MMLF : 43

273 14 2
                                    


Anis berjalan keluar daripada mall tersebut setelah selesai membeli barangan yang diperlukan untuk rumah mereka. Tetapi tidaklah terlalu banyak. Maklumlah tinggal berdua sahaja. Makan pun tak adalah banyak sangat.

Jimat.

Hahahaha.

Ishma pula menunggu mereka di dalam kereta Myvi Helima. Helima memberikan kereta tersebut untuk memudahkan urusan mereka berdua pergi ke mana-mana. Sejak daripada kejadian tersebut,Ishma menjadi orang yang pasif tidak seperti dahulu lagi.

Kisahnya sama macam dengan Helima pada awal dahulu sebelum bertemu dengan Hassanal. Cuma tempat sahaja berbeza. Namun, Ishma tidak mengalami depress tetapi Anis cukup tahu yang Ishma lebih memendam.

Sakitnya perasaan itu.

Dalam dia berjalan untuk menuju ke pintu mall tersebut, Anis bertembung mata dengan Hakim. Tetapi, yang paling membuatkan matanya hendak terkeluar apabila ada seorang perempuan yang seksi merangkul lengan lelaki pujaan hatinya.

Patutlah lama Hakim tidak berhubung dengannya,rupa-rupanya mempunyai ornag lain.

Dasar lelaki tak guna.

Lelaki itu berhenti langkahnya apabila melihat wajah gadis kesayangannya.

Gelisah.

"Hai, Hakim. Lama kita tak jumpa."

Anis cuba mengawal emosinya supaya dia dapat menerimanya dengan baik.
Dia berharap lelaki ini tidak mempermainkan perasaannya seperti   Ishma. Tak sanggup.

"Apa kau buat dekat sini?"

Hakim tidak membalas kata-kata itu dia mengalihkan topik tersebut. Dia tahu sudah beberapa hari dia tidak menghubungi gadis ini. Tidak tahu mengapa.

Apa yang sudah terjadi terhadap dirinya.

"Sayang. Siapa perempuan ini?"

"Ouh. Dia ni I tak kenal. Jangan risau lah. Sampah je." Sinis Hakim sangat mematahkan hati Anis.

KRAK!!

Sebenarnya dia sakit hati terhadap Anis kerana melihat gadisnya berkepit sakan dengan lelaki itu. Siap berpeluk lagi. Sakit sangat.

Dia nak bagi, gadis itu rasa apa yang dia rasa.

Sakit sangat.

Wajah Anis ketika itu sudah berubah. Dia sakit sangat. Tergamak lelaki itu berkata seperti itu.

"Ouh. Awak tak kenal saya TENGKU HAKIM SHAWN LEE. I see."

Sinis Anis pula membalas sindiran itu. Hatinya pedih. Perit.

"Eh. Perempuan. Kau ni siapa ye.? Ganggu tunang aku. Dasar perempuan tak sedar diri."

PANG!!

Suasana menjadi hening seketika.

Hakim terpana apabila dia tidak sempat mahu menghalang sweetie daripada tamparan gadis itu.

"Sampai hati awak, Hakim." Airmata Anis yang bertakung itu menyusuri perlahan pipi gebu itu yang sudah merah. Hakim tidak tahu hendak berbuat apa. Fikirannya buntu.

PANG!

PANG!

"Berani kau tampar aku perempuan. Kau sini.." perempuan seksi yang bernama Mira itu mendekati gadis yang menamparnya ketika itu. Malu dia dibuatnya. Sudahlah dia model terkenal.

Tercemar tahu tak.

"Apa? Kau memang layak dapat penampar tu. Kau ingat kau siapa? Tampar dan hina sahabat aku sesuka hati. Aku tak heranlah siapa kau. Dasar perempuan dan jantan tak tahu malu. BITCH!"

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now