MMLF : 8

293 20 0
                                    



"IMA! Ishma! Bangun. Subuh."

"Dian! Tasnim! Bangun. Oiii.. Subuh."

Kedua-dua bilik yang menempatkan nama yang disebut tadi diketuk oleh Wajihah bagai hendak tercabut sahaja menggerakkan para sahabatnya untuk solat subuh.

Anis.

Sudah awal-awal lagi bangun kerana dikejutkan oleh Wajihah.

Maklumlah satu bilik.

Helima dan Ishma mereka sebilik manakala Tasnim dengan Dian.

" Ni bangun lambat mesti tengok movie sampai ke pagi. Haishh... bangun cepat. Subuh dah nak habis. Mari kita berjemaah sama-sama. Aku tunggu korang dekat ruang tamu dengan Anis. Jangan tak bangun pula."panjang Wajihah meninggalkan pesanan di samping terselit sedikit bebelan.

" Ya."

Hanya sepatah perkataan yang didengari itupun datangnya daripada Tasnim.

Selang beberapa minit kemudian, terdengar lagi ketukan di pintu. Dimulakan dengan bilik Tasnim dan Dian kerana bilik mereka berada berdekatan dengan tangga.

"Tok!"

"Tok!"

Ketukan tersebut tidak dihiraukan oleh orang di dalamnya. Hal ini kerana, mereka masih lagi melayan ngantuk mereka. Sehubungan itu, apabila tiada sebarang tanda-tanda sahutan, dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu sahaja setelah tombol pintu  itu dipulas olehnya.

"Tas. Dian. Bangun."perlahan sahaja dia bersuara.

" Ya. Dah bangun la.." jawab Tasnim dalam mamai tanpa sedar yang Wajihah berada di dalam biliknya.

Wajihah yang mendengarnya mencekak pinggang.

" Oh.. Kau nak tipu aku.. Siap korang berdua!"degusnya marah.

"Aduh!!"

"Aduh!!"

Jeritan kesakitan bergema dalam bilik tidur itu. Mahu tak menjeritnya apabila telinga kedua-dua mereka dipiat oleh Wajihah yang seperti mak tiri itu. Ini mak tiri kejutkan untuk solat subuh bukan dera.

"Waji. Lepaslah telinga aku. Sakit tahu tak."ringis Tasnim dalam keadaaan yang sudah segar.

" Korang pilih nak teruskan tidur atau nak bangun? Kalau nak bangun pergi mandi cepat. Subuh dah nak habis. Kalau tak nak bangun aku tak akan lepaskan telinga korang. Pilih cepat."dengan wajah menyingga Wajihah mengugut.

"Ok.Ok. Kitorang bangun."

Sahut  Dian dan Tasnim serentak kalau tidak mahu putus telinga mereka dibuatnya.

Wajihah pula kalau dia buat seperti cubit,Tarik telinga atau lain-lain dekat sahabtnya tak adanya nak perlahan-lahan, dia buat sungguh-sungguh.

Tiada istilah main dalam dirinya.

"Baiklah. Bangun tau. Aku nak pergi tengok Ima dengan Ishma pula."dia tersenyum sinis setelah berpuas hati dengan sahutan kedua-dua sahabatnya lantas berlalu keluar dari bilik tersebut.







"DIAN. Tas. Kenapa korang menjerit pagi tadi? Boleh bergegar rumah ni tahu tak? Bingit telinga." usik Ishma apabila melihat wajah monyok dan masam mencuka kedua sahabatnya itu.

Sengaja mahu bergurau di pagi itu. Padahal dia sudah mengetahuinya. Pertanyaannya hanya mendapat jelingan tajam daripada Tasnim.

Marah latu.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now