad. "Panggil Tasnim lemah untuk gelaran tersebut.

"Jangan tutup mata kau. Turaya. Open your eyes."Fayyad seperti hendak menangis sahaja melihat keadaan tersebut.

Jaket dibuka untuk menutup tubuh gadis itu yang terdedah.

Tinggallah baju putihnya di dalam.

"Fayyad." Panggil Tasnim lagi buat kali kedua. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu. Walaupun hatinya masih sakit namun dia sangat berterima kasih dengan lelaki itu.

"Tenangkan diri kau. Jangan banyak cakap. Sekarang aku bawa kau pergi hospital. Bertahan. Aku tahu kau kuat."

Fayyad pantas mencempung tubuh Tasnim dan bergerak laju ke keretanya sesudah dia mendail number anak buahnya untuk mengambil jantan lahanat tak guna tu.

Nasiblah dia terasa hendak melalui kawasan tersebut. Jika tidak mahu habis gadisnya saat itu.

Allah. Tak dapat nak bayangkan macam mana. Tak sanggup.

Dia akan pastikan lelaki itu terima balasan lebih teruk daripada apa yang jantan tu buat dekat Gadisnya.






HELIMA IMAN SOFEA memarkingkan keretanya di tempat yang disediakan. Dia datang ke bangunana yang terkenal dan disanjung tinggi oleh semua ahli perniagaan yang ada di dalam dan luar negara.

HL Holding. Sebuah bangunan hartanah yang sangat mewah.

Dia datang kesini untuk berurusan dengan pemilik syarikat tersebut.

Dia terpaksa. Jika lelaki itu tidak dapat menerima dia akan balik ke kampung semula. Itu sudah menjadi keputusannya saat ini.

Dia melangkah masuk lalu menuju ke kaunter pertanyaan.

Berdirinya dua orang penyambut tetamu.

Tersenyum penyambut tetamu itu apabila melihat kelibatnya menghampiri kaunter tersebut.

" Ada apa yang boleh saya bantu,miss?"tanya penyambut tetamu itu.

Lembutnya layanan dia. Patutlah syarikat ini sangat bagus.

"Saya nak jumpa Hassanal Alexander Laiv."

Mata wanita itu terbuntang apabila Helima memanggil nama tersebut. Tanpa ada apa-apa pangkat.

" Herm. Maksud saya Tengku Hassanal Alexander Laiv."Helima membetulkan semula nama panggilan tersebut.

" Ouh. Tapi sebelum itu, cik ada buat temu janji tak." Soal wanita itu lagi. Helima sekadar menggelengkan kepalanya.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now