Rafael kelu, dia tidak tahu harus berkata apa. Hatinya terasa sangat sakit mendengar kata-kata Hasya tadi.
'Fuck .. I think I really fell in love.' getus hatinya yang sedang merasa patah.
"Tak boleh." Balas Rafael mendatar. Matanya yang tajam itu bertukar menjadi sayu.
"Kenapa? Awak tak suka saya pun. And kita masih belum terlambat lagi untuk berpisah." Kata Hasya dengan tegas.
Rafael menggelengkan kepala.
"No, I'm in love with you stupid. Can't you see? Can't you feel it?" Kata Rafael. Dia menjatuhkan semua barang-barang milik Hasya yang dia pegang.
Hasya melihat barang-barangnya yang sudah berada di atas lantai.
"Maafkan aku. Aku tak boleh tunaikan permintaan kau yang itu. Aku tahu aku bukan macam lelaki lain, aku tak tahu macam mana nak buat kau happy. Aku tak tahu macam mana nak cinta." Rafael meraih tangan Hasya.
"Hah? Jadi macam mana awak bercinta dengan ex awak sebelum ni?" Soal Hasya keliru.
Rafael menggelengkan kepala.
"Aku tak pernah buat apa-apa untuk dia. Dia je yang mengaku dia tu girlfriend aku." Kata Rafael. Kini dia kelihatan seperti seorang budak yang baru mengenal cinta.
Hasya menghelakan nafasnya.
"Please! Please Hasya. Hati aku selalu gembira bila ada dengan kau, aku selalu marah kau sebab kau buat aku rasa sesuatu yang aku tak pernah rasa. Rasanya pelik." Ujar Rafael lalu menundukkan kepalanya.
Rafael merasa buntu apabila Hasya langsung tidak bercakap apa-apa. Dia sudah tiada peluang?
"Hati aku sakit sangat bila kau minta macam ni." Kata Rafael lalu memeluk Hasya. Dia menyembamkan mukanya di bahu Hasya.
'ahhh .. wangi dia. Pendeknya dia.' Getus hatinya. Dia terpaksa menundukkan badannya untuk menyandarkan kepalanya di bahu Hasya.
"Dah agak dah awak tak akan setuju." Kata Hasya. Rafael hairan dengan apa yang dikatakannya.
"Hmm?" Balasnya.
"Okey. Jadi boleh awak bagitahu pekerjaan sebenar awak?" Soal Hasya.
"No. Awak akan berada dalam bahaya kalau saya bagitahu. I won't give you any haram money, I promise." Kata Rafael lalu mengeratkan pelukannya. Otaknya masih menghadam lagi kata-kata yang baru ia lontarkan.
'I love her?'
Hasya mengeluh lagi.
"Saya jumpa kakak awak, Cassey." Kata Hasya.
Rafael terus meleraikan pelukan. Dia memandang wajah Hasya dengan raut wajah yang takut.
Kenapa kakak datang cari Hasya?
"Dia ada buat apa-apa yang tak baik dengan kau ke?" Soal Rafael lalu membelek lengan Hasya.
Hasya menggelengkan kepala lalu menolak tangan Rafael yang sibuk meraba-raba dia.
"Apa yang dia cakap pada kau?" Soal Rafael. Halkumnya turun ke bawah sedikit dan naik ke atas semula apabila menelan liur.
Hasya merenung halkum Rafael lama. 'Shuss! Hasya boleh pula kau tergoda sekarang ni!' Hasya menggelengkan kepalanya sedikit.
"Dia suruh saya support apa saja yang awak buat. Tapi saya tak boleh buat begitu. Sebab saya perlu tau apa yang awak lakukan sebelum saya sokong. Awak tau kan dosa." Ujar Hasya. Matanya menatap tepat ke anak mata Rafael.
"Yes, I know. But it's hard to tell you what am I doing. You might get hurt again." Kata Rafael dengan nada suara sayu.
"Kenapa? Ada orang kejar awak lagi ke? Macam hari pertama kita jumpa tu?" Soal Hasya teringatkan pertemuan pertama mereka.
Rafael mengangguk.
"Aku akan bagitahu kau sikit bila kita dah sampai rumah nanti. Aku tak akan cederakan isteri yang aku dah kongsi badan aku." Kata Rafael dengan suara yang yakin.
"Ok. Kutip balik barang-barang saya, kita balik." Arah Hasya.
