MBD 14💣

23.6K 870 28
                                    

Rafael memegang tangan Hasya sambil berjalan dengan pantas menuju ke pintu keluar.

Hasya sedaya upaya untuk mengejar langkah Rafael yang pantas. Dia menarik tangannya kasar.

'Kenapa dia selalu macam ni? Tak explain apa-apa dah marah-marah.' Hasya memandang Rafael tajam.

Rafael terus berhenti menoleh apabila tangan Hasya terlepas dari tangannya. Dia memandang mata Hasya yang sedang memandangnya tajam.

Dia melihat pergelangan tangan Hasya yang merah disebabkan dia tadi.

'Damn it! I hurt her again.' Rafael mengerutkan keningnya apabila dia mula merasa bersalah selepas melihat pergelangan tangan Hasya.

"I'm sorry." Ujar Rafael dengan nada bersalah.

Hasya bingung kenapa Rafael berkelakuan begitu.

"Kenapa awak macam tiba-tiba cemas?" Soal Hasya keliru.

"Aku akan jelaskan nanti, can we go out now?" Soal Rafael dengan nada tegas. Kata-katanya tidak kedengaran seperti permintaan melainkan arahan.

"Okey." Balas Hasya. Dia percaya Rafael pasti akan menjelaskan semuanya nanti.

"Good. Now run." Rafael memegang tangan Hasya. Kali ini Hasya turut memegang tangannya.

Mereka berlari bersama-sama keluar dari bangunan mall itu.

"Wilbert." Sesampai saja mereka di tempat letak kereta yang berada di tepi bangunan itu Rafael terus memanggil nama itu.

Seorang lelaki berkacamata hitam berjalan ke arah mereka.

"Hantar isteri aku ke rumah." Arah Rafael dengan nada dingin dan tegas.

"Yes sir." Balas Wilbert lalu mengambil kunci kereta daripada Rafael.

Hasya memegang lengan Rafael. Dia mendongak memandang wajah Rafael risau.

"Awak nak pergi mana?" Soal Hasya dengan nada risau.

"I have to do something." Kata Rafael lalu mengucup dahi Hasya. Hasya mengerutkan keningnya.

"Tak payah tunggu aku, aku pulang lambat malam ni. Goodnight sayang." Bisik Rafael lalu mengucup pipi Hasya pula.

Hasya mengangguk perlahan lalu melepaskan lengan Rafael.

"Anything happens to her, I'll hunt you and your family Wilbert Francis." Kata Rafael memberikan amaran keras kepada Wilbert.

"Understood that." Balas Wilbert lalu membukakan pintu untuk Hasya. Dia tidak mempunyai banyak nyawa untuk melakukan kesalahan.

"Hati-hati." Pesan Hasya lalu menyalam tangan Rafael.

Rafael merasa aneh apabila ada orang yang risaukan dia. Sudah bertahun lamanya tiada siapa yang ambil kesah tentangnya.

'This feels weird.' getus hatinya. Dia merasa seperti mahu memeluk Hasya di sana juga. Tapi mata-mata musuhnya pasti ada di mana-mana saja.

Hasya masuk ke dalam perut kereta. Rafael menutupkan pintu untuknya.

Wilbert hanya memerhatikan mereka dari ekoran mata.

Rafael menggigit bibirnya menahan diri dari memeluk Hasya.

"Drive faster but safely." Kata Rafael sebelum berlari masuk semula ke dalam mall.

Wilbert masuk ke dalam perut kereta. Dia melihat Hasya melalui cermin.

Dia tidak melihat apa-apa yang special daripada Hasya yang membuatkan Tuannya tergila-gila.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now