MMLF : 36

292 14 0
                                    


"Apa yang dah jadi ni korang? Macam mana dengan keadaan Tas sekarang ni? Doktor ada cakap apa-apa?"

Bertubi tubi soalan yang diajukan kepada sahabatnya setelah dia sampai di hadapan ward tersebut. Dia tiba di sini dengan menaiki satu kenderaan dengan Hassanal. Itupun atas desakan Hassanal.

" Satu-satulah,Ima kau tanya. Ni Macam peluru berpandu saja gamaknya. Relax dulu bosskur.."perli Ishma kepada Helima.

Helima tersengih.

"Aku risau ni"

"Aku tahulah. Kitorang pun risau juga. Kau tu bukan boleh sangat. Nanti datang lah penyakit kau tu. Chill-chill.
In Syaa Allah tak ada apa-apa."Anis pula bersuara.

" Kau duduk sekarang dekat sabarlah aku ni. Risau aku tengok wajah kau ni. Macam pucat je. Mari duduk sini."

Wajihah mengajak Helima duduk di sebelahnya. Helima sedari tadi asyik kehulur ke hilir sahaja. Wajah dah la pucat. Jangan sampai dua orang pula masuk ward.

Huish..bahaya.

Helima menganggukkan kepala tanda akur.

Di sebelah lelaki pula suasana agak tegang. Fayyad seolah-olah terkapai di alam lain. Otaknya masing terbayang bayang peristiwa tadi. Dia tidak dapat membayangkan kalau dia tidak melalui kawasan tersebut.

Apa akan jadi dengan gadisnya?

Dia akan seksa dan bunuh jantan keparat tu.

Dasar tak guna.

Nafsu binatang.

Melihatkan suasana yang sunyi itu, Ridzuan bersuara dalam bahasa asing.

"Cosa è successo.?" (Apa yang sudah terjadi?)

Fayyad yang sedang mengelamun sambil membuka mata perlahan apabila soalan itu dilontarkan.

"Quell'uomo inutile vuole violentare quella donna. Buona fortuna sono veloce. altrimenti non so cosa accadrà. Non riesco a immaginare."
(jantan tak guna tu nak rogol perempuan tu. nasib baik aku cepat. kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi. aku tak sanggup nak bayangkan.)

Ringkas dan padat Fayyad menjawab.
Yang lain hanya mendiamkan diri. Mereka tahu apa yang akan jadi dekat lelaki tak guna tu nanti. Rasakan tangan Fayyad sendiri.

Selain Hakim,Fayyad juga sukar untuk menyeksa orang.

Dia tidak gemar.

Lebih baik bunuh terus.

Buang masa sahaja .

Sekali ini dia akan balas dua kali ganda apa yang dibuat oleh lelaki itu kepada gadisnya.

Wait and see.

"Torturerò quell'uomo. Osa toccare la mia donna in quel modo."(aku akan seksa jantan tu. berani dia sentuh perempuan milik aku macam tu. )

Yang lain menyinis sahaja. Kali ini mereka hendak melihat pula Fayyad menyesak orang.

Selama ini hanya menonton sahaja.

Tindakan itu sudah cukup melambangkan yang perempuan itu adalah haknya. Walaupun tidak diluah dengan ucapan.

Gaya tindakan sudah mencerminkan semuanya.

Dalam mereka berborak-borak itu, pintu dikuak dari dalam,muncul seorang perempuan berpakaian doktor. Mereka segera mendapatkan doktor tersebut.

"Macam mana dengan keadaan sahabat saya doktor?"soal Wajihah.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now