MMLF : 61

253 15 4
                                    

Di bilik meeting yang terdapat di dalam mansion besar itu,mereka berenam berkumpul untuk berbincang tentang persediaan awal apabila atuk mereka mengadakan majlis penyerahan kuasa sebagai ketua mafia kepada Hassanal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di bilik meeting yang terdapat di dalam mansion besar itu,mereka berenam berkumpul untuk berbincang tentang persediaan awal apabila atuk mereka mengadakan majlis penyerahan kuasa sebagai ketua mafia kepada Hassanal.

Semua keluarga dan keturunannya diwajibkan hadir untuk penyerahan jawatan pengaruh tersebut. Termasuklah mafia-mafia yang dibawah pengaruhnya.

"Betulke kau nak tunjukkan isteri kau dihadapan semua orang nanti. Aku risaulah. Kau tahukan dalam banyak-banyak tu mesti akan ada orang tak puas hati dengan kau."

Nasihat Azrif kepada Hassanal. Dia sukar hendak percaya dengan rancangan yang akan dibuat oleh sahabatnya ini.

"Aku sokong kata Zack. Aku bukan apa aku risau bukan bini kau sahaja tapi bini-bini yang lain turut terkena tempias. Itu yang aku takutkan."serious Hakim pula bersuara.

Sejak dia bakal bergelar bapa perangainya berubah sikit lebih kepada serious. Jika sebelum ini dia hanya endah tak endah sahaja tapi tidak untuk kali ini dan rumah tanganya. Dia tidak boleh lagi bermain-main.

Kerana dia tahu apabila Alex sudah memegang kuasa sebagai Demon sepenunya bagi kumpulan The Black Shadow, lagi banyak cabaran yang akan datang walaupun mereka hanya sebagai orang-orang kanan sahaja.

Kalau mereka sahaja menjadi target musuh dia tak kisah, ini bini-bini mereka juga turut terkena tempiasnya. Itu yang paling dikhuwatiri oleh mereka semua.

"Aku tahu apa aku buat. Aku cuma perlukan korang semua untuk bantu aku."

Kata Hassanal setelah mendiamkan diri mendengar bantahan daripada para sepupunya.

Sudah lama dia fikirkan ini sebelum selepas atuknya maklumkan kepada dirinya dan yang lain ketika mereka pergi ke Italy pada dua minggu lepas.

"Kau jangan risau. Aku akan sokong semua apa yang kau hendak lakukan. Asalkan terbaik kepada kita semua."

Sokong Nafran dengan tegas dan dingin. Dia juga turut risau dengan risiko yang akan diambil oleh sepupunya. Namun,dia tahu perancangan yang dirancangkan Alex sentiasa menjadj dan di luar fikiran orang lain.

Itulah Alex.

Dia akan tidak akan ambil risiko sekiranya dia tidak berfikir panjang.

"Aku pun sokong kau. Aku tahu itu yang terbaik."

"Ya. Aku pun."

Akhirnya mereka yang lain turut bersetuju. Selama ini mereka sentiasa setuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Alex tapi untuk situasi ini agak merumitkan keadaan nanti. Itu yang benak mereka membantah. Tapi,bila Nafran sudah berkat begitu, mereka tahu itu idea yang bagus. Kerana mereka berdua lebih sama-sama licik.

Ciss..

"Aku tahu selama ini ada orang mencari pasal dengan kita adalah daripada kumpulan lelaki tak guna tu. Jadi, aku nak tengok respon dia nanti. Aku sengaja buat benda ni walaupun aku tahu risikonya. Tapi, aku akan pastikan lelaki itu tak akan dapat sentuh bini aku dan yang lain. Dia licik aku lagi licik. And aku nak korang semua esok berkumpul di sini bawa semua bini-bini korang. Esok juga kita bertolak pergi Itali. Kita pergi lebih awal daripada majlis tersebut."

Kata Hassanal dengan riak tenang. Pelbagai perancangan ada di dalam kepala otaknya. Kalau lelaki itu licik,dia lebih licik dari laki tak guna tu. Aku akan pastikan kau menyesal kalau kau sentuh wanita kesayangan aku.

Jika kau nak main tarik tali aku juga akan tarik tali itu secara perlahan-lahan supaya kau pula akan masuk dalam permainan dia. Dia akan pastikan. Kau tunggu saja.

Bastard.

Pasa sepupunya yang lain hanya menganggukkan kepala dengan arahN tersebut.

Masing-masing berjalan keluar meninggalkan bilik tersebut kecuali Nafran dan Hassanal.

"Aku tahu apa yang cuba kau rancangkan?"

Kata Nafran sinis lantas berlalu keluar tanpa menunggu jawapan daripada Hassanal. Dia cukup hadam dengan perangai lelaki itu. Sangat-sangat hadam.

Hassanal pula berada di tempatnya hanya menyinis sendiri. Dia sudah agak. Banyak-banyak sepupunya,Nafran sangat cepat memahami semua yang berlegar di kepalanya.

Dia juga bingkas bangun apabila benaknya memikirkan isterinya. Dia rindu isteri murainya. Tersengih-sengih dia saat ini.

Haishh.. kalau orang nampak ni jatuh martabat dia sebagai ketua mafia.

Kepala digeleng perlahan.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

"Wife. Aku nak beritahu kau ni. Esok kita gerak ke Italy. Atuk ada buat majlis penyerahan kuasa kepada Has. So,aku nak kau kemas baju dalam tempoh seminggu. Tapi,kalau tak mahu pun kita beli jelah di sana senang. Tapi,aku tak janji yang baju tu mampu selamatkan kau"

Tersengih nakal Fayyad menyuarakan pendapatnya. Pelbagai fikiran kotor bermain di benak fikiran tersebut.

"Husband. Awak ni dah kenapa gatal sangat. Husband jangan macam-macam kalau tak mahu makan penumbuk saya."

Tasnim menjeling suaminya yang sedang berbaring sambil meletakkan kepala diatas ribanya.

Haishh.. nasib suami. Kalau orang lain ajak gurau macam tu dah lama makan penendang dan penumbuknya.

Dasar gatal.

"Hehehe. Aku gurau je wife. Macam mana anak aku harini meragam tak.?"soal Fayyad sambil mengusap-usap perut isteri kesayangannya lantas dicium lembut. Tak sabarnya dia nak tengok anaknya ini lahir.

"Anak ibu baik jekan dalam ni. Dia tak naughty harini."

Kata Tasnim sambil mengusap lembut rambut Fayyad. Dia senang dengan usapan tersebut.

Fayyad tergelak kecil dengar panggilan itu. Dia mengusap-usap perut isterinya sambil fikirannya melayang pada apa yang akan berlaku nanti.

Bagaimana kalau musuhnya mengapa-apakan isterinya. Dia tak sanggup.

Melihat kebisuan suaminya,Tasnim menegur.

"Husband. Husband ada masalah ke?"

"Aku okay,wife. Kau tak perlu risau. Aku nak tidur sekejap. Nanti kau kejutkan aku."

Tasnim yang pelik namun menganggukkan kepala tanda okay.

Okaykah suaminya. Sebelum ini banyak bicara tapi tidak pada harini.

Dia hanya mampu berdoa supaya suami baik-baik sahaja. Itu sahaja dia mampu buat jika suaminya tidak bersedia untuk meluahkan kepadanya.

Tasnim perlahan mengucup dahi Fayyad penuh kasih.

Saya sayangkan husband. Saya cintakan husband. Saya harap hubungan kita hingga ke Jannah.


 Saya harap hubungan kita hingga ke Jannah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🥰🥰🥰🥰🥰
Done double update.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now