MBD 21❄️

21.1K 715 26
                                    

"Bahhh!!" Adam menyergah masuk ke dalam pejabat Ayden.

Ayden, Rafael dan Hans sudah tidak terkejut lagi kerana sudah lali mendengar kejutan Adam. Mereka hanya memandang Adam tanpa perasaan.

"Kau buat apa bebal? Tak boleh masuk elok-elok sikit? Ni tak, masuk tak bagi salam." Sindir Ayden.

"Biar lah." Adam melabuhkan punggung di sofa pejabat Ayden. Tak dijemput pun.

"Wehh, memandangkan kerja aku dah selesai kat sini. Aku nak pergi Malaysia nak cari isteri. Kalau nak jadi isteri saya boleh beratur sekarang." Kata Adam dengan senyuman lebar.

"Oh, good luck." Kata Hans mendatar.

"Hmm .. good luck. Nanti kalau dah jumpa jangan lupa perkenalkan. Manalah tau aku tak kenal." Kata Ayden sambil menulis sesuatu di atas kertas.

Adam mengangguk, dia melihat satu persatu muka pecah sahabatnya. Kumpulan Mafia yang mereka pegang bakal dibubarkan nanti.

'Mesti rindu nak buat kerja bodoh dengan diorang nanti.' getus hati Adam nostalgik. Lepas ni dah tak de dah mandi darah sama-sama.

"Kau tak payah nak gedik pandang kitorang macam tu. Tak payah nak nostalgik sangat." Rafael mencelah imaginasi Adam.

"HeHeHe." Adam sengih seperti kerang busuk. Apa salahnya nak mengenang masa lalu.

"Macam kau tak jumpa dengan kami lagi." Tambah Ayden.

Hans mengangguk setuju.

"Goodbyes aren't forever." Kata Hans lalu senyum manis kepada Adam.

Meremang bulu roma Adam melihat senyuman Hans, yang dilihatnya bukanlah senyuman manis melainkan senyuman orang yang nak bunuh dia.

"Hmm yelah. Apa-apa roger je kalau nak bantuan. Adam Rowen akan sentiasa akan bantu korang! Bye!" Adam berjalan keluar dari pejabat Ayden. Lepas ni dah tak de dah yang nak buat diorang marah-marah.

"Aku pun nak labuhkan tirai. Lepas ni aku cuma Hans Isaac Rakan kongsi syarikat ni. But I'll will be at my home, always." Kata Hans lalu berdiri.

"Aku pun nak balik. Bye Ayden." Rafael turut berdiri. Mereka berdua keluar dari pejabat Ayden, meninggalkan Ayden sendirian di sana.

"Hmm, not bad. Sunyi." Ujar Ayden, dia sambung menyelesaikan kerja-kerja yang tidak pernah siap.

___


Hasya berjalan sekeliling rumah mencari suaminya. Dia sudah memeriksa semua kunci kereta, semuanya masih ada di sana. Begitu juga dengan kunci motor. Jadi mana Rafael pergi?

Hasya pergi ke taman bunga.

Tuan Ares sedang duduk di pondok kecil yang baru mereka dirikan kelmarin. Sambil membaca newspaper dan meminum segelas teh susu yang dibancuh oleh Isterinya.

Hasya membuat keputusan untuk bertanya dengan Tuan Ares. Ares sudah menyedari kehadiran Hasya sebelum Hasya tiba di hadapannya.

"Daddy ada nampak Rafael?" Soal Hasya.

Tuan Ares melipat newspaper itu lalu diletakkan di atas meja.

"Rafael keluar dengan kawan dia pagi tadi." Jawab Ares sambil tersenyum. Ish orang tua ni, nak menggoda lagi!

"Oh .. hmmmm. Tak bagitahu pun." Hasya berpusing mencari Puan Christina di taman itu.

Tiba-tiba satu lengan memeluknya dari belakang. Hasya tersentak dia terus berpusing menghadap pemilik lengan itu.

Rafael senyum kepada Hasya.

"I'm here Princess." Bisik Rafael dengan nada lembut sama seperti nada yang selalu Tuan Ares gunakan.

'apasal mamat ni tiba-tiba cakap dengan aku macam tu? Cringe.' Hasya senyum walaupun dia geli mendengar suara Rafael, selalunya Rafael akan bercakap dengannya dengan nada yang mendatar atau manja. Tapi nada suaranya kasar.

