MMLF : 72

187 13 5
                                    


Helima terbaring lemah di atas lantai bersimen itu. Kepalanya sudah berdenyut kuat. Pening. Kedua-dua tangannya serta kakinya di rantai dengan rantai yang panjang namun masih lagi menyakitkan. Dia juga ditampar di bahagian muka beberapa kali kerana enggan memberikan maklumat tentang cip tersebut.

Badannya sudah tidak bermaya. Baru sehari dia berada dalam kurungan ini tapi seumpama beberapa hari di sini. Dia rasa tak sanggup lagi. Helima perlu kuat menghadap rintangan ini selagi nyawanya dikandung badan. Selagi Helima mampu bertahan dia akan terus bertahan sehingga nafasnya yang terakhir.

Selama hari dia berada di sini, Helima mulai rindu akan suami serta Hail. Wajah beku dan dingin serta celoteh Hail sering berlegar-legar di dalam kepalanya.

Mata Helima teralih pada gelang di tangannya. Gelang tangan tersebut diusap-usap perlahan mengingati semula kata-kata Hassanal.

“Mio gazza. Jika kau ada masalah dan perlukan aku, kau nampak satu ketulan kecil terselindung ni,kau tekan benda tu. Aku akan dapat kesan kau. Kau jangan pernah buka gelang ni. Sebab gelang ni aku hadiahkan dan tempahkan khas untuk kau. Kau kena pakai benda ni sentiasa. Kalau aku dapat tahu kau buka. Siap kau.”

Helima meraba-raba mencari ketulan kecil tersebut sambil berfikir.

‘Perlukah aku minta pertolongan suami aku sedangkan aku sendiri yang pilih jalan ini.’

Dalam dia bermain-main pada ketulan kecil pada gelang tangannya, tanpa sedar dia tertekan apabila pintu tersebut dibuka kasar dari luar sehingga memeranjatkan dirinya.

“Hai. Sayang. Tak sangka aku kau masih lagi boleh bertahan. Aku ingat selepas aku dah ajar kau,kau terus je mati. Rupanya kau ni masih lagi kuat sayang. Aku suka.”

Helima mengundurkan badannya supaya rapat ke dinding setelah melihat lelaki itu semakin hampir dengannya.

Belakangnya bergeser dengan dinding tidak dihiraukan yang dia paling takut adalah lelaki ini. Lelaki yang bernama Tengku Hariz Iskandar. Lelaki yang sudah kehilangan akhlak dan sikap baiknya.

“Ap..Apa lagi yang awak nak Hariz? Kenapa awak buat saya macam ni?” lemah sekali suara Helima kedengaran.

Kedua-dua tangan bergarinya naik memeluk lutut manakala kepalanya mendongak sebentar melihat Hariz yang sudah bertinggung di hadapannya.

“Kau tanya aku. Kau tanya aku perempuan. Kau tanya aku?!!”

“Arghhhh!!!”

“Sakit!!! Hariz.”

Jerit Helima sambil tangan naik memegang tangan Hariz yang mencengkam kuat rambutnya yang sudah dicabut tudung sebentar tadi. Menangis Helima kesakitan.

“Aku minta kau bawa cip bagi dekat aku. Kalau setakat kau saja perempuan tak ada guna. Aku perlukan cip tu untuk jatuhkan suami tak guna kau.!!”

“Dia tak ada kena mengena dengan kita? Kenapa awak nak libatkan dia sekali !!”

“Arghhhh!!!”

“Sakit!! Sakitlah Hariz!!”

Tidak habis-habis jeritan Helima bergema di dalam rungan tersebut. Hariz semakin marah apabila Helima masih lagi mempertahankan lelaki itu.

“Kau nak tahu kenapa?! Disebabkan laki tak guna kau tulah hidup aku jadi macam ni!! Hidup aku tak macam dulu lagi!! Aku kena buang keluarga disebabkan oleh laki kau. Dia juga rampas kau daripada aku.!!! Aku hilang segala-galanya sehinggakan aku terpaksa buat kerja kotor ni.!! Tapi aku suka!!”

Hariz menengking Helima. Tangan Hariz pada rambut Helima juga turut dilepaskan. Baru sahaja Hariz hendak bangun daripada cangkungannya, suara lemah wanita itu menaikkan marah dan barannya.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now