MMLF : 70

204 19 5
                                    

Mata Helima perlahan-lahan dicelik setelah sekian lama pengsan disebabkan tekupan pada hidung dan mulutnya ketika dia berjumpa dengan seoarang lelaki pada malam itu.

Flashback

Malam itu,Helima menelefon Dian untuk memaklumkan perkara yang akan terjadi.

"Aku terpaksa Dian. Aku terpaksa buat semua ni. Aku harap kau faham aku."lirih Helima memberitahu Dian. Sayu.

"Aku rasa kau tak patut buat benda ni,Ima. Bahaya. Aku tak yakin yang si Haris tu akan lepaskan kau setelah dia dapat benda tu. Aku harap kau hentikan semua ni. Jangan pergi."

Dian memeberi nasihat. Dia terasa mahu menangis. Helima lakukan benda ni untuk mereka semua. Dia tak sanggup jika berlaku perkara yang tak diingini. Dia tak percaya dengan si jantan tak guna tu.

"Aku tak ada pilihan. Sekarang ni aku ubah fikiran. Aku tak akan serahkan cip tu dekat jantan tu. Aku tak nak jadi pengkhianat kepada suami aku."

Helima tak nak ke depan nanti dia dicop pengkhianat oleh suami yang amat dicintainya. Dia tak rela perkara itu berlaku. Dia tak nak juga Hassanal membenci dirinya.

"Alhamdulillah. Lega hati aku dengar kau kata macam tu. Lebih baik jangan ikut otak gila lelaki tak guna tu. Aku yakin dia ada muslihat lain. Aku rasa kau patut bagitahu Hass tentang perkara ini. Aku jamin dia boleh tolong."

Dian bersyukur tak terhingga mendengar pernyataan tersebut. Namun, perasaan leganya hilang apabila Helima menyambungnya semula.

"Aku memang takkan serahkan cip tu,tapi aku akan serahkan diri aku. Aku betul-betul minta maaf. Aku nak nanti bila aku dah tak ada,kau tolong sampaikan amanat aku. Kata dekat diorang semua aku sayang sangat-sangat dekat diorang. Halalkan semua yang korang bagi dekat aku sebelum ni.Aku minta maaf. Aku pergi dulu."

Helima menghiraukan panggilan Dian di corong telefon. Punat tamatkan panggilan di tekan.

Hatinya sedih. Dia pasrah ketika ni. Dia yakin dengan kuasa Allah. Jika dia terselamat pada malam itu. Alhamdulillah.

Dia tanpa lengah mendekati suaminya yang sedang tidur pulas kerana kerap muntah-muntah untuk seharian ini. Matanya yang terselit pelbagai makna tersirat meneroka segenap wajah Hassanal.

"Hubby. Maafkan semua salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Maafkan semua kata-kata saya kerana selalu membebel dekat hubby."

Tergelak perlahan Helima bila setiap kali dirinya membebel, suaminya hanya menayangkan riak wajah selamba sahaja. Kalau lelaki lain mesti dah kena penampar makannya.

Helima mencium dahi suaminya dengan air matanya yang sudah mengalir keluar untuk beberapa minit. Tangannya juga bergerak perlahan mengusap pipi Hassanal.

"Saya minta maaf hubby. Saya terpaksa. Saya pergi dulu. Saya harap hubby tak cari saya. Jangan bahayakan diri hubby walaupun hubby seorang yang berbahaya. Selamat tinggal Encik Setan kesayangan hati saya."

Walaupun kedengaran kasar tapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Helima tanpa membuang masa terus menyelinap keluar setelah berjaya menipu yang suaminya benarkan dirinya keluar pada malam itu. Berat hati untuk melakukan ini. Sudah terlanjur sampai ke tahap ini, Helima perlu menamatkan semuanya untuk keselamatan semua orang yang dia sayang. Kereta dipecut laju ke tempat yang diberikan lokasi kepadanya.

ENDFLASHBACK

Dia tahu dia sudah menempah maut kerana telah berada di dalam gengggaman lelaki itu. Lelaki durjana.
Namun,apa boleh buat ini sahaja pilihan yang dia ada. Demi nyawa para sahabatnya. Helima terima jika ini perjuangannya yang terakhir untuk berkorban kepada para sahabatnya yang telah banyak berjasa kepadanya.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now