MDB 34 ⛈️

15.3K 687 42
                                    

Fatin berjalan masuk ke dalam bilik Hasya pada tengah malam. Dia bercadang mahu menghasut Hasya supaya meninggalkan Rafael.

Matanya terbeliak melihat hiasan bilik itu yang kelihatan mahal dan berjenama semuanya.

'Bertuah betul lah perempuan ni!' getus hatinya dengki.

"Hmmm, besar juga bilik ni. Nanti bakal jadi milik aku." Ujarnya dengan kuat sedangkan Hasya sedang tidur dengan anak-anaknya.

Dia menyentuh perabot-perabot di dalam bilik itu seperti orang jakun. Dia langsung tidak pernah melihat katil saiz queen dari jarak dekat macam itu.

Hasya terus terjaga apabila mendengar suara sumbang Fatin. Dia sengaja membiarkan pintu tidak terkunci untuk Rafael masuk, tapi binatang lain pula yang masuk.

Fatin memasang lampu tanpa kebenaran. Semua produk kecantikan Hasya dia sentuh, minyak wangi Hasya dia semburkan ke dirinya.

"Apa ni?! Kau buat apa dalam bilik aku?!" Jerit Hasya marah melihat barangan dia dikacau.

'wanginya! Ni semua aku punya!' Fatin sengaja menyentuh barang lain lagi. Dia menumpahkan losyen.

"Woi!" Jerit Hasya marah melihat biliknya disepahkan.

Fatin sengih sinis kepadanya. Dia berjalan menghampiri katil Hasya.

"Katil ni pun besar, luas. Muat untuk I dan Rafael buat ehemm nanti." Kata Fatin sengaja ingin menambah arang dalam api.

'apa betina ni nak?' getus hati Hasya masih bersabar.

Fatin menyentuh katilnya.

"Hasya! Rafael akan ceraikan you! Dia taknak isteri yang tak boleh melahirkan anak dia!! Dia nak anak dari darah daging dia sendiri!" Jerit Fatin lantang.

Hasya menatap mata Fatin tajam. Tiba-tiba nak memekak!

"Mana kau tau?" Soal Hasya. Fikirannya mula percaya dengan kata-kata Fatin, hatinya mula sakit.

'hahaha! Cepat je kau termakan.' getus hati Fatin gembira.

"Rafael sendiri bagitau I, dia nak I lahirkan anak dia. I pun setuju lah, kenapa tak pula? Rafael ada semuanya. Kau tak layak jadi isteri dia, baik kau berambus diam-diam." Kata Fatin meracuni fikiran Hasya.

"Tak! Keluar betina jalang!! Kau jangan jejak kaki dalam bilik aku!!" Jerit Hasya marah, nafasnya mula sesak.

'ish! Cepatlah mengalah!' Fatin menarik selimut Hasya.

"Apa?! Bilik ni akan jadi milik aku! Tinggal hitung detik lagi Hasya! Rafael akan ceraikan kau tanpa berfikir panjang lagi!" Jerit Fatin.

Anak-anak Hasya mula terganggu, mereka mula merengek.

"Shusss ... Anak mama baik." Hasya kembali bertenang.

"HAHAHA! Dia dah tak cintakan kau." Tambah Fatin lagi.

"Dahlah sial!" Marah Hasya.

"Kenapa? Kau tak boleh berbuat apa-apa dah!!" Jerit Fatin kuat.

Hasya turun dari katil dan berlari meluru ke arah Fatin. Dia menarik rambut Fatin kuat hingga Fatin terjatuh.

"Aku kata keluar kan! Kenapa tak dengar?!!" Hasya menggenggam rambut Fatin sambil mengheretnya keluar dari biliknya.

Dengan sedaya upaya Hasya menarik Fatin keluar dari biliknya.

"Arghhhhhhhh!! Sakit lah sial! Lepaskan!! Tolong! Rafael!!" Fatin menjerit meminta tolong. Dia mencakar tangan Hasya yang menggenggam rambutnya.

Hasya menarik Fatin sampai ke luar biliknya.

Victor memerhatikan mereka dengan senyuman teruja. Free show! Dia sentiasa ada untuk memerhati makhluk yang ada dalam rumah itu.

