MMLF : 66

261 15 1
                                    


Kedai Cafe mereka kembali dibuka semula selepas tutup selama seminggu disebabkan oleh mereka pergi ke Italy. Jadi, mereka buka harini untuk mengemas semula kedai mereka setelah ditinggalkan sebelum esok berjalan seperti sedia kala.

Kedai dah ditinggalkan selama seminggu mestilah berhabuk. So,kena cucilah sebelum beroperasi semula supaya boleh elak daripada sebarang masalah yang berlaku.

Jadi, harini mereka berenam berkumpul seperti sedia kala termasuk sekali dengan Dian.

Dia pun nak join juga.

Biasalah melepak-lepak.

Walaupun sudah seminggu melepak bersama tetapi masih belum puas.

Lagipula, suaminya Azrif ada meeting mengejut dengan client harini. So,daripada dia bosan duduk di rumah seorng diri lebih baik dia minta izin datang ke cafe sahabatnya. Boleh jugalah berborak-borak.

Dian berduduk santai di atas meja manakala yang lain sibuk mengemas dan mengambil tempat masing-masing.

Dalam dia sibuk bermain telefonnya, tiba-tiba ada satu notification daripada telefon Helima.

Namun,dia ignorekan sahaja. Maybe Hassanal yang menghantar mesej tersebut.

Tapi,bila notification tersebut asyik berbunyi dia sekadar melihat nama di kaca telefon tersebut.

Mengintai.

Apalah yang si Hassanal tu hantar sampai mesej bertubi-tubi masuk.

Jadi,dia ambil keputusan untuk mengintai nama di skrin telefon Helima. Pada saat itu, dia terkejung sendiri.

Matanya masih lagi terkaku tidak bergerak dan beralih daripada kaca telefon itu.

Dengan pantas tangannya mencapai telefon Helima dan membuka notification itu. Nasib baik Helima tidak membuat kunci. Itu memudahkan kerjanya.

Dia membaca mesej tersebut satu persatu dengan perasaan yang terpempam hebat dan terkejut.

Mesej yang diterim daripada no misteri tersebut sangat tidak masuk akal dan gerun.

Dalam dia sibuk membaca, kedengaran ada bunyi cawan diletakkan di atas meja yang didudukinya.

Kepala masih lagi tidak beralih daripada menatap skrin tersebut. Dibaca dengan penuh teliti.

Teguran daripada sahabatnya menyentakkan dirinya.

"Dian. Apa kau buat dengan telefon Ima. Kau nak bernanah telinga ke?"

Soal Wajihah sambil mengutuk Helima. Kalau Helima tu tau main telefonnya tanpa izin mahu lecah gegendang telinga mereka berdua nanti.

Dia tak suka bila telefonnya diambil sejak dua menjak ini. Helima mudah sangat emosi.

Kadang mereka sendiri tidak tahu apa masalah Helima sebenarnya. Sebelum ini ceria sahaja tapi kala ini kadang dia lihat sahabatnya itu menangis, muka dalam keadaan marah. Kadang sedih. Entahlah. Sampai dia pernah kena tengking dengan Helima semasa mereka berada di Itali dulu. Entahlah.

Tapi, dia tak pernah ambil hati. Dia tahu sahabatnya ada masalah tapi tak mahu dicerita.

Dia beri masa dekat Helima untuk membuka mulut.

"Apa yang kau khusyuk tengok sangat tu Dian sampai kau hiraukan aku."

Wajihah mengerutkan dahinya hairan. Dah kenapa palau dia minah ni.

"Ni. Kau cuba tengok ni. Kenapa Ima tak beritahu kita."

Dian menunjukkan chat masuk Helima kepada Wajihah.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now