Rafael ketawa kecil melihat Hasya yang berani menyuruh dia. 'kau je yang berani marah dan suruh-suruh aku macam ni.'
Dia mengutip barang-barang Hasya semula.
___
Rafael mengejar Hasya di ruang tamu. Dia menarik bagasi yang Hasya tarik itu.
"Lepaskan!!" Jerit Hasya sambil menarik bagasinya dari Rafael.
"Kenapa?!" Soal Rafael kecewa.
"Awak bagitahu saya yang awak tu mafia?!! Gila ke saya nak tinggal dengan awak?!! I could die anytime!!" Hambur Hasya takut.
"Aku dah bagitau kan aku tak akan cederakan kau!!" Jerit Rafael.
"Siapa tahu apa yang akan berlaku nanti!!" Balas Hasya lagi.
Rafael menarik bagasi itu kasar lalu membaling bagasi itu ke lantai hingga bagasi itu rosak.
Hasya terkedu melihat bagasinya yang sejujurnya berat baginya diangkat dengan senang oleh Rafael.
"Kau, kau tak dengar apa aku cakap ke? Aku tak nak bercerai!!" Rafael bertegas lagi dengan kemahuannya.
"Please. Kau boleh saja dah mengandung anak aku sekarang ni." Kata Rafael lalu meraih tangan Hasya.
Hasya membiarkan Rafael memegang tangannya.
"Jadi .. apa saya nak buat? Awak ingat saya tak terkejut ke macam ni? Awak yang tiba-tiba masuk dalam hidup saya! Bawa sesuatu yang bawa bersama awak!! I can't leave like this! Let me go. Saya merayu. Kalau saya mengandung sekalipun saya akan jaga anak awak baik-baik." Ujar Hasya tanpa memandang Rafael.
Rafael melepaskan tangan Hasya.
"Aku tak nak. Kau tinggal dengan aku atau aku yang paksa kau tinggal dengan aku." Kata Rafael dengan nada dingin.
Hasya menghelakan nafasnya berat. Air matanya akhirnya jatuh. Dia duduk mencangkung.
"Saya tak nak mati Rafael. Kenapa awak ni? Awak tahu tak betapa susahnya saya gapai impian nak hidup saya yang senang macam ni? Susah tau tak. Saya mula dari kosong! Saya dipijak-pijak oleh semua pekerja atasan. Sekarang ni awak nak saya hidup dalam bahaya pula?" Luah Hasya tersedu-sedan menangis.
"I've told you before, aku akan bagi kau semuanya, termasuk dunia ni." Kata Rafael.
"Dengar sini Hasya! Aku tak akan ceraikan kau sampai mati pun!! Tak kisahlah kau suka aku atau tak! Aku sebagai suami kau haramkan kau jejak kaki kat luar rumah ni!" Kata Rafael dengan tegas. Agaknya sabar dia sudah habis.
Hasya terkedu mendengar Rafael.
' Astagfirullahaladzim, apa kau buat ni Hasya? Dia tu masih suami kau. Berdosa betul kau! Ni kalau Yana tau mesti malu aku.' Hasya termenung seketika mendengar kata hatinya yang malu dengan tindakan sendiri.
"Saya minta maaf." Kata Hasya perlahan selepas menyedari kesalahannya.
"Tsk! Suka hati kau lah!! Aku penat tau tak!" Hambur Rafael lalu berjalan pantas menuju ke pintu keluar.
Dia berhenti di hadapan pintu lalu bercakap tanpa memandang Hasya.
"Aku tak benarkan kau keluar dari rumah ni Nur Hasya." Kata Rafael lalu terus keluar dari rumah.
Hasya kelu duduk di lantai sendirian ditinggal Rafael.
"Bodoh!! Apa kau buat ni Hasya!?" Hasya menampar pipinya sendiri.
TBC
Haii! Vote lah yang baca tu😔
Author depressed tak dapat update apa² jadi .. terimalah(灬º‿º灬)♡.
YOU ARE READING
My Baby Daddy [COMPLETED]
RomanceRafael Christen Nur Hasya Ayden Rayner Hans Isaac Adam Rowen ___ Walaupun Rafael dan Hasya berkahwin kerana dianggap bersekedudukan oleh pihak JAIS Rafael tetap menjaga Hasya dengan baik. Lama kelamaan Hasya mendapat tahu juga identiti sebenar Rafae...