MMLF:75

265 16 4
                                    

Mereka semua tiba di sebuah pulau terpencil yang di dalamnya terdapat satu bangunan lama. Keadaan bangunan itu jika dilihat dari mata kasar memang terlalu usang.

Lapan buah kereta jenis MPV yang mampu memuatkan anak buahnya menjadi pilihan mereka. Mereka tanpa gentar memarking kereta tersebut masuk terus ke kawasan bangunan itu.
Buat apa jika semua di kalangan mereka terlatih tapi masih melakukan serangan hendap. Lebih baik jumpa secara berdepan sangat berpuas hati.
Pakaian yang dikenakan oleh mereka berenam adalah warna hitam termasuklah anak buah mereka yang lain.

"Setiap penjuru bangunan itu ada lima orang yang berjaga. Setiap yang menjaga ada senapang di tangan."

Beritahu Hoshua. Hakim pula untuk kali ini dia sendiri akan turun padang berhadapan dengan musuh kerana dia hendak lihat sendiri keadaan yang berlaku di dalam tersebut begitu juga dengan isterinya.

Hassanal tanpa takut melihat musuh yang ramai di hadapan kereta yang dinaikinya sambil memegang senapang segera keluar daripada kereta tersebut bersama dengan yang lain.

Melihat wajah yang amat dikenali mereka itu menggeletar ketakutan anak buah musuhnya.Namun,apa boleh buat jika mereka sekarang berada di hadapan musuh tuan mereka.

"Mana boss bangsat kau!!!" jerkah Hassanal kuat kepada lelaki di hadapannya. Perlahan-lahan mereka bergerak mendekati. Terundur perlahan anak buah musuhnya.

"Kau jangan dekat kalau tidak kami tembak."
Cis.

"Kenapa kau semua takut. Takut aku lagi daripada boss lahanat kau semua."

"Aku kata jangan dekat Alex."

Bang!!

Bang!!

Tembakan lelaki itu tersasar tapi malangnya kepada lelaki itu pula sudah terpacak pisau. Darah memancut keluar dan tidak lama itu tubuh tersebut rebah menyembah lantai.

"Nice Smith."

Menggeletar tubuh yang lain melihat kawan mereka mati dalam keadaan sebegitu.

"Alex. Peluru bergerak ke arah melalui atas."

Hassanal terus mengelak apabila dia mendongak ke atas untuk melihat apa yang diberitahu oleh Hoshua.

"Hebat kau Alex or Demon Killer Shadow. Kau boleh elak serangan aku.

Papp!!

Papp!!

Papp!!

Tepuk Enzio seakan gembira dengan tahap kepantasan musuh ketatnya.

"Aku datang nak ambil bini,anak dan bini-bini sepupu aku. Kalau kau bagi mereka dalam keadaan baik,aku akan lepaskan kau. Tapi,kalau tidak hidup kau penuh penyeksaan dalam genggaman aku termasuk lelaki tu."

"Kau jangan risau aku jaga bini-bini kau semua dengan penuh kelembutan."

Enzio masih berlagak tenang dan bongkah untuk memancing amarah lelaki berenam di hadapannya terutamanya Alex.

"Seret mereka ke sini."

Arghh!!

Arghh!!

"AQIL!!!"

Jerit para wanita itu sehingga kedengaran di tangkat bawah. Tidak lama itu berlari seorang lelaki dengan telinga berdarah meluru ke arah Enzio.
Lelaki itu berbisik di telinga boss mereka membuatkan wajah tersebut berubah sedikit. Sebelum kembali tenang.Masih lagi mahu bermain dengan lelaki di hadapannya.

"Seret mereka semua ke sini. Now!!!"
Arah Enzio lantang kepada orang bawahannya yang masih lagi mematungkan diri buat seketika.

"Bawa mereka baik-baik kalau kau tak nak mampus."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now