Pfffttt!

Tuan Ares tertawa mendengar nada suara Rafael. Ketara sangat nak tiru dia.

Rafael menjeling Daddynya. Tak pandai pulang ke rumah sendiri ke?

Tuan Ares terus menutup mukanya dengan newspaper apabila melihat jelingan tajam Rafael.

"Dari mana?" Soal Hasya dengan nada marah.

"Office." Balas Rafael.

Hasya melihat pakaian Rafael, hoodie hitam dan trouser hitam. Ni nak pegi tengok orang mati ke?

"Pakai baju macam ni?" Soal Hasya tidak percaya. Rafael mengangguk.

"Apa-apa je lah. Saya nak pegi hospital ni, temankan saya?" Bisik Hasya.

"Okey." Rafael segera bersetuju.

Mereka pun bertolak ke hospital untuk pemeriksaan Hasya.

Rafael menunggu di luar bilik pemeriksaan, menanti pemeriksaan Hasya selesai.

Kepalanya sangat sakit memikirkan cara untuk membuat Hasya gembira kembali. Macam mana kalau Hasya tak boleh mengandung betul-betul? Dia nak suruh aku kahwin lagi ke?

"Sir, we're done. You can come in now." Kata doktor wanita itu dengan senyuman di wajahnya.

Rafael segera masuk untuk mendengar keputusan pemeriksaan Hasya. Dia lebih berdebar berbanding dengan Hasya.

Hasya dan Rafael duduk bersebelahan dan berhadapan dengan doktor tersebut.

"Mrs. Hasya have low chance of getting pregnant. But don't worry, you can get pregnant too." Kata doktor itu sambil memeriksa keputusan pemeriksaan Hasya tadi.

Hasya berasa lega mendengar. Rafael menegang Tangan Hasya. Syukurlah.

"Can I know what the cause of this?" Soal Rafael.

"Birth control pills. Mrs. Hasya you've been taking birth control pills right? It's unhealthy to your body. It's stopping the ovulation, be careful. So if you want to get pregnant, just stop taking the pills, eat more healthy food. And Sir, if you don't want Mrs. Hasya to get pregnant yet, you're the one who should wear protection." Kata doktor itu dengan pesanan di hujung ayatnya.

"Yes. I understand, thank you doctor." Ucap Rafael lega.

"Sir, you must do the check up too. Please put your sperm here. Sometimes the problem not from the Madam." Kata Doctor itu sambil menolak bekas kecil kepada Rafael.

Rafael berasa janggal. Patut ke aku buat macam ni?

Doktor itu sengih.

"Don't be shy, I've seen a lot of people seeds." Ujar doktor itu sambil tersengih-sengih.

"Erkk." Rafael menoleh memandang Hasya. Muka Hasya merah malu.

"So .. wait here." Rafael mengambil botol kecil itu lalu membawanya ke tandas.

_

Rafael duduk termenung di dalam kereta menunggu Hasya membuat pembayaran. Mestilah guna duit dia kan, tapi Hasya yang guns.

Toktoktok ..

Cermin keretanya diketuk oleh Charles.

Rafael menurunkan cermin keretanya, orang-orang itu dia suruh untuk memerhatikan mereka dari jauh untuk keselamatan.

"Sir, Puan Hasya dah pergi dengan Tuan Raven." Kata Charles.

"Huh?" Rafael kelu. Apa dia cakap? Dah pergi dengan Raven?

"Kenapa pula?!! Is she being kidnapped?!!" Soal Rafael cemas. Dia menghidupkan enjin kereta.

"I don't think so, Puan Hasya sendiri masuk dalam kereta Tuan Raven lepas Tuan tu hulurkan donut kepada Puan Hasya." Kata Charles, dia juga tidak percaya Hasya tertarik dengan makanan macam budak-budak.

'perempuan tu budak lagi ke?! Kenapa dia makan umpan macam tu?! Damn it!'

"Call Ayden! I need his help. Tell me Raven location!" Arah Rafael dengan tegas. Dia terus memecut laju meninggalkan Charles di sana.

"Okey." Balas Charles walaupun Rafael sudah tidak dengar.




TBC

Vote

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now