"Lepaslahhh! Arghhh!!" Fatin menjerit seperti orang gila.

Rafael berjalan naik ke atas dengan tenang. Dia memerhatikan Hasya dan Fatin yang sedang bergaduh, tapi Hasya kelihatan lebih kuat daripada Fatin.

'Hasya menang.' getus hatinya bangga dengan Hasya.

"Hasya enough. Let her go." Arah Rafael tegas.

Hasya menoleh memandang Rafael yang tidak menyokongnya. Sampai hati dia berpihak kepada perempuan lain.

' aku yang enough? Dia tak tahu ke apa perempuan ni cakap pada aku?!' jerit Hasya dalam hati.

Hasya menolak Fatin kasar. Rambut Fatin yang putus dia buang ke muka Fatin.

"Rafael!" Fatin terus merangkak ke kaki Rafael, dia memeluk kaki Rafael erat.

"I sakit, tengok isteri you. I cuma nak cakap dengan dia, tapi dia pukul I terus." Kata Fatin mereka cerita.

Hasya menggelengkan kepala, matanya bertembung dengan mata Rafael. Tapi Rafael menatapnya dengan pandangan dingin.

"HAHAHA!" Hasya ketawa sinis.

'aku ingatkan aku masih nak bagi kau peluang! Cukup sampai di sini saja.' getus hati Hasya, dia masuk semula ke dalam biliknya.

"Lepaskan." Arah Rafael.

Fatin segera melepaskan kaki Rafael.

Rafael turun ke tingkat bawah, Victor mengekori Rafael untuk memberikan laporan.

_

"Hahh! Sial punya betina! Siap kau! Kalau aku kahwin dengan Rafael, aku akan pastikan hidup kau merana!" Ujar Fatin sambil mengusap kepalanya.

Dia ternampak Charles yang berjalan menuju ke kolam di sisi rumah.

"Hey! Pembantu!" Panggilnya dengan nada gedik.

'Fuck, aku tak nak cakap dengan dia.' getus hati Charles, dia terus berjalan berpura-pura tidak mendengar panggilan Fatin.

"Hoi! Aku ni bakal majikan kau! Kau tau tak?!" Jerit Fatin.

Charles berhenti, hatinya pula panas mendengar.

'Ishh, kalau aku lenyek lenyek perempuan ni kan!'  Charles melangkah lagi.

"I akan pastikan korang semua dipecat nanti!" Jerit Fatin lagi.

"Rafael akan ceraikan Hasya! Jadi I dah pasti akan jadi isteri dia." Tambah Fatin lagi.

Harvy yang sudah lama berdiri di luar kolam masuk ke dalam selepas mendengar pernyataan Fatin.

"Kau ingat aku hadap sangat nak kerja dengan Rafael ke? Aku akan berhenti kalau dia nak kahwin dengan kau." Balas Charles dingin dan mendatar.

"Let's go Charls." Ajak Harvy lalu berjalan keluar dari pintu hadapan.

Menyampah betul nak tengok muka perempuan tu.

"Ishh! Semua pun tak nak dengar! Babi betul!" Fatin berjalan masuk ke dalam biliknya.

_

Hasya termenung selepas menyusukan anak-anaknya dengan susu badannya. Dia sudah bertenang.

"Last chance, kalau dia datang minta maaf dan hentikan semua ni. Aku akan terus maafkan dia." Kata Hasya lalu bersandar di kepala katil.

Hasya terus menunggu Rafael sampai ke pagi, namun Rafael langsung tidak masuk ke dalam bilik mereka untuk meminta maaf.

Hasya mengemas bagasinya dan anak-anaknya.

"Jangan harap aku akan maafkan kau dengan mudah. Jantan tak guna!" Hasya memasukkan baju-baju, dia tidak tinggalkan satu pun di dalam bilik itu.

"Aku tak akan lahirkan anak kau pun lah! Tak guna!" Bebel Hasya sendirian.




TBC

Vote

Author free jadi update setiap kali siap 1 bab
┌|o^▽^o|┘♪

Korang bersabar sikit, jangan dulu benci Rafael😌

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now