MMLF : 64

208 15 2
                                    

Sudah genap seminggu Helima dan para
sahabatnya tinggal di negara Itali. Esok mereka akan pulang semula ke tanah air mereka.

Walaupun mereka di sini hanyalah terperap sahaja dalam mansion besar gedabak ini, namun mereka bersyukur kerana masih ada peluang untuk ke luar negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Walaupun mereka di sini hanyalah terperap sahaja dalam mansion besar gedabak ini, namun mereka bersyukur kerana masih ada peluang untuk ke luar negara. Itu sudah memadai.

Helima, Wajihah, Tasnim dan Anis berada di dapur untuk menyiapkan makanan tengah hari untuk atuk dan para suami mereka serta si kecil Aqil. Hari ini,buat terakhir kalinya mereka memasak.

Jadi,semua pembantu masak diminta untuk membuat kerja lain. Tidak dibenarkan masuk dapur. Dapur itu mereka punya sepanjang seminggu ini. Para ibu bapa mereka pula sudah pulang ke Malaysia.

Dian dan Ishma hanya duduk di kerusi yang disediakan di dapur itu. Maklumlah Dian, kandungan sudah nak masuk 9 bulan manakala Ishma pula mengalami alahan yang teruk. Jadi,mereka hanya berehat sahaja sambil memerhati.

Riuh suasana di dapur itu mendengar suara para-para bakal ibu yang sibuk memasak sambil berbual. Topik perbualan sentiasa ada di dalam kepala.

Nak buat macam manakan.

Perempuan.

"Haish.. riuhnya dapur aku. Masak apa kau semua."

Tuan Harold menegur cucu-cucu menantunya yang sedang memotong-motong bahan-bahan itu. Dia agak fasih berbahasa Melayu walaupun menetap di negara ini.

"Grandpa!!"

Terkejut mereka apabila ditegur sebegitu. Sepanjang mereka berada di sini,Tuan Harold sentiasa melayan mereka baik. Kadangkala memberi nasihat.

Kadangkala boleh berborak santai. Boleh jadi geng mereka nie. Tapi,sekali tengok muka tegas tu nak tegur pun tak berani.

Ya Allah.

Takutttt.

"Grandpa mari duduk sini."pelawa Dian sambil menarik kerusi yang berada di sebelahnya itu.

Tuan Harold dengan bertongkat melangkah mendekat untuk duduk di situ.

"Kami cadang nak masak makanan-makanan kampung, grandpa okay. Sebelum ni asyik makan makanan barat je. Jadi,kita makan masakan kampung pula. Boleh?"

Wajihah bersuara meminta kebenaran kepada Tuan Harold. Mana nak tahukan tak kena pada tekak orang tua itu.

"Boleh. Lagipun lama aku tak makan masakan kampung. Lama dah teringin. Tak ada siapa masak. Jadi,aku nak kena cari soranglah orang melayu untuk masak dekat aku. Kau semua ada cadangan?"

"Amboi. Grandpa. Gatal nah" gurau Dian mengundang ketawa di situ.

Bertambah riuhlah suasana di situ. Orang-orang kanan serta anak-anak buahnya turut bersenang dengan keadaan seperti ini.

Yelah.

Sebelum ini suasana di mansion besar ini hanya sunyi sepi dan serious sahaja. Tapi kehadiran para-para wanita tersebut mampu menyinarkan setiap ruang di mansion ini.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now