MMLF : 14

278 21 0
                                    


HASSANAL dan sepupu-sepupunya sibuk membincangkan plan serba sedikit mengenai misi mereka pada malam nanti yang berani mencari pasal dengan kumpulan mereka. Hal ini kerana, mereka mengambil meja di bahagian tersorok dari pandangan dan jauh dari orang ramai kecuali para gadis itu.

Perbincangan mereka tidaklah terlampau mendalam. Nak yang paling detail perlulah di markas mereka.

Sekali ini mereka tidak akan memberi muka kepada sesiapa sahaja yang sudah membuat taik terhadap 'The Lion Shadow'. Kumpulan mafia ini  sangat licik dan kerjanya sentiasa bersih.

Hanya bayangan sahaja. Sebab itu, kumpulan mereka digelar Shadow. Semua anak-anak buahnya terlatih dan handal sekali.

Mereka memasang wajah dingin. Ini kerana, musuh yang mencari pasal dengan mereka kali ini memang betul-betul gila kuasa. Kawasan mereka dijadikan tempatnya.

Hakim meneliti tab di tangannya.

Dasar orang tua tak guna.

" Xander. Kau tengok ni. Apa yang si sial tu dah buat dekat tempat kita. Memang tempah maut betul."

Tab di tangan diberikan kepada Hassanal dengan wajah yang sangat begang. Maklumat itu diteliti dengan baik sebelum diberikan kepada Nafran dan yang lain. Hakim yang handle kawasan ini. Jadi, setiap maklumat dia mesti lebih tahu.

" Tak boleh jadi. Merda!!. Quel vecchio voglio davvero morire.( Sial tu memang nak mampus)" bengis dia berkata dalam bahasa asing.

" Qual e il prossimo piano.( Apa plan kita yang seterusnya?)"tanya Nafran pula seakan tidak sabar untuk berperang.

Dia ingin melihat Dragon si durjana itu mampus dengan cepat.

Menyusahkan betul.

" Ritornal al quartier generale e ne pianificheremo un altro. (Balik markas nanti kita plan lain.)" Hassanal senyum sinis yang cukup menggerunkan orang yang melihatnya walaupun wajahnya kacak.

Pelbagai plan sudah terisi dikepalanya. Cuma tunggu untuk diluahkan sahaja. Dalam mereka sibuk berbincang, suara jeritan seseorang menyentakkan mereka.

" Korang!!"

" Korang!!"

Suara jeritan itu seperti mereka kenali.

Memandang ke susuk tubuh yang berlari dengan muka yang gusar menambahkan kehairanan dalam diri.

" Haish... Kau ni Ima. Kenapa terjerit-jerit? Muka pucat sangat ni. Kau tu dahla ada asma?Ingat sikit." Dian turut risau akan keadaan Helima ketika ini.

Dia bangun dari labuhannya lantas memaut lengan Helima dan mengelus lembut belakang sahabatnya perlahan-lahan.

Sudahlah ada penyakit semput.

Ini pergi lari lagi.

Helima mengatur nafasnya semula sambil menggelengkan kepala.

" Cuba cakap. Rushing semacam ja kau ni. Takut aku."ujar Wajihan kehairanan.

Mana taknya, berlari kalah marathon sambil menjerit-jerit. Yang lain sekadar mengganggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Wajihah.

" Ishma. Dia pengsan selepas keluar daripada bilik air tadi."terang Helima ringkas.

Tetapi penerangannya membuatkan orang di situ terkaku. Tak percaya.

Ishma mana pernah macam itu sebelum ini.

" Apa? Kau biar betul Ima?."mereka menahan jeritan daripada didengari oleh orang lain.

" Ya"

" Kenapa ni sayang? Terjerit-jerit."Azrif mendekati isterinya sambil bertanya.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now