MMLF : 12

274 14 0
                                    


"Sejak aku tahu kebenaran dan kisah silam salah sorang daripada mereka yang diberitahu oleh Dian tanpa mereka tahu membuatkan aku sedar dan faham apa yang mereka alami selama ini. Dari itulah aku mula kenal mereka dengan lebih rapat lagi setelah Dian memberi aku sekali lagi peluang. Korang tahukan apabila dah terlampau rapat barulah mereka tunjukkan perangai sebenar mereka yang nakal-nakal tapi baik. Luaran nampak macam happy tapi dalaman kita tak tahu. Sebab hal inilah, mereka tiada kawan lelaki selain aku. Akulah sebagai abang dan penjaga mereka di sini. Aku bersyukur sangat Dian tak pernah langsung cemburu terhadap sahabat-sahabatnya yang bercakap dengan aku. Dia yakin yang sahabat-sahabatnya takkan sesekali mengkhianatinya itulah kata-kata Dian kepada aku. Begitu sayang Dian pada para sahabatnya."

Panjang lebar Azrif bercerita sambil mengimbas semula kisah lalu.

Timbullah rasa kesal dalam dirinya kerana pernah mempunyai kebencian dalam dirinya kepada para gadis itu.

Tetapi dia sudah menunaikan janjinya untuk menjaga mereka bagi menebus kesalahannya. Betapa kesalnya dia sampai tidak dapat diungkapkan.

Pada ketika Dian memilih untuk berpisah, dia menjadi seperti hilang arah.

Akibat terlampau stress semua musuhnya diseksa dengan kejam sekali. Sampailah satu tahap dia memujuk Dian dan akhirnya Dian menerimanya semula. Setelah pelbagai pujuk rayu dibuat.

" Kalau korang nak salah satu daripada sahabat bini aku, korang kena berdepan dengan seseorang ini. Dia memang agak susah dan sangat kasar. Silap hari bulan makan penumbuk dia. Aku rasa korang tahu siapa."tambahnya.

" Siapa?" Hakim sememangnya agak lembab dan malas nk berfikir itu segera bertanya.

Macam serius ja.

" Nur Turaya Tasnim. Dialah orangnya. Fayy Angel's. Right Fayy? "

Hassanal, Nafran. Ridzuan, dan Fayyad yang menonton drama deraian air mata sambil memasanag telinga itu terkedu. Terutamanya  Fayyad yang paling terkejut mendengarkan kenyataan itu.

" Boleh aku tahu apa kisah silam tu."tanya Hakim lagi.

Azrif sekadar mengangkat bahu lalu beredar pergi ke arah isterinya.

Hakim mendegus geram.

Sudahlah sepupunya itu cerita tidak habis tentang kisah silam itu.

Haishh.. nasib sepupu kalau tidak mahu aku paksa dan seksa lelaki ini.

" Haa.. korang dah cukuplah tu. Tak mahu nangis. Dah tak cantik dah my babies angel ni. Jangan risau aku akan jaga dia ni dengan baik. Okay." Azrif memujuk bidadari miliknya serta para sepupunya.

Ni baru sikit kalau nanti tahu kebenaran tak tahulah macam mana.

"Baik. Aku pegang kata-kata kau." tegas Tasnim menyahut.

Tiada lembut apabila melibatkan sahabatnya.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

" Korang dah lewat sangat ni. Aku dah mengantuk. Jom sayang kita naik bilik. Letih dah ni. Bye korang. Jangan tidur lambat sangat."Azrif dan Dian bergerak pergi dari dewan besar ini.

Sekarang tinggallah mereka itu.

" Haa.. korang. Marilah kita naik bilik. Badan aku dah tak larat dah ni."ajak Helima apabila terlihat Ishma yang menguap itu.

Tak senonoh langsung.

Biasalah baru lepas nangis mestilah mengantukkan.

" Betul tu. Mari-mari."

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now