MMLF : 40

274 16 4
                                    


PADA hari ini dan saat ini,tiga pasangan dikahwinkan sekaligus. Majlis diadakan memang secara besar-besaran dan terbuka mengikut cadangan para ahli keluarga dan pasangan pengantin tersebut.

Ini kerana,family mereka sangat teruja akan perkahwinan ini buat pertama kalinya dalam sejarah keturunan mereka berkahwin serentak. Datuk,nenek dari luar negara dan kaum kerabat turut mencemar duli untuk memeriahkan majlis tersebut.

Untuk menambahkan lagi keindahan suasana,majlis ini diadakan disebuah hotel terkemuka dan kepunyaan mereka sendiri iaitu pada waktu malam. Suasana malam memang sesuai untuk majlis.

Tenang.

Damai.

Indah.

Tema pelamin mereka mengikut citarasa tersendiri. Bagi pasangan Hassanal dan Helima adalah berwarna hijau tua. Itupun Helima demand pada Hassanal. Fayyad dan Tasnim pula berwarna Biru muda manakala Ridzuan dan Wajihah tema biru tua. Para sahabat Helima kebanyakkan suka warna biru kecuali Helima. Dia hijau.

Hidup dengan matinya warna hijau. That it.

"Hmm.. syoknya diorang tu dah kawin. Aku bilalah lagi."lirih Anis berkata sambil duduk di meja hadapan bersama-sama dengan keluarga para sahabatnya.

"Yala tu. Aku duk pikat dia ni pun tak dapat lagi."Ishma pula menyuarakan hatinya.

Mereka sudah tahu yang Ishma cuba untuk mendekati Nafran tetapi lelaki itu sedikit pun tak pandang. Sedih betul. Nasib baiklah Ishma ini jenis yang tidak makan saman. Redah je.

"Dijah. Ika. Ain. Tak makan ke? "Soal Anis apabila melihat adik beradik Helima duduk di hadapan mereka.

"Nak ambil makanan tapi orang ramai la kak Anis." Jawab Khadijah selaku adik bawah daripad Helima.

"Haah. Orang ramai. Kak nak ambik pun malas."

" Kak Ish kenapa monyok ja muka. Bukan kalau sebut makanan laju ke?" Khadijah kehairan melihat wajah sahabat kakaknya seorang ini.

Kedua ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang mereka sedang berada di meja satu lagi bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Semuanya dah berkahwin kecuali bawah kepada Helima sahaja.

"Ika. Ain. Pergi ambil makanan. Orang dah tak ramai."arah Khadijah kepada adik-adiknya.

"Ala.. Ika seganlah."

"Jomlah kita ambil sekali."ajak Ain kepada kakak-kakaknya.

"Aduh. Korang ni. Pergi sajalah ambil."Dia pun malas sebenarnya. Tak biasa dengan keadaan yang seperti ini. Mereka semua orang kampung.

Untunglah kak Helima mereka dapat kahwin dengan orang bandar.

Mereka boleh juga tumpang gembira.

" Tak mau. Jomlah."Zulaika menjengilkan matanya yang sedia besar itu. Dia kalau nak marah ke matanya mesti dibesarkan.

Hahahaja.

Kutuk kejap.

Kalau Ain pula habis kuat buat tak tau ja.

Payah betul bercakap dengan dia.

Hahahah.

Dasar cheese.

" Oklah. Jom."pasrah Khadijah dibuatnya. Mereka bertiga berjalan meninggalkan dua orang sahabat kakaknya setelah meminta diri seketika.

" Ain. Ika. Akak punya kain ni ada darah la. Mesti period ni. Macam mana ni."bisik Khadijah kepada dua orang adik- adiknya.

"Kau ni kak. Waktu macam Nilah nak buat perangai pun"kata Ain perlahan.

"Ishhh. Nak buat macam mana. Benda tak boleh nak kawal."Khadijah membalas kembalik kata-kata adiknya,Ain.

"Ish korang ni. Dahlah tu. Jom kita cari tandas."cantas Zulaika dengan cepat. Sebelum menjadi lebih serious. Mulalah nak bergaduh.

" Cepatlah jalan tu. Akak dah tak tahan ni. Malu tahu tak."desak Khadijah sambil berjalan dengan laju hendak mencari toilet. Dia betul-betul tak tahan ni. Macam nak nangis pun ada.

"Yala. Tunggu la kejap."

Khadijah menoleh ke arah belakang untuk melihat dua adiknya. Jalan pun macam siput. Cubalah laju sikit.

Dalam dia tak sedar,badannya terlanggar dengan badan tegap seseorang lelaki. Badannya tak mampu mengawal keseimbangan badan lalu terjatuh namun cepat disambut oleh satu tangan. Automatik mukanya berubah.

Panik.

Risau takut lelaki itu dapat melihat sesuatu yang tak sepatutnya.

Ya Allah.

"Kaklang!!"jerit Zulaika dengan Nurain memanggil kakaknya.

"Terima kasih."ujar Khadijah tidak melihat gerangan tersebut. Malu.

"Kau kenapa kak. Jalan tak tengok depan."Ika menyoal ketika sampai dekat kakaknya.

Terkejut merek berdua melihat akan kejadian tadi. Sudahlah baju kakaknya mempunya darah. Kalau jatuh tadi comfirm darah tu melekat dekat lantai. Satu bab pula mereka nak mencucinya.

"Weyy.. Kak. Darah dekat baju kau makin banyaklah.!!"terkuat suara Ain menegur akan darah di baju kakaknya.

Sudahlah patern baju mereka sama paras dengan punggung tetapi jangan risau baju tersebut masih besar dan tak ketat. Tak nampak yang tak sepatutnya.

Bertambah malu Khadijah dibuatnya. Mulut adiknya menang tak ada insuran langsung. Bebal betul.

Lelaki itu hanya memandang sahaja Dia berjalan dengan selamba  mengelilingi gadis itu.

Dengan pantas dia membuka blazernya yang labuh itu lalu disarungkan ke bahu gadis itu. Terbuka mulut mereka bertiga.

Dua Bodyguard lelaki itu juga turut tergamam seakan tidak percaya apa yang dilihat mereka. Boss mereka ini boleh dikatakan dengan perempuan cukup-cukup anti. Anti wanitalah katakan. Tetiba ambil kesah. Uishh. Ada perubahan.

"Terima kasih. Saya minta diri dulu ya. " Ujarnya malu.

HIshh..

tak pasal-pasal lelaki itu nampak yg tak sepatutnya. Malu giler oiii..adehh..

" Ika. Ain. Mari."

Mereka Berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu hanya merenung sahaja sambil bibir terangkat sinis.

" Senorīta ni aete yokatta. Anata wa watashi no haaku shite imasu.(selamat berkenalan senorita. kau dalam genggaman aku)" lelaki itu berkata dalam bahasa Jepunnya.

Kebanyakkan daripada kenalan Tengku Hassanal Alexander Lee adalah orang daripada pelbagai negara serta fasih dalam pelbagai bahasa.

Jadi,tak hairanlah mereka ini apabila berjumpa. Bahasa yang selalu mereka guna mengikut situasi keadaan tersebut.

Tetapi penggunaan bahasa yang paling kerap adalah bahasa Spanish dan Italian. Jadi,orang di Malaysia ini akan teruja ataupun hairan jika mereka bercakap dalam bahasa asing. Kata orang satu dalam sejuta. Hahahaha.













Sorry jika chap ini kurang memuaskan hati.🤗 Saya sebenarnya hilang idea sudah ni. Hahahah.. sorry ya korang.

Selamat membaca.😍😍😍😍😍



MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now