MMLF : 21

267 17 2
                                    


DUMM!!!

Bunyi pintu dihempas kuat oleh Anis. Berdosanya dia.

Dua orang sahabat mereka sudah memahami kecuali Datin Rose dan Ridzuan. Terangkat bahu mereka akibat hempasan pintu yang kuat itu.

"Maaf Ummi. Mereka tak pakai tudung. Sebab itu, tutup pintu macam nak runtuh tu. Hahahahah."beritahu Tasnim dalam nada gurauan.

Selang beberapa minit, wajah Helima, Ishma dan Anis kelihatan di pintu yang siap bertudung dan lengan yang sudah bertutup itu. Fahamlah Datin Rose dengan situasi itu.

" Jemputlah masuk, Aunty. Awak. Eh,awak ni bukan sepupun Az ke? Rid kan. Betul tak?"

" Kamu semua dah kenal dengan anak ummi. Ingatkan belum."

" Ya Aunty. Kami semua dah kenal. Kami pernah..

"Ima. Nanti sambung lain. Jemput masuk dulu ye. Lenguh dah kaki aku ni. Kesian dekat Jie tengah sakit ni"

Helima ni kalau nak bercerita sampai lupa dah yang lain. Lebih baik dia pangkas dengan segera. Alamatnya berdirilah di situ kalau dibiarkan.

“ Eh.. Waji. Kenapa dengan kau ni. Patutlah aku rasa tak sedap hati. Macam mana boleh jadi macam ni Tas? Patutlah aku call tak angkat. Risau tahu tak? Tak senang hati aku..”

Bebelan Helima yang terlupa akan kehadiran tetamu mereka disebabkan terpandangkan tangan dan kaki Wajihah yang berbalut itu. Ishma mematikan pertanyaan Helima dengan berbisik di telinga Helima yang berlapik tudung itu.

“ Ima. Nantilah kau nak membebel. Kesian Waji. Haish.. dah la kita ada tetamu. Kau nipun…”kelu lidah Helima.

Dia tersengih seperti kerang busuk.

Memerah wajahnya.

“ Ha..  jemputlah Aunty. Awak."pelawa Anis sesudah Waji masuk dipapah oleh Tasnim dan Ishma.

“ Ya. Jemputlah.”senyum Helima untuk mengawal malunya.

“ Tak apalah nak. Lain kali jelah. Ummi datang dengan anak ummi.  Segan pula nak menganggu.”

Datin Rose menolak lembut perlawaan itu. Kepalanya didongak melihat anaknya.

“ Ehh..Aunty tak payahlah nak segan-segan dengan kami semua ni. Anggap je kami macam anak Aunty. Lagipun Aunty  ni mak saudara Azrif suami Diankan. Tak payahlah nak segan.”mesra Helima bercakap panjang kepada Datin Rose.

“ Ya. Betul tu Ummi. Marilah masuk.”Tasnim yang muncul tiba-tiba itu mengiyakan kata-kata Helima.

“ Mari Aunty .”

Anis dan Helima menarik tangan Datin Rose masuk ke dalam rumah mereka. Ridzuan mengekori dari belakang.

“ Duduklah makcik. Saya nak buat air sekejap.”tutur Helima. Kakinya bergerak menuju ke dapur.

Setelah selesai air yang dibancuhnya, dia membawa ke depan. Bersimpuh di atas karpet sahaja. Mudah untuknya menuang air kepada Datin Rose dan yang lain.

“Maaf bertanya. Aunty nama apa?”Soal Anis beramah mesra.

“ Nama Aunty Rose. Panggil ummi je.”suruhnya pendek.

“ Baiklah. Ummi.”jawab Ishma.

Mereka berborak agak lama sampai lupa ada seorang lelaki yang mendiamkan diri sedari tadi.

Jadi patung cendana.

Orang perempuan kalau sudah bersembang lupalah lelaki yang seorang ini termasuklah umminya.

“ Hmm.. Ummi dah lupa aku sejak ada anak dara baru ni. Sedih betul.”lirih Ridzuan berkata perlahan.

“ Apa Rid?”soal Datin Aria kepada anaknya. Dia dengar luahan anaknya tadi.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now