MMLF : 29

255 15 0
                                    


HELIMA duduk di atas pangkin sambil termenung mengenangkann nasibnya selepas dua minggu nnti. Adakah lelaki itu akan mencarinya. Dia masih teringat lagi kata-kata bisikan lelaki itu kepadanya sebelum dia tinggalkan bandar tersebut pada malam itu.

" Ok. Aku beri kau masa. Tapi selepas daripada dua minggu kau tak muncul depan Aku,Aku akan cari kau sehingga lubang cacing. Kau ingat. Mark my words."

Kata- kata itu menghantui dirinya. Bagaimana lelaki itu pegang dengan kata-katanya. Cari aku seperti yang diperkatakan.

Aku tak mahu.

Aku sudah serik.

Biarlah takdir menentukan.

Tapi tak mungkin lelaki itu tahu keberadaannya. Ya. Dia yakin lelaki itu tidak akan tahu kampung asalnya.

Ya Allah. Aku rasa tak layak untuknya ya Allah. Kau pertemukan lah dia dengan gadis yang baik.

Doa Helima dalam hati.

Suara teguran daripada seseorang menyentakkan lamunannya.

" Ima. Kenapa termenung. Ada masalah yang nak kongsi dengan ayah."

Helima hanya mendiamkan diri sahaja. Sayu hatinya mendengar pertanyaan daripada orang tuanya.

" Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ayah tahu Ima ada masalah sebab tiba-tiba ja balik. Selalunya kalau nak balik mesti telefon dekat kak Aida dulu. Ni tak mengejut. Balik pula waktu pagi buta."

" Ayah tahukan kisah silam cik dulu dengan Tengku tak guna tu. Tapi sekarang ni, Dian tipu kami. Cik kecewa sangat. Cik rasa tak layak untuk dia. Dia kata dalam tempoh dua minggu cik tak muncul kan diri depan dia,dia akan cari cik sampai ke lubang cacing. Cik takut."

Gelaran manjanya sudah keluar apabila dia pulang ke kampungnya. Di lebih gemar menggelarkan dirinya 'cik' untuk keluarga. Lebih sopan baginya. Orang Kedah kebanyakkan gelarannya begitu.

" In syaa Allah. Ayah yakin dia mampu untuk jaga kamu. Kamu tak payah nak ingat kisah silam itu lagi. Buanglah kisah tu. Sampai bila kamu nak kenangkan kisah tu. Ayah tahu peristiwa yang pahit sukar untuk dilupakan tapi kalau selalu dikenang lagi sakit. Ayah yakin dia boleh jaga kamu." Nasihat Pak Aziz kepada anaknya.

Dia tahu kisah buruk anaknya memberi kesan yang mendalam dalam diri. Ayah mana yang tak sedih melihat keadaan anaknya seperti itu suatu tika itu.

Jika ada yang sudah menyanyangi anaknya, apalah salahnya jika dibuka pintu hati untuk lelaki itu. Dari segi penceritaan anaknya, Pak Aziz sudah dapat mengagak yang lelaki itu mampu untuk menjaga anaknya dengan baik.

" Ha. Lagi satu ayah nak tanya. Kamu dah ada perasaan dekat dia. Ayah yakin kamu mesti ada perasaan dekat dia kan.. betul tak." Helima menyepikan diri apabila ayahnya menyoal soal hati kepadanya. Dah macam pakar cinta betul ayahnya ini.

" Ayah yakin 1001 percent. Kamu sukakan dia kan.. betul tak."  Pak Aziz sekadar membuat jenaka kepada anaknya. Dia tahu anaknya sedang mengalami kesedihan. Biasalah adat bercinta.

Hahahhaha

Merepek ja ayah ni.

" Ayah nak tahu tak? Di ada seorang anak lelaki. Tapi, Ima yakin tu bukan anak dia. Sebab anak dia pernah meracau panggil Ummi dengan walid dia. Budak tu comel sangat. Geram Ima dia buatnya. Petah bahasa inggeris lagi, ayah. Tak padan dengan umur baru tujuh tahun." Cerita Helima semangt kepada ayahnya, Pak Aziz.

" Amboi. Laju Noh kalau cerita pasai lelaki tu. Jangan kat mulut kat tak mau tapi dalam hati bukan main lagi. Ngaku jalah kamu pun sukakan dia. "

"Ayah ni."

"HAHAHAHAHAH" gelak Pak Aziz kuat.

" Ayah dapat rasakan yang nanti kita akan ada tetamu datang ke rumah ni. Tah-tah bakal menantu ayah."dengan penuh keyakinan di dada ayahnya berkata. Betul. Firasat ayahnya jarang sekali tidak tepat.

" Apa-apa jalah ayah. Hahahhaahh" dia turut ketawa. Lega rasa sedih di dada.

" Amboi ayah. Ima. Bukan main bergelak bagai. Apa yang lucu sangat tu." tegur satu suara Kakak kepada Helima iaitu Aida. Kaktihnya.

Seorang kakak yang paling dia dan adik-adiknya sayang dan rapat. Kakak sulung mereka sudah kembali ke rahmatullah.

" Ni Tih. Mahu ayah tak seronok, kita nak dapat orang baru dalam keluarga ni."

"Serious ka ayah. Tak sangka."

" Ish mana adalah. Ayah lawak saja tu."nafi Helima kepada kakaknya.

"yalah tu. Kalau kamu tak percaya tunggulah selepas dua minggu, lelaki tu akan sampai dekat sini. Kamu tunggu dan lihat. Dahlah ayah nak turun bendang. Nak semai padi." Pak Aziz berjalan pergi meninggalkan anak-anaknya. Kalau dilayan mahu tak habis kerjanya nanti.

" Ayah nak ikut. Nak tolong jugak" kata adik selepasnya, Khadijah diikuti oleh Zulaika, Nurain dan Amani. Tidak turut ketinggalan, anak saudaranya, yang berusia tujuh dan lima tahun. Anak kepada kakaknya.

" Tak yah." tegah Pak Aziz.

" Nak jugak." Adik-adiknya segera turun dalam bendang tersebut walaupun ditegah oleh Pak Aziz.

Pak Aziz sekadar menggeleng kan kepalanya.

Helima dan kakaknya hanya ketawa sahaja melihat gelagat tersebut. Itulah gunanya keluarga dan sahabat. Dapat membantu kita untuk menghilangkan luka dan lara dalam hati.

Penenang jiwa.

Pengubat hati.

Memberi kedamaian dalam hati.

Itu sudah memadai.













Hahhahah..sorry kalau rasa ayat macam apatah..in Don't have a idea..i 'm really sorry

                😍😍😍😍😍😍

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now