MDB 35🌩️

16.1K 661 19
                                    

Setelah menunggu Rafael semalaman namun Rafael tidak datang juga, Hasya akhirnya membulatkan tekad untuk kembali ke Malaysia.

Dia menarik bagasinya keluar dari rumah, Charles membantunya menurunkan semua bagasi yang Hasya bawa.

Charles terkejut apabila melihat bilik Hasya yang hampir kosong, hanya barang-barang Hasya yang memenuhi bilik tidur utama itu. Barang Rafael cuma sedikit.

"Semua dah ke?" Soal Fariz kepada Charles.

"Yes." Balas Charles sepatah. Fariz balas dengan anggukan kepala saja.

"Masuk dalam kereta cepat, sebelum Victor nampak kita." Kata Fariz serius.

"Kereta? Korang tak call teksi lagi ke?" Soal Hasya bingung.

"Puan mana boleh naik teksi, murah." Balas Fariz selamba. Mulut celupar dia sebiji dengan Charles.

Kereta limosin masuk ke perkarangan rumah itu. Tingkap kereta itu diturunkan, tersembul muka cina Kevin dari dalam.

"Masuk masuk." Gesa Kevin. Mereka bertindak dengan senyap supaya tidak diketahui oleh Rafael dan assisten setianya Victor.

"Awak semua nak hantar saya sampai airport ke?" Soal Hasya sambil tersenyum, ada juga orang yang berpihak pada dia walaupun bukan di negaranya.

"Taklah, kami nak ikut puan sampai bila-bila." Balas Charles.

Hasya yang baru saja mahu melangkah masuk ke dalam perut limosin itu terhenti.

"Nak ikut sampai bila-bila?" Soal Hasya keliru.

"Yes puan, puan tak perlu fikir pasal duit. Duit gaji kami tak pernah digunakan lagi. Dah berhabuk dalam bank tu." Kata Fariz dengan nada bangga membicarakan tentang kekayaannya.

"We even have the black card you know!" Tambah Kevin dari dalam kereta.

"Okey! Cakap dalam kereta." Gesa Charles.

Hasya terus masuk ke dalam kereta, Charles dan Fariz memasukkan bagasi ke dalam but kereta lalu meletakkan bayi di car seat yang mereka sudah sediakan.

Selepas mereka masuk ke dalam Kevin segera memecut meninggalkan rumah itu.

"Stupid fools. How dare a dog betray their Owner." Ujar Victor yang dari tadi sudah memerhatikan mereka. Dia meniup keluar asap rokok dari mulutnya.

Dia membetulkan duduknya di atas bumbung rumah itu.

"Victor!" Panggil Rafael lantang.

"Coming!" Balas Victor lalu melompat turun ke balkoni tingkat paling atas rumah agam Rafael yang juga merupakan biliknya.

Victor segera bertemu dengan Rafael yang sedang memanjat tangga untuk bertemu dengannya.

"Where is my wife?" Soal Rafael.

"Are you dumb or stupid?" Soal Victor tanpa rasa takut memarahi tuannya sendiri.

Rafael menghelakan nafasnya.

"Of course she left! You already show how much you like that bitch." Kata Victor dengan marah.

"Not funny Vict, You know what I did that for." Kata Rafael tenang.

Victor sengih.

"Kau rasa aku dah boleh jadi pelakon?" Soal Victor dengan gembira.

"Yes, you could win a trophy too." Balas Rafael.

"Puan Hasya left with your dogs, all the way to Malaysia." Lapor Victor. Dia sudah mengetahui segalanya sejak dari awal lagi.

Rafael mengerutkan keningnya. Hatinya gelisah memikirkan tentang Hasya, akankah dia dimaafkan nanti?

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now