MMLF : 54

233 17 9
                                    

Di sebuah mansion mewah itu mereka berkumpul kecuali yang tidak ada Si Hakim dan isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sebuah mansion mewah itu mereka berkumpul kecuali yang tidak ada Si Hakim dan isterinya. Maklumlah berdating.

Tak guna betul.

Sepupu dia sakit boleh pula pergi berdating dengan bini dia.

Dengus hati yang lain.

Malam ini semua akan bermalam di mansion ini. Jadi adalah masa untuk mereka bercerita antara satu lama lain. Sudah lama tidak berasa seperti ini.

"Wajihah kau okay? Macam mana suami kau boleh kena tikam. Siapa yang tikam? Waji macam mana boleh berlaku. Cerita dekat aku."

Wajihah dibelenggu.

Adehhh...

Macam mana dia nak beritahu para sahabatnya yang lain. Takkan nak cerita benda sebenarnya.

Haiishhh.

"Ma..masa aku dengan Rid nak ba..balik..

"Sayang..."panggil Ridzuan melemah.

Cehhh..padahal tak sakit sangat pun.
Dia sudah biasa. Maklumlah sudah ada bini so manfaatkan sikit. Tunjuk sikap mengada tu.

Lagipun, Ridzuan tahu isterinya mesti tersepit dengan pelbagai soalan dari para sahabat isterinya. Tambah lagi si Helima tu.

Huishhh..

selagi dia tak puas hati selagi itulah dia akan bertanya. Tak pun membebel.

"Ya. Abang. Nak apa?"

Soal Wajihah lembut lalu menghampiri suaminya yang berdiri itu. Dia memegang lengan suaminya.

Risau. Isteri mana tak risau kalau suaminya sakit.

"Teman aku masuk bilik. Aku nak rest."ajak Ridzuan manja. Tiberr jadi manja.

Huhhh..

Wajihah menganggukkan kepalanya.

"Korang aku masuk bilik dulu yea. Apa-apa nanti aku cerita lain. Selamat malam. Assalamualaikum. Mari abang."

Ujar Wajihah dan berlalu bersama suaminya masuk ke dalam lift yang ada di rumah tersebut untuk ke bilik mereka.

Tasnim,Ishma,Dian dan Helima hanya memerhati sahaja. Dian juga turut berasa lega di dalam hatinya ketika Fayyad tiba tadi. Kalau tidak nahaslah mereka.

Mereka bukan tak mahu beritahu tapi biarlah para sahabatnya yang lain itu tahu sendiri dari mulut suami mereka.

"Dian. Kau macam makin tembam je aku tengok. Baby kau okay. "

Soal Tasnim kepada Dian. Dia tengok Dian semakin berisi sejak mengandung ni siap pakej berseri-seri lagi. Orang kata kalau terlampau berseri-seri ni anak perempuan yang dikandung.

"Hahahha. Biasalah korang. Aku ni nak bergerak ke mana-mana pun tak boleh. Si Az tu tak bagi. Jadi,kerja aku hanya duduk,makan,tidur je korang. Dia punya overprotective tu tak boleh nak bawa bincang. Tunggu lagi tak jadi macam ni."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now