MBD 8 🏹

27.5K 903 2
                                    

Hasya melihat makanan yang tersedia dihadapannya. Makanan itu ditenung.

"Apa ni?" Soal Hasya jakun.

Rafael memandang Hasya sepi. Takkan spegheti pun tak tahu.

"Spegheti." Jawap Rafael.

Hasya masih blur .. manalah dia tahu makanan barat macam tu. Dia kan original Malaysian.

"Tak tahu?" Soal Rafael .. ada bahan dah.

Hasya menggeleng.

"Spegheti ni makanan barat .. mestilah kau tak tahu kau bukannya pernah makan di restoran mahal pun. Setakat kedai mamak je." Sindir Rafael sambil ketawa.

Hasya menarik muncung.

"Tahulah saya ni orang miskin .. awak tak perlulah nak perli sindir saya." Kata Hasya dengan muncungnya.

"Apa kau cakap tadi? Awak? Siapa tu?" Soal Rafael .. lelaki jahat ni masih nak minta panggil Abang. Duhh.

Hasya menjeling lalu mengambil garfu itu. Spegeti itu dimakan seperti mee biasa.

"Amboii .. muncung bukan main panjang. Sangkut hanger kang." Kata Rafael.

Hasya menyuap mee itu kedalam mulutnya.

Riak mukanya berubah ceria. Mesti sedap tu.

"Sedapkan. Suami kau kaya .. kau kena cuba belajar habiskan duit suami." Kata Rafael datar .. Hasya memandang Rafael yang menumpukan perhatian pada makanannya.

"Awa .. eh. Abang .. saya nak tanya satu soalan ni." Kata Hasya dengan mulut penuh.

"Jangan bercakap masa makan .. aku tak suka." Kata Rafael dingin semula.

'Ish tak guna betul Rafael ni! Aku luku kang.' Hasya menarik muka geram.

Dia terus menghabiskan makanannya tanpa bercakap apa-apa dengan Rafael.

Rafael membawa Hasya berjalan keliling mall yang baru di masuki mereka.

Rafael memandang Hasya yang mengenggam tangannya erat seperti budak pegang gula-gula.

'Gila kalau aku suka perempuan macam kau.' Desis hati Rafael yang merasa gembira dengan hanya melihat Hasya saja.

"Abang! Nak ais krim!" Kata Hasya kuat. Mereka terpaksa bercakap kuat sikit kerana ramai orang berkumpul di mall itu untuk melihat pameran Gucci di tengah mall tersebut.

Hasya menunjuk kearah sebuah kedai ais krim .. dia menarik Rafael mengikutnya.

Mata Rafael menangkap dua susuk tubuh yang kelihatan seperti mengekori mereka.

Earpiece ditelinganya ditekan.

"Isaac, Rayner, Rowen." Tiga nama sahabat karibnya disebut pantas.

"Rayner." Ayden Rayner menyahut bermakna dia sahaja yang online.

"Jejak GPS aku. Aku rasa ada orang ekori aku." Kata Rafael sambil melihat Hasya yang sibuk memilih perisa ais krim.

"Roger boss." Ayden terus melakukan kerjanya.

"Abang nak ke?" Soal Hasya dengan senyuman lebar sampai ke telinga.

Rafael menggeleng .. dia langsung tidak suka akan benda manis dan sejuk seperti itu.

"Ok." Hasya mengeluarkan dompetnya untuk membuat pembayaran.

Rafael menghulurkan duit 50 USD.

"Keep the change." Kata Rafael lalu menarik Hasya pergi.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now