MDB 40🚪

19.2K 651 12
                                    

8 bulan berlalu dengan pantas.

Hasya berjalan di dalam kedai pakaian kanak-kanak untuk membeli baju bayi. Dia berasa sangat teruja kerana belum ada masalah yang berlaku kepada dia.

Haykal dan Haydar setia mengekori Hasya seperti ekor Hasya saja telatah mereka. Langsung tidak melihat benda lain selain benda yang Hasya sentuh.

Mereka berdua turut memilih baju bayi sambil tertawa mendengar lawak Hasya.

Hayden pula setia mengikut Rafael memerhatikan Hasya dan kembarnya dari jauh.

"Papa dah tak suka Mama ke? Kenapa papa tak teman mama?" Soal Hayden perlahan. Rafael memandang Hayden kecil yang sedang memegang tangannya.

Rafael mendukung Hayden lalu mengemaskan rambut Hayden comel.

"No Hayden, I love her too much. Papa sayangkan dia dah lebih tau tak, sampaikan Papa takut kehilangan mama." Kata Rafael lalu mengusap kepala Hayden.

"Hayden tau kan, mama boleh mati kalau lahirkan adik kamu tu. Tapi Mama degil, nak juga lahirkan baby tu." Kata Rafael resah, dia mula gelisah lagi.

Masa pun sudah menghampiri mereka. Setiap hari Anxiety Rafael bertambah teruk, dia bahkan tidak berani meninggalkan Hasya dengan anak-anak saja di rumah.

Prakk!!

Rafael terus menoleh ke arah tempat kepala Hasya kelihatan tadi, sudah tiada. Darahnya terus menyerbu jantungnya dan membuatkan dia cemas.

"Mama!!" Suara jeritan Haykal dan Haydar kedengaran sangat kuat.

"Astaghfirullah! puan tak apa-apa ke?!"

Pekerja-pekerja di dalam kedai itu mula berkerumun di satu tempat.

'Hasya.' Rafael berlari membawa Hayden kearah Hasya. Dengan kaki yang lemah dia berlari mencari Hasya.

Jantung Rafael seakan-akan mahu melompat keluar dari dadanya apabila melihat Hasya yang duduk di lantai dengan darah yang mengalir.

Rafael menurunkan Hayden ke lantai lalu segera mencempung tubuh Hasya.

"Rafael! Anak saya!!" Hasya memandang Rafael dengan air mata yang bercucuran membasahi pipinya.

'Maafkan sayang.' kata maafnya hanya mampu dia ucapkan dalam hati kerana mulut berat untuk berkata-kata.

' I'm scared.' getus hati Rafael. Dia terus mengangkat Hasya keluar dari kedai itu.

"Harvy! Bawa anak-anak aku balik!" Arah Rafael tegas.

Harvy keluar dari kerumunan orang untuk mengambil triplets itu, begitu juga dengan Charles dan Haziq yang sentiasa memerhatikan mereka dari jauh.

"Pak cik! Mama tak apa-apa ke?!" Soal Haykal ketakutan melihat darah Hasya.

"Jangan risau baby. Mama kuat." Balas Harvy. Dia pun tidak pasti akankah Hasya akan selamat lagi.

Rafael memandu keretanya memecut melanggar semua lampu isyarat hanya untuk sampai di hospital dengan lebih cepat.

'I hate this fucking deja vu!' Rafael menjerit dalam hati kerana merasakan perasaan yang sudah pernah dia rasakan.

Sampai saja di Hospital jururawat segera memberi bantuan kepada Hasya.

Rafael berlari bersama katil hospital itu menuju ke bilik bedah. Kakinya sendiri berhenti apabila melihat bilik bedah itu.

"Kenapa aku kena rasakan ni dua kali?" Getusnya takut, keadaannya sama seperti apa yang dia rasakan dulu. Aku tak minta benda ni jadi dua kali.

My Baby Daddy [COMPLETED]Where stories live. Discover now