MMLF : 17

268 14 3
                                    


" Tapi apa?"

Hakim sudah memotong percakapan Anis sebelum sempat Anis menghabiskan ayatnya.

Memang biadap betul.

" Tapi melainkan awak yang nak jadi buah hati saya. Itupun kalau awak sudi." Usik Anis sekadar menutup rasa gundahnya terhadap perkara yang dibangkitkan Hakim ini. Usikan itu mengundang keseronokan kepada Hakim.

Pucuk dicita ulam mendatang bak kata orang tua dulu-dulu. Bagi dia, dia tak bergurau jika melibatkan soal hati.

Memang serious.

Hakim mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang memaksanya untuk ke sini.

Tak sia-sia dia dengan paksa rela akhirnya mendapat habuan disebaliknya.

Balik nanti dia cium ibu dia sungguh-sungguh.

Tak terkata rasa syukur dia.

" Kalau aku kata aku nak macam mana?"membahang wajah Anis merah sekali.

Tak sangka dia lelaki ini memang mengamil serious soal ini sedangkan dia hanya bergurau sahaja.

" Awak bergurau ke ni? Saya Cuma main-main sahaja."

Anis ketawa kecil untuk menampakkan yang dia bergurau walau hakikatnya dia menginginkan itu.

Dia tak mahu lelaki ini menganggap dia bukan-bukan.

Lagipun dia tak rasa yang dia sesuai bergandingan dengan lelaki ini apabila dia sudah mengetahui status lelaki ini.

"Aku tak main-main Anisya. Aku serious. Aku betul-betul sukakan kau dan mula jatuh cinta pada kau masa pertama kali Azrif perkenalkan kita"

Jelas Hakim membuatkan Anis terpana seketika. Masuknya dah lamalah.

Hakim sedar dia seakan-akan mengalami LOVE AT FIRST SIGHT ketika dia bertentang mahupun bersua muka dengan gadis ini.

Hatinya terus terpaut.

" Now. Aku cuma nak jawapan jujur daripada kau. Adakah kau  mempunyai perasaan yang sama seperti aku?" sengaja dia bertanya untuk meminta kepastian lagi walaupun dari cara gadis itu dia sudah mengetahui jawapannya.

Mana nak tahukan harapan yang kecundang ataupun cintanya bertepuk sebelah tangan.

Buat malu sahaja.

" Are you blushing dear?'

Hakim menyimpul senyuman penuh makna beserta panggilan manja sekadar untuk melihat gadis itu tersipu-sipu sahaja.

Dia suka melihat wajah itu dalam keadaan malu-malu.

"So sayang."meleret saja suara Hakim memanggil Anis dengan perkataan SAYANG.

" Kira jadilah ye. Can I proceed to the next step??"

Tanya Hakim lagi bersama sengihan nakal.

Bukan dia tidak menyedari wajah gadis itu bertambah merah mendengar ucapan sayang darinya sebentar tadi.

Namun, gadis itu tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi mahupun bahasa tubuh.

" Anisya. Mengelamun."

Hakim melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Anis.

Perbuatan itu membantutkan Anis yang berada di alamnya sendiri.

Anis cepat-cepat memberi respon balas dengan anggukan tanpa dia sedari  bagi menjawab pertanyaan lelaki itu.

Tanpa mereka sedari, ada empat pasang mata yang sedang melihat sesi drama pasangan merpati dua sejoli ini. Sungguh kagum bagi mereka.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now