MMLF : 19

241 16 0
                                    

"Papa."

Panggil Fayyad meminta pertolongan.

Papanya sendiri tidak boleh menolongnya. Matanya  merenung dalam ke dalam anak mata anak terunanya untuk memahamkan anaknya.

Dia sangat memahami yang anaknya tidak menyukai Syaza .

Namun, dia tiada pilihan melainkan menurut sahaja. Dia juga sudah lali dengan perangai Syaza yang gedik, tak pandai jaga maruah diri dan sebagainya. Jika suatu hari Syaza bertindak kurang sopan tidak musytahil dia sendiri yang mengambil tindakan terhadap Syaza.

"Hmm.. baiklah. Demi mama aku. Kalau tidak jangan haraplah aku nak keluar dengan perempuan murah macam kau ni."sungguh tajam bak pedang kata-kata Fayyad.

Tidak langsung memberi sebarang reaksi kepada Syaza.

Asalkan dia puas dapat keluar dengan lelaki ini.

" Thank aunty."Syaza berlari memeluk Datin Farah sambil mencium pipi.

" Bye mama. Papa." Fayyad bersalam dengan mamanya dan melabuhkan ciuman di pipi. Kemudian kepada papanya. Dia membisikkan sesuatu.

" Doakan Ad daripada bala ya papa."

Datuk Fedric mengangguk dan tersenyum.

Jangan kata mafia tak gusar.








"HUHH !!! Penatlah."

Keluh Helima. Mana taknya satu mall mereka berlima tawaf. Selama ini, tak berpeluang disebabkan kekangan masa ataupun mereka hanya menuju ke tempat-tempat utama saja.

Kali ini,  dengan saranan si sahabat yang aktif iaitu Tasnim mereka ikutkan sahaja kemahuan itu.

Nanti,belum tentu mereka boleh lagi seperti ini.

" Kau Ima. Itupun dah penat. Tengok aku ni. Masih cergas lagi." Ishma  memerli Helima.  Alah sekadar nak cari pasal. Dia ketawa apabila menerima pandangan maut daripada Helima.

" Apakata kita pergi makan dulu. And then kita balik."

Tasnim bersuara meminta persetujuan.

Matanya melirik ke arah restoran yang menjadi tumpuan orang ramai.

Dalam dia sedang memerhati sekeliling, dia tergamam. Secara tidak sengaja, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya yang berjaya menyentuh hatinya.

Namun itu,tidak menarik perhatiannya lagi. Yang menarik perhatiannya adalah gadis seksi disebelah yang merangkul erat lengan lelaki itu.

Hatinya hancur berkecai.

Berkecai.

Sakit sangat.

Air matanya bergenang di tubir mata.

Dasar lelaki tak guna.

Tak tahu halal haram.

" Tas. Kau kenapa?"tegur Wajihah kehairanan sebaik sahaja dia ternampak wajah keruh lagi mendung Tasnim.

Helima, Anis dan Ishma menatap wajah itu.

Mereka diserang kepelikan.

Tiba-tiba ja mendung.

" Tak ada apalah." Tasnim menyeka air matanya yang tidak mahu memberi kerjasama menggunakan jari runcingnya. Sebak sangat hati dia rasa.

"Kenapa kau menangis ni? Cuba beritahu kitorang."lembut Helima memujuk Tasnim.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now