MDB 32 🩹

16.9K 616 12
                                    

Hasya mendukung Haydar dan membiarkan Rafael mendukung Haykal dan Hayden menuju ke kereta mereka.

"Ni dalam kereta siapa nak dukung semua?" Soal Rafael bingung sendiri.

"Sayanglah! Biar sayang yang dukung semua. Awak bawa pelan-pelan saja." Kata Hasya lalu mengambil kunci kereta di dalam poket seluar Rafael dan membuka pintu kereta.

Rafael sengih, selamba saja seluk poket orang.

Hasya menyusun kedudukan baringan bayi Haydar di kerusi belakang kereta lalu dia meletakkan Haykal di sebelah Haydar dan mendukung Hayden.

Rafael senyum manis melihat Hasya dengan bayi-bayi itu. Semua comel.

"Rafael cepatlah!" Gesa Hasya apabila melihat Fatin berdiri di belakang Puan Rania di hadapan pintu rumah anak yatim itu.

"Ye, sabarlah My Hasya." Balas Rafael, dia menutup pintu lalu masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu.

Puan Christina datang sejurus selepas mendengar berita Hasya dan Rafael mengambil anak angkat.

Dia terus kecoh dalam rumah Rafael.

"Kenapa ambil anak angkat tak bagitahu mummy dulu?" Soal Puan Christina secara berbisik dengan Rafael.

"Well, Chris nak Hasya happy balik je." Balas Rafael lalu menoleh melihat Hasya yang sedang bermain dengan anak-anak mereka.

"Yes. But Hasya boleh mengandung lagi kan, kenapa nak .."

"Badan Hasya lemah, dia boleh mati masa melahirkan anak. Chris tak nak." Celah Rafael mendatar.

Puan Christina terus terdiam. Baru dia tahu.

"Kenapa tak pergi berubat je? There's so many ways to heal Hasya." Kata Puan Christina.

"Mummy ni nak apa sebenarnya? Suka hati lah kami nak ambil anak angkat atau pun tak. Ini rumah tangga kami ke mummy?" Soal Rafael geram. Dia sudah puas dimarahi oleh mummy dan daddy dia.

Puan Christina menghelakan nafasnya.

"Mummy jangan masuk campur. Whatever happens, I'll take responsibility." Kata Rafael lalu berjalan masuk ke dalam bilik yang sepatutnya menjadi bilik Aisyah.

"Christen! I'm not done with you!" Kata Puan Christina tidak puas hati.

"Balik lah! Go home! Chris tak nak suruh Harvy halau mummy keluar." Ujar Rafael tegas, hatinya terluka ketika Puan Christina dan Tuan Ares malah memarahinya semasa Hasya cedera dulu.

Puan Christina menggelengkan kepala lalu meninggalkan rumah Rafael.

Ayden dan Hans masuk ke dalam rumah Rafael, mereka bertembung dengan Puan Christina, namun Puan Christina tidak berkata apa-apa pada mereka.

"What happened?" Soal Ayden kepada Charles yang berdiri di sisi pintu.

"Fight." Balas Charles sepatah, Ayden bukan tuannya sampai dia perlu menjawab dengan teliti.

Ayden mengangguk lalu masuk ke dalam.

"3rd floor, Third left room." Kata Charles memberitahu keberadaan Rafael.

Ayden dan Hans terus berjalan menuju ke lokasi Rafael. Mereka berdiri dengan diam di hadapan pintu bilik yang dipenuhi barang-barang bayi.

Hans termenung melihat Rafael yang sedang tersenyum bersama Hasya.

"He's strong." Ujar Hans.

"Mestilah." Balas Ayden lalu mengetuk pintu.

Toktok ..